Sabtu, 26 April 2014

MY LIFE PLANNING


 
Degree
 
September 2013 + February 2014 – 2013/2014
September 2014 + February 2015 – 2014/2015
September 2015 + February 2016 – 2015/2016
Part time job – after semester 6 before graduation day
Graduation : 23-25 November 2016
Continue part time job till further study
Apply for master ~ UKM : 6 October – 8 December
My Wedding :
December 2016
Master
(kerja kursus)
*apply for being tutor
September 2017 + February 2018 - 2017/2018
 
September 2018 + February 2019 - 2018/2019
Part time job
Graduation : November 2019
PhD (research)
*apply for being research assistant
September 2020 + February 2021 – 2020/2021
 
Graduation : November 2021
Working : December 2021- death

 

saya melayu dan saya bangga


saya benar-benar tidak mengerti kenapa semua orang asyik nak hentam melayu. apa salahnya bergelar melayu? kenapa tidak bangsa atau etnik lain? apakah dosa bangsa saya?

sekiranya melayu bersuara, melayu dikatakan rasis dan tidak sensitif dengan bangsa lain. pelbagai keburukan dilabelkan kepada melayu.segala tomahan dilemparkan kepada bangsa melayu. semua salah orang melayu. kenapa memandang kepada keburukan melayu sahaja?

sebagai melayu, saya sedih dan kecewa. bangsa saya diperkotak-katikkan oleh bangsa-bangsa lain tapi bangsa saya masih mampu tersenyum dan meminta maaf.

kata orang, bangsa melayu adalah bangsa yang ego, cuma mahu menang dan tidak pernah mahu mengalah dalam semua aspek. betulkah? cuba kita imbas kembali lembaran sejarah. bangsa melayu sangat bertoleransi, sangat mencintai kedamaian dan mementingkan keharmonian. bertolak ansur sudah sebati dengan bangsa melayu sehingga satu tahap sanggup memberi tanpa pernah meminta kembali.

salahkah lagi melayu? bangunlah duhai melayuku. jangan sehingga hak kita habis tidak bersisa barulah kita sedar.

sedarlah duhai melayuku.ambillah masa sesaat untuk berfikir apa lagi hak yang dimiliki oleh melayu? apa lagi kelebihan yang dimiliki oleh melayu? apa lagi keistimewaan orang melayu?

ini luahan seorang melayu. belia melayu yang kecewa dan terseksa dengan realiti di Malaysia. harapanku cuma satu. ingin melihat bangsaku maju dalam segala aspek baik dari segi ekonomi, sosial mahupun politik kerana realitinya tanpa ketamadunan melayu tidak mungkin terbina sebuah Malaysia seperti yang ada sekarang. tanpa ketuanan melayu pada asalnya, tidak mungkin perdagangan berlaku yang mana menarik kuasa barat menjajah Nusantara yang kaya raya ini. inilah ketuanan melayu.

ini hakikat sebenar yang cuba disembunyikan dan dibangkang oleh segelintir manusia yang tidak tahu bersyukur.

pemilik tanah ini adalah bangsa melayu yang sanggup berkongsi hak itu dengan bangsa lain. ketuanan melayu tidak seharusnya dipertikaikan oleh sesiapapun. tiada siapapun yang berhak mempertikaikan hakikat perkara ini.

ayuhlah bangsaku dan jangan pernah mundur. bangkitlah melayu demi kelangsungan bangsa kita. marilah kita bersama-sama mengenggam sebuah azam agar bangsa kita terus gah di negara sendiri. janganlah mengalah. ini perjuangan kita.perjuangan yang tidak pernah selesai dan harus diteruskan oleh kita sebagai generasi pewaris bangsa.

melayu terkenal kerana kesantunan. oleh itu, maafkan saya kerana bersikap sedemikian. nawaituku ikhlas. tidak pernah berniat untuk menafikan hak bangsa lainnya di bumi tercinta ini, cuma ingin menyatakan tentang perkara sebenar dan mengenai hakikat kemurahan hati bangsaku.

saya melayu dan saya bangga. usahlah lagi mencedok di air yang keruh, jangan sampai melayuku bertindak di luar dugaan kerana melayuku adalah bangsa yang ramah, namun keramahan boleh berubah sekiranya habis-habisan diperbodohkan.

melayu tak lupa tapi melayu tak mahu bersengketa.

 

Selasa, 15 April 2014

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

haii...
ni pasal barang2 yg dibeli menggunakan BB1M.
terima kasih kepada kerajaan Malaysia
terima kasih daun keladi, nanti-nanti nak lagi.



barang2 yang dibeli menggunakan baucar buku:







 
 
 
suka sgt dpt baucar buku. lau sebulan skli dpt RM30 utk baucar buku lagi gmbira. hehe… (terberangan la pulakk)
 
 
 

Selasa, 8 April 2014

kasut ohhh kasut


ni cerita pasal kasut.

ok pertama sekali, saya bukan ‘gorgeous’ lady. ni jugak bukan tips membeli kasut. huhuhu.

sebenarnya nak cerita pasal kasut2 aku yang da rosak. sakit btul ler kn, asyik rosak jer. mmg la kasut tu harga dia xmhl pun, tp aku selesa pkai. tapi disebabkan aku terlalu lasak atau UMS yg terlalu luas menyebabkan kasut2 tu cepat keuzuran.

ni lah my ex2 shoes yg dah selamat dibuang…

 

 
kasut yg byk berkhidmat pd aku





kasut ni kcik pulak
 
 
pkai sandal lgi best :p