Kembaraku mencari makna kehidupan dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba & khalifahNya dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.
Memaparkan catatan dengan label Cita-cita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cita-cita. Papar semua catatan
Isnin, 15 Jun 2015
Khamis, 23 April 2015
Latihan Ilmiah? Bersediakah aku?
hari ni temankan kawan pergi jumpa pensyarah. berbincang tajuk latihan ilmiah. tapi aku tak ada tajuk pun. malu sungguh. aku diam-diam saja tepi dinding.serius aku tak ada idea. apatah lagi sebarang persediaan.
aku memang merancang nak buat latihan ilmiah. nanti senang nak sambung sarjana. harap dapat sambung sarjana di semenanjung. bukan apa, masalah komunikasi di sini untuk melaksanakan kajian. ni bukan sebab prejudis atau apa, tapi berdasarkan pengalaman. sedih kan?
aku memang teringin sangat sambung belajar. buat penyelidikan. berbanding peperiksaan, sebenarnya minat aku lebih terarah kepada penyelidikan. maklum sahaja aku bukan jenis "examination oriented person". kalau jawab soalan peperiksaan aku lebih prefer soalan yang berbentuk kemahiran berfikir (KBKK). kalau soalan bentuk macam ni, aku akan dapat skor dengan baik.
Ini baru nak cari tajuk yang sesuai. bukan progress apa-apa lagi. tak mampu aku nak manifestasikan rasa sendiri terhadap kekesalan ini. aku harap ada sinar untuk ku di hadapan sana. berharap sinar tu bergerlipan cahaya. Insha Allah.
"sesungguhnya kejayaan itu untuk mereka yang berani mencuba" - Nur Nabilah, 2015
Ahad, 19 April 2015
Aku, Teori dan...
macam mana nak cakap ek? sebenarnya ni pasal proses pembelajaran aku bergelar mahasiswi UMS dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. bila aku fikir balik, betul ke pilihan aku menceburi bidang ni? dulu aku mengaku aku memang beria-ia nak bidang nih. aku cuma tahu yang bidang ni kajian tentang masyarakat. boleh melihat dunia sains social dalam dimensi yang berbeza. lagipun kata orang Antropologi dan Sosiologi adalah asas kepada bidang sains social.
tapi akhir-akhir ni aku rasa semacam.
sebabnya teori dalam bidang Antropologi dan Sosiologi sangat banyak dan saling berkaitan. pening kepala aku. buntu! rasa macam bodoh sangat. ye la. orang lain macam simple jer faham segala mak nenek teori yang para pensyarah ajar. tapi aku terkial-kial. aku binggung. nak kata tak baca, aku baca jugak. apa masalah aku? aku sendiri pun tak tahu.
aku nak belajar betul-betul. aku nak sambung Sarjana. "pengaruh drama cina"
aku nak Berjaya dalam hidup aku. aku nak jadi seorang professor. menyebarkan ilmu kan besar pahalanya...
salahkah aku menyimpan impian? aku cuma ingin kejayaan. hanya disebabkan oleh lilitan teori yang sukar dicerna oleh aku, bagaikan sudah mengugat rasa yang tercipta.
semoga aku bersabar. sesungguhnya kejayaan itu milik orang yang teguh hati dan pendiriannya. sepertinya kejayaan itu akan tiba bila sampai saatnya.
bersabarlah duhai hati.
Nur Nabilah, percayalah ada kejayaan yang sedang menanti.
Isnin, 15 Disember 2014
Menjadi Penulis
Antara cita-cita dan cinta. Telah lama terpendam di sudut hatiku
ingin menjadi seorang penulis terkemuka. Mengarang cerita agar dibaca. Bukan
bermaksud untuk kemegahan, jauh sekali mengharapkan kemewahan. Cuma ingin
maksud hatiku diterima oleh masyarakat. Berharap buah fikiranku mampu dicerna
oleh yang lainnya.
Aku tidak pantas untuk gah berbicara di gelanggang terbuka.
Berhujah dan berpidato seperti akulah yang terbaik dan berwibawa. Kegagalan
lalu melenyapkan segala keyakinanku untuk berbicara. Sepatutnya aku mampu untuk
melakukan semua itu kerana seawal usia aku telah dilatih oleh bonda tercinta.
Pentas menjadi arena permainanku ketika usiaku masih muda. Ah...semua itu
terlalu indah untuk dikenang. Bakat yang ada entah telah hilang kemana seiring
dengan usia.
Aku tumbuh membesar dengan minat yang mendalam terhadap penulisan.
Kukarang beribu mungkin berjuta cerita. Zaman remajaku dihiasi angan-angan
kerana aku makin tidak mampu untuk bersuara. Kucatat tentang segalanya.
Memperihalkan tentang segala-galanya. Semata-mata untuk melenyapkan keinginan
yang ada untuk lantang berbicara.
Aku bukan jaguh. Aku masih menuntut. Perjalananku masih jauh. Aku
hanya mampu berdoa bahawa satu saat impianku ini akan tercapai. Menjadi antara
penulis terkemuka di Malaysia. Mengetuk hati-hati manusia lain dengan sejujur
dan setulusnya. Aku ingin masyarakat mengenaliku melalui penulisan kerana pada
hematku aku lebih jujur menerusi penulisan.
Oh Tuhan, Kau kabulkan permintaanku ini.
Langgan:
Catatan (Atom)

