Rabu, 11 Mac 2015

101 Impian 2015: Gagal Berhenti Mengumpat Dan Mengata!

payah. payah. payah.


kalau fikir pasal dosa memang la takut. tapi bila fikir balik lepas dah mengumpat dan mengata, baru rasa lega. mungkin sebab aku dah jadikan mengumpat dan mengata tu ibarat terapi diri. huhuhu.

aku tahu kalau ikut konsep psikologi, sebenarnya orang yang suka mengumpat dan mengata ni merupakan orang yang tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. tapikan mengumpat dan mengata ni sedap sangat. rasa terbit satu kelegaan bila dah luahkan apa yang terbuku dalam hati dengan orang yang lainnya. nak cakap ‘direct face-to-face’, aku malu. takut orang tu terasa. sebab aku fikir kalau orang datang sembur pun aku akan rasa terkilan juga. sebab otak aku akan cakap “macam kau tu perfect sangat nak ubah aku?”

sebenarnya aku sedih. sebab dah satu daripada 101 impian 2015 aku hancur luluh. aku tahu semuanya berpunca dari aku sendiri. mulai sekarang, aku akan kurangkan bilangan orang yang aku umpat. tu jer la aku mampu buat setakat nih. kena buat ‘step by step’...


okay la. doakan aku yer. doakan aku berhenti daripada melakukan dosa dengan mengumpat manusia yang tak berdosa. kalau yang bengong tu takpe!


2 ulasan:

  1. zaman sekarang ni mengumpat dah jadi macam halal pulak... siap tukar benda tu dengan nama lain... bergossip... seolah2 gossip tu tak berdosa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...yela. macam budaya. dah sinonim. bila kita taknak gosip, yang lain pulak timbulkan isu..

      :(

      Padam