Khamis, 24 Julai 2014

ramadhan jangan pergi

pejam celik pejam celik dah nak habis pun bulan Ramadhan. aku masih tidak mencapai lagi apa yang sepatutnya aku buat. terasa sangat kerdil diri ni. tapi aku bersyukur kerana Ramadhan kali ini menyedarkan aku tentang kelemahan terbesar aku iaitu aku tidak pernah tahu memberi keutamaan dalam hidup. aku sering gagal disebabkan oleh itu. disebabkan tidak tahu memberi keutamaan, aku tambah buntu untuk menguruskan masa dan diri dengan sempurna. aku terkandas disebabkan kejahilan diri sendiri.


apa-apa pun, Ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam hidupku kerana ia sedikit sebanyak telah mengugat rasa hatiku agar tidak kekal dalam keadaan sekarang. semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terakhirku dan aku berharap momentum daripada pengajaran kali ini terus meningkatkan keazamanku untuk berubah ke arah lebih baik dari sehari ke sehari.