Jumaat, 6 Mac 2015

Kelemahan aku? Menyusun atur (Organizing)

 disebabkan aku merupakan anak kesayangan dalam keluarga, maka selalu bajet dan berlagak macam puteri. tapi akhirnya sendiri rugi sebab satu benda pun tak reti. yela, semua benda aku taknak buat. asyik berharap pada ahli keluarga yang lain. Cuma tahu semuanya akan tersedia sepertimana sepatutnya. sampai satu tahap, semua orang anggap adik perempuan aku sebagai kakak. manakala aku menjadi adik, meskipun hal yang sepatutnya adalah sebaliknya. sebenarnya aku terkilan. terasa sangat diri ini tidak berkemampuan.

benar cakap sesetengah orang bahawa meskipun kita dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga yang sama, ia tidak bererti segalanya serupa. kita terbentuk oleh persekitaran dan nilai yang terasuh samada secara disedari mahupun tidak.

lalu sesal hanya kunjung tiba apabila berjauhan dengan ahli keluarga. terpaksa BERDIKARI walaupun mengerti semua itu sulit dilakukan. sejujurnya aku boleh BERDIKARI dalam aspek lain, melainkan MENGEMAS. Tahap menyusun atur (Organizing) aku memang sangat teruk. sangat memalukan. kasihan mereka yang tinggal dengan aku. aku tahu mereka menyampah, tapi diamkan sahaja semata-mata nak menjaga hati ataupun disebabkan tidak ingin mencetus sebarang perbalahan.

walau apapun, maafkan aku. aku dalam proses belajar. tolonglah untuk memahami keadaanku. sesungguhnya inilah kelemahan terbesar aku…


“DISORGANIZED PERSON”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan