aku tidak bisa bersyair,
apatah lagi mengarang
bait-bait kata.
ingin mengoda manusia
dengan keindahan bahasa,
itu semua mimpi,
yang takkan bisa
direalisasi.
aku terdiam di sudut
dunia,
hilang ghaib sekali kekuatan,
untuk melontar bicara,
yang telah lama aku
kumpulkan.
sedih,
menangis,
kecewa...
indahnya bahasa makin
dilupa,
bukan cuma oleh aku, kau
dan dia,
bahkan semua.
aku cuba untuk melangkah,
ingin membiarkan
segalanya berlalu.
namun,
aku tidak sanggup.
tidak sanggup melihat
keindahan bahasa hilang,
hanya dek kerana
kedangkalan manusia.
berikan aku waktu dan
ketika,
untuk aku menelaah semua,
kerana aku percaya,
kiranya ada yang
mengerti,
maka syair takkan hilang,
bahkan,
terus dimartabatkan..
kreatif, lama dah kak ana tak bersastera ni, memang jiwa ke arah itu nur nabilah, teruskan menulis.
BalasPadam:) kak ana kena ajar nabilah. banyak ag tak tahu ni.
BalasPadam