Ahad, 30 November 2014

semalam yang hilang

Semalam aku menangis. Berusaha sekuat mungkin untuk tetap bertahan. Berdoa agar diri sentiasa kuat untuk menghadapi segala cubaan dan dugaan yang mendatang. Kadangkala, lelah hadir juga meskipun sekuat manapun aku berusaha untuk menempisnya. Sedih. Tangisanku semalam adalah tangisan yang takkan mampu untuk diungkapkan malah untuk diterjemahkan sekalipun. Aku mahu berhenti dari memikul sebarang tanggungjawab. Aku mahu berhenti dari terus merasa kekecewaan yang tak kunjung padam. Aku ingin disayangi dan dihargai. Aku ingin manusia lain tahu bahawa aku juga manusia biasa yang mahu disayangi dan dihargai. Seringkali aku merasakan kehadiranku tidak diperlukan dan selayaknya bukan di sini tempatku. Ada juga masa aku merasakan bahawa ujian buat aku ini tidak mampu lagi aku hadapi. Aku menangis dan terus menangis. Tiada lagi insan-insan yang setia mahu mendengar omelan daripadaku. Aku bukan mahu mementingkan diri. Namun, aku hanya ingin meluahkan rasa. Aku mahu berbicara. Salahkah aku? Khilafkah aku? Berdosakah aku? Semalam tangisanku tidak didendangkan. Hanya tangisan dalam diam. Hatiku tertanya-tanya adakah aku ‘sakit’? normalkah aku sebagai manusia? atau adakah aku bukan sebahagian daripada kalangan manusia? adakah aku cuma jelmaan masa lampau yang kepingin melihat modernisasi yang dicanang? Semalam aku menangis. Aku tahu semalam telah hilang. Tetapi, bisa-bisa rasa dan denyut nadiku tidak mahu melupakan tangisan semalam. Ia tetap tidak mahu walaupun aku berusaha keras ke arah itu. Aku malu kerana aku tidak mampu. Aku segan untuk mengakui ketidakmampuan diriku. Tapi, harus bagaimana lagi. Kata orang tangisan adalah kekuatan seorang perempuan. Mungkin aku akan cuba menyetujuinya. Meskipun, realitinya jauh bertebrakan. Aku menangis bukan sebab aku kuat. Tangisanku sebenarnya disebabkan kelemahanku. Aku merasakan tidak wajar untukku menangis. Sepatutnya aku bertambah waja. Berhenti menangis dan berlalu daripada sebarang kesedihan kerana sesungguhnya tangisanku itu tidak bermakna dan berharga meskipun sebesar hama. Kata orang, aku terlalu berlebihan memikirkannya. Aku terlalu taksub dengan ketidaksempurnaan sehingga melupakan terus sisi yang bernama kebaikan yang sentiasa wujud dalam kejernihan. Semalam yang hilang banyak memberi definisi baru dalam kehidupan. Kamus hidupku bukan seperti orang lain. Aku mewarnai kehidupanku dengan kegelapan. Aku mengukirkan kehidupanku dengan calar-calar penderitaan. Kedangkalan diri membuatkan diriku mengambil keputusan songsang. Meredah jalan yang dielakkan oleh orang. Aku menangis. Kesakitan semalam masih terasa. Parutnya juga ternyata dalam. Ia akan terkubur bersama kematianku nanti.


 Mengharap akan ada jalan pulang. Mengharap tidurku yang mendatang tidak lagi bertemankan tangisan....

Rabu, 19 November 2014

KELUHAN SI INTROVERT TEGAR

Sebenarnya aku tidak ingin sesekali mengeluh. Jauh sekali ingin meratap nasib diriku. Namun apakan daya, aku juga manusia. Aku cuma manusia biasa seperti kalian yang seringkali melakukan kesilapan demi kesilapan dan aku cuba berusaha membaiki segala kesilapanku untuk menjadi yang lebih baik. Tetapi ketahuilah bahawa berubah itu tidak sesenang sepertimana diungkapkan.

Aku manusia introvert. Tahukah kalian apa itu introvert? Kalau masih ragu tentang maknanya, maka izinkan aku untuk menjelaskannya melalui penceritaan tentang diriku. Semoga kalian bukan introvert tegar sepertimana aku.

Aku seringkali disalah anggap oleh manusia sekelilingku. Mereka mengatakan bahawa aku adalah manusia anti sosial, jauh untuk bergaul dan sukar untuk berkawan. Bagi pengamatan mereka, aku terlalu sombong, bongkak dan bangga diri. Padahal hakikatnya jauh berbeza...

Aku hanya manusia biasa. Aku juga memiliki kekurangan. Sesungguhnya, aku cemburu dengan manusia yang berbeza personaliti dengan diriku. Mudahnya mereka memiliki kawan, betapa mesranya perhubungan mereka sedangkan aku hanya mampu memandang walaupun ternyata di dalam hatiku; aku juga ingin mempunyai bilangan kawan yang ramai, aku juga ingin bercerita dan mendengar cerita, aku juga senang untuk bergosip tentang isu-isu semasa, aku ingin bergembira dan berseronok sama...

Tetapi aku tidak mampu. Aku malu untuk memulakan bicara. Aku malu untuk berkata-kata. Aku hanya boleh memandang dan berharap insan di hadapan aku ialah manusia extrovert agar suasana bungkam itu mampu diceriakan.

Namun pengharapanku selalunya berakhir dengan sia-sia. Kata orang, pemikiran yang tidak sama mana mungkin mampu menyatu bicara. Akhirnya, aku tertinggal sendirian dek rasa malu yang melampau. Ahhhh...betapa kelamnya dunia aku rasakan. Keceriaanku hanya bisa di rumah sahaja kerana hanya di situ aku yakin untuk berbicara. Aku hanya boleh berbicara dengan yang rapat sahaja. Menyusun kata-kata sehingga mereka yang berdekatan tidak bisa menutur kata. Maafkan aku wahai kesayangan-kesayanganku belaka, aku tidak berpeluang mengexpress’ sekiranya bukan dengan kamu semua. Sesungguhnya aku bosan bersendirian tidak berteman.


Introvert bukan satu dosa. Ia adalah identiti dan peribadi. Oleh itu, tolonglah cuba memahami. Janganlah berterusan menghukum tanpa mengenal. Kerana manusia itu tidak pernah sama dan ternyata berbeza.

Rabu, 5 November 2014

Libster Award #6 by Qyya


thanks Qyya

 Give 5 random fact about you
1. clumsy
2. love reading & writing so much
3. introvert
4. a good planner but worst worker
5. take time to make friends :(

 Did you ever had any embarrassing moment . What was it.?
yes. when i went out with my sister to market, then someone called me aunty because of my dress. 
 What annoy you the most .
stupid and arrogant friend
 What is the most thing you want to get on your birthday.
pink bicycle 

 Do you have any allergy? What is it.
Yes. Seafood
 Close your eyes for a while and write whatever things that pass on your mind with closed eyes down here.
my family
 If you are destined to be a fiction novelist, what is the tittle of your first novel?
a planet of bookworm
 I once smashed a boy on his cheek using my bare hand until he cried when I was 10. True or lie ? If it 's true why do you think I did that?
true. because he make you annoy 
 Have you experienced trauma.? What trauma. 
i never experienced trauma
 When is the last time you cry.
a month ago
 What type of shoes you love the most? Wedges? Sneakers? Flats?or what ?
flats


Nak jadi pemimpin kita perlu kuat

Kepimpinan yang tulen sentiasa ditentang, dipersendakan. Itu hakikat sebenar dan dibuktikan oleh sejarah. Bukan hanya dendangan atau omelan kosong daripada aku. Perjuangan untuk menegak hak dan kebenaran, sentiasa diawali oleh keperitan, kesukaran dan kepayahan. Namun secara moralnya, kita menang kerana berjaya mengugat pihak lawan. Kalau mereka tidak takut, masakan kita ditindas dan kekalahan kita disambut dengan kegirangan oleh mereka. Oleh itu, persetankan segalanya tentang mereka. Mereka akan jatuh jua di suatu masa nanti meskipun perlu mengambil masa yang cukup lama. 

Ambillah masa untuk berjuang. Rangka strategi baru. Sematkan ideologi yang mantap dalam generasi muda dan akan datang. Gunalah pendekatan dan moral yang tinggi. Hikmah di sebalik setiap kegagalan, semestinya tersembunyi sebuah keindahan yang tak terungkapan.

Aku benci untuk mengatakan tentang kebencian. Aku malu untuk cuba war-warkan kemarahanku. Tetapi, kebenaran tetap sebuah kebenaran. Kita sesekali tidak memerlukan kepimpinan bercorak autokrasi secara melampau. Kita tidak pantas untuk mereguk kekeruhan disebabkan kepimpinan yang wujud lebih terarah kepada kroni. Mereka berjaya kerana memiliki satu sistem kroni yang mantap, publisiti yang berterusan dan akhirnya...

Kitalah yang tersadai. Kitalah yang merasa bahang kebodohan demi kebodohan mereka. Mendabik dada seolah semua perkara sempurna belaka. Seperti mereka sahaja yang mampu memimpin.

Kepimpinan mereka? Maaf tak perlu diperdendangkan. Cerita lama. Membusuk dan membasi. Kadangkala rasa mual dengan kepuraan mereka. Mereka sesekali tidak berhak. Mereka terlalu sukar untuk diajar. Terlalu bodoh untuk dinilai. Apa lagi harus diperkatakan? Melainkan, bersedialah wahai anak-anak muda. Bersedia merasai keperitan berterusan.

Untuk berubah, kita perlukan sesuatu yang baru. Melawan arus untuk melihat kepincangan. Berfikir secara kritikal bagi menganalisis segala perkara. Usahlah menjadi ‘monyet’lagi. Sesungguhnya ia sangat...hurmm terlalu janggal rasanya untuk diperkatakan.

Hanya ini mampu aku perkatakan. Hanya ini mampu aku berikan. Tiada sumbangan yang bisa aku persembahkan. Sesungguhnya aku bermimpikan tampuk kekuasaan. Mimpi yang sekadar mimpi. Impianku menggunung tinggi. Aku inginkan kuasa bagi membantu yang teraniaya. Aku perlukan lagi masa. Pengunduranku bukan bermakna aku kalah. Tetapi berundur untuk berfikir. Berundur untuk merangka strategi baru. Berundur untuk bangkit dengan lebih berani.

Buat teman seangkatanku. Anak-anak muda yang celik ilmu. Berpaksi pada ideologi untuk membantu. Ingin melihat Malaysia lebih maju. Percayalah, masih ada jalan untuk kita untuk menuntut hak, membasmi penindasan dan menuju ketamadunan...


Letakkan tanganmu di hati, genggamlah ia sekuat mampumu, katakanlah...

“Bersabarlah duhai hati. Sesungguhnya kejayaanmu adalah kejayaan tertunda”

Ahad, 2 November 2014

Life must go on

Life must go on. So stop being cling on past. Nothing can change it. So I want to let it go from now on. I will stop from being sentimental; keep almost everything because I am so worry that I will miss the past moment and being ignored.
I know I learn everything in my life from mistake which happen in the past. I really appreciate it. Thank you for experience. Your value is more valuable than a mountain of gold. You teach me about what we call “LIFE”. You also keep telling me the worth of family and friendship.
As a conclusion, life must go on. Now is the right time to change. Currently, I understand. Past is past. As a guide to think before act to avoid repeat same mistake. Future is still on dream, therefore to achieve my highest star on the future, even how much it will cost me; I should start take action from this moment.

To my dearest family & friends
Please, appreciate your life because whether your life is meaningful or meaningless, it is totally on your choice.