Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Khamis, 18 Jun 2015

pembangunan yang didorong oleh teori modernisasi (Rostow) banyak dikritik oleh feminist

kuiz subjek pembangunan dan alam sekitar (markah: 7/10)

teori modenisasi oleh Rostow mempunyai 5 tahap. Menurut Rostow, dalam pembangunan tahap-tahap ini akan berlaku secara sejajar sehingga tahap kelima tercapai iaitu setiap individu dalam masyarakat mendapat kesaksamaan. tahap kelima era konsumsi tinggi dimana pembahagian kerja berlaku dan negara demokrasi. teori modenisasi ini menjelaskan perubahan dan proses transformasi dari masyarakat tradisional kepada masyarakat moden.  

walau bagaimanapun, teori modenisasi ini ditolak dan dikritik oleh feminist kerana teori modenisasi ini tidak mengambil kira keadaan golongan wanita. teori modenisasi sebenarnya banyak dipengaruhi oleh model ekonomi kapitalis dan sistem patriaki itu sendiri. golongan wanita yang tidak bekerja dianggap sebagai tidak menyumbang kepada keluarga, walhal bebanan tugas domestik iaitu memasak, menjaga anak dan menguruskan rumah tangga tidak diambil kira. hal ini kerana sumbangan hanya dinilai daripada kewangan semata-mata. 

seperti di India, kajian yang dibuat oleh Amatya Sen menunjukkan bahawa golongan wanita terpaksa mengangkut air dari tempat yang jauh daripada rumah kerana selain sistem patriaki, ia dipengaruhi oleh commons. golongan wanita yang tidak berpeluang memiliki hak milik tanah sendiri dan sekiranya tiada wasiat, maka tanah akan hanya diserahkan kepada kaum lelaki dalam keluarga. kaum wanita tidak mempunyai hak. oleh sebab itu, kaum wanita tidak mahu berkongsi hak milik tanah kerana sekiranya berlaku apa-apa masalah, golongan wanita ditindas. oleh itu, melalui kajian kes di India ini sahaja telah menunjukkan teori modernisasi Rostow tidak bertepatan dengan realiti kerana teori modernisasi anggap semua orang mempunyai peluang dan hak yang sama. teori modernisasi tidak melihat penindasan yang berlaku terhadap golongan wanita dari segi bebanan tugas dan peluang mendapat pekerjaan yang luas selain tingkat gaji yang ditawarkan kepada golongan wanita biasanya lebih rendah.

Google Image

Isnin, 15 Jun 2015

Hubungan Etnik

Panduan kursus - oleh Dr. Kntayya

hubungan etnik merupakan salah satu isu sosial yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat moden, khususnya ekoran dari pembentukan masyarakat berbilang ras dan etnik. biarpun kepelbagaian etnik atau ras telah menghasilkan kesan-kesan yang dianggap positif seperti perkahwinan campur dan mengkayakan budaya, tetapi sejarah masyarakat moden pada umumnya menunjukkan hubungan etnik dan ras ini telah menjelma sebagai fenomena sosial yang mencetuskan konflik dalam kehidupan manusia. konflik etnik kerap menjejaskan keamanan, kestabilan politik dan pembangunan ekonomi. permusuhan dan konflik etnik telah menjadi perkara harian pada masa kini akibat kegagalan negara-negara moden mewujudkan kesaksamaan dan keadilan dalam kehidupan masyarakat berbilang etnik dan sekaligus menunjukkan kegagalan dalam mengurus masalah hubungan etnik. kesedaran keetnikan dan pola-pola dalam hubungan etnik yang muncul, sama ada yang bersifat positif atau negatif, adalah bergantung kepada pelbagai faktor yang berupaya membangkitkan kesedaran dan kepentingan pengaruh keetnikan serta persaingan politik dan ekonomi antara kumpulan etnik. justeru keetnikan sebagai suatu kuasa sosial dan faktor-faktor yang mencorakkan hubungan etnik ini perlu difahami. oleh itu, kefahaman tentang konsep-konsep, teori-teori, isu-isu dan pengalaman-pengalaman masyarakat berbilang etnik utama termasuk Malaysia perlulah dipelajari dan dikaji. bermula daripada tinjauan ke atas pemikiran awal tentang idea perbezaan ras dan kemunculan ideologi rasisme, kebangkitan keetnikan dan pengaruhnya dalam pelbagai konteks sosial masyarakat yang berbeza dari segi kompleksiti, ciri-ciri dan kedinamika hubungan etnik. pengaruh faktor-faktor sejarah, budaya, politik dan ekonomi dalam membentuk situasi-situasi dan permasalahan hubungan etnik yang berbeza akan dikaji. perbincangan meliputi penilaian ke atas pendekatan dan strategi politik yang diamalkan oleh masyarakat-masyarakat tertentu termasuk Malaysia untuk menangani masalah kepelbagaian, perpecahan dan pemusuhan etnik. persoalan mengukur dan menilai kekuatan pengaruh keetnikan dan tahap konflik etnik serta ramalan-ramalan teori-teori sosial tentang masa depan pengaruh kuasa keetnikan dalam arus perubahan masyarakat, terutamanya dalam arus globalisasi masa kini.

Khamis, 11 Jun 2015

Budaya dan Masyarakat

kajian tentang budaya. bunyi mudah dan sangat menarik. tapi sebenarnya yang mudah itulah yang mencabar minda. sebab anggapan atau ramalan orang akan menjangkakan hasil yang memberangsangkan.

budaya itu sebenarnya terlalu luas ruang lingkupnya. ya, tersangat luas kerana budaya ialah 'the way of life' atau dalam bahasa Melayunya, cara hidup...

sebelum berkecimpung dalam bidang sosiologi dan antropologi sosial, aku hanya menganggap budaya itu adalah adat tradisi seperti adat perkahwinan, adat kelahiran dan adat kematian. kini, barulah aku fahami bahawa aspek  budaya itu luas. ya lagi sekali aku ingin tekankan bahawa budaya itu sangat luas.

selain memahami pengertian budaya dan masyarakat, subjek ini terus menilai teori yang terdapat dalam kajian budaya seperti fungsionalisme.

fungsionalisme beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan  perubahanperubahan semasa. masyarakat terdiri daripada satu sistem yang mencakupi kombinasi benda, bahan dan manusia serta saling berhubung kait dan saling membantu. perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah titik keseimbangan tercapai.

selain itu, subjek budaya dan masyarakat ini turut cuba memberi pengertian kepada aspek kaitan antara gender dan budaya. ramai yang silap menafsirkan gender dengan jantina. jantina ialah merujuk kepada perbezaan biologikal antara lelaki dan perempuan seperti jenis kelamin, pertumbuhan otot, pembentukan halkum dan payudara. manakala, gender pula ialah satu set ciri atau kriteria, peranan dan corak tingkahlaku yang membezakan lelaki dan perempuan yang terjadi disebabkan proses sosialisasi dan budaya iaitu hasil asuhan, keterbiasaan, norma sosial budaya dan jangkaan. sebenarnya gender ini boleh berubah dan berbeza dari masa ke semasa, dari satu tempat ke tempat yang lain dan daripada satu budaya ke budaya lain.

di samping itu, turut memahami media, budaya massa dan budaya popular iaitu bagaimana budaya dapat berubah ekoran daripada peranan media. sebagai contohnya budaya K-pop yang merupakan trend semasa. ramai dalam kalangan remaja cuba mengikut atau meniru budaya K-pop seperti pakaian dan makanan agar dikatakan sesuai atau mengikuti perkembangan semasa serta diterima dalam kumpulan sebaya. di sini, kini boleh melihat bagaimana media telah memainkan peranan menyebarkan dan mempromosikan budaya K-pop melalui iklan, menyiarkan cerita daripada Korea dan mewar-warkan konsert.

tambahan lagi, turut tidak ketinggalan ialah budaya diaspora dan hibrid. diaspora secara umumnya ialah orang-orang yang tinggal di luar tanah air/negara asal usul mereka. manakala, hibrid ialah kacukan antara dua kaum yang berlainan atau budaya yang berbeza-beza iaitu sesuatu yang bercampur-campur. 

persamaan antara diaspora dan hibrid ialah merupakan kelompok minoriti, berlainan budaya daripada generasi sebelumnya, masih mencari-cari identiti sebenar dan menjadi kelompok minoriti di negara menetap. 

perbezaan pula ialah diaspora meninggalkan negara asal dan menetap di negara lain, masih memiliki identiti negara asal yang 'cair', identiti dikenali berdasarkan negara asal, identiti yang jelas, wujud istilah 'host' dan 'home nations', dan tidak perlu diterima dalam mainstream. Tetapi hibrid pula kacukan daripada beberapa etnik, memiliki identiti kacukan/identiti mainstream, identiti tidak dikenali berasaskan negara asal, identiti yang kabur, tidak wujud istilah 'host' dan 'home nations' dan berusaha untuk diterima dalam mainstream.

sementara itu juga, subjek ini turut memahami pembentukan bangsa Malaysia atau dalam bahasa mudahnya PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

itulah skop pembelajaran selama 14 minggu. apa yang perlu aku lakukan ialah mencari kajian kes. doakan kejayaan aku dalam menghadapi peperiksaan akhir untuk subjek ini.

budaya dan masyarakat - komuniti pulau
sumber imej: Kerja Lapangan di Pulau Bum Bum. 
(jurugambar: Liza)

NOTA KULIAH DR MARSITAH (2015)


Khamis, 28 Mei 2015

Latihan Ilmiah VS Latihan Industri

hari ni ada taklimat pasal nih. aku pilih latihan industri walaupun sebelum ni akulah manusia yang paling beria-ia nak ambil latihan ilmiah. mungkin aku patut sedar hakikat ni lama dulu. tapi entahlah. aku bukan nak cakap latihan industri @ praktikum tu tak bagus. cuma disebabkan niat asal sejak mula-mula menginjakkan kaki ke UMS, aku memang memasang impian nak pilih latihan ilmiah. 

kecewa? tentulah aku kecewa. kecewa sangat. rasa macam impian terpendam jauh. terkubur. dek kerana ada perkara lain yang lebih penting daripada itu. yela, sampai bila aku nak mementingkan diri? nak tadah duit daripada abah, ma... adik-adik ramai lagi nak sekolah. pendapatan ibubapa aku bukan banyak pun. cukup-cukup makan. walaupun mereka tak pernah merungut tentang kesempitan kewangan. ptptn tak cukup. tambahan pula, aku belajar di sabah. harga makanan di sini bukan sama macam kelantan. aku ni pulak jenis yang banyak makan. kira-kira kewangan aku banyak habiskan untuk isi perut. pelahap kan? 

selain tu, umur aku juga merupakan faktor aku merubah fikiran. kalau umur aku muda sikit, mesti aku takkan berganjak daripada keputusan untuk latihan ilmiah. dengan umur sekarang, tengok la sekeliling. rata-rata kawan aku yang sebaya, ramai yang dah kerja, dah kahwin dan ada anak. aku seorang je masih terkontang-kanting mengejar segulung ijazah sarjana muda. kasihan ma dan abah dapat anak yang lambat matang sorang ni...

aku takkan berhenti mengejar cita-cita untuk menjadi sarjana. cuma aku perlukan sedikit masa untuk menstabilkan ekonomi. memiliki pendapatan sendiri agar tidak terus menyusahkan ibubapa tercinta. tidak membuat latihan ilmiah bukan penamat segala-galanya. mungkin tersimpan seribu satu kebaikan yang aku tak ketahui. yang masih terhijab. mungkin ini merupakan pencetus momentum aku untuk terus teguh mengejar cita-cita walau apa dugaan yang mendatang. lagipun, menuntut ilmu memerlukan sumber kewangan yang kukuh agar cukup segala serbi.

Ya Allah, bimbinglah hambaMU ini...

Rabu, 13 Mei 2015

Ilmu dicari kerana tuntutan Illahi

pencarian ilmu itu bukan semudah melemparkan kata-kata. bait-bait kata semata tidak memungkinkan kita bisa menakluki ilmu. meskipun kau merasa bangga dengan sedikit ilmu di dada, ia tidak akan mencerminkan apa-apa. bahkah pula menunjukkan kebodohan yang ada.
 
pencarian ilmu itu adalah jihad. tuntutan Sang Pencipta. lelahnya usah dibicarakan. penat. pantas tangisan semalam pun tidak akan kunjung padam sekiranya ingin diucapkan kepenatan yang menimpa. namun kepedulian seharusnya bukan tentang kepenatan itu. sebaliknya kepada penambahan nilai untuk diri kita dalam mengejar ilmu seluas lautan.
 
bukan senang menjadi pelajar. apatah lagi mengembara demi selembar ilmu untuk pegangan masa muka. tetapi, kekuatan harus sentiasa dipegang. bara yang digengam biar sampai merah tangan sesudah mengenggamnya sehingga menjadi arang. aku tidak ingin pulang ke lembah kebodohan. ditinggal pergi sewenangnya. dicemuh dikeji seolah orang yang tak punya perasaan. aku ingin mati dalam kembara ilmu. aku ingin mati dalam pelukan buku. aku ingin mati sesudah percambahan pemikiranku mampu disebarkan kepada khalayak manusia yang sudi menterjemahkan kata-kataku kepada untai perasaan. aku ingin menjadi sarjana islam yang banyak menyumbang. aku ingin segala-galanya...
 
kerana pencarian ilmuku ini adalah tuntutan Illahi
 
Di perpustakaan UMS
 
 
 


Isnin, 11 Mei 2015

Ekopelancongan atau Pelancongan alam semulajadi

sebenarnya aku ingat eko pelancongan dan pelancongan alam semulajadi adalah dua benda yang sama. namun telaahku tersasar. malu! tak dapat jawab dalam kelas tutorial. memang kena akui aku tak baca pun sebelum masuk kelas tutorial tadi.

lepas prof terangkan aku baru faham.

eko pelancongan ialah pelancongan yang kecil dari segi bilangan kapasitinya berbanding pelancongan alam semulajadi yang berkonsep pelancongan massa.

eko pelancongan iaitu pelancongan ekologi yang melibatkan aktiviti lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semulajadi ini adalah melibatkan pelancong yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap keperluan untuk mengekalkan keindahan alam. lagipun, pelancong yang terlibat dalam eco pelancongan kebiasaannya adalah penyelidik berbanding pelancongan alam semulajadi yang tidak mengira latar belakang. maksudnya di sini, taraf pendidikan turut mempunyai impak terhadap kesedaran. logiknya, kalau melancong secara beramai-ramai, mesti dalam ramai-ramai tu ada yang 'kurang asam'. yang hanya bertujuan untuk berseronok tanpa memikirkan kesan perbuatannya terhadap alam.

perbezaan secara ringkasnya:
  1. kapasiti pelancong
  2. jenis pelancong
  3. tujuan melancong
Ecotourism:
  • nature based
  • education and interpretation
  • benefits local people economically
  • ecologically sustainable

sumber: kelas tutorial sosiologi pelancongan :)


Pelancongan alam semulajadi

(PANTAI SRI TUJUH, TUMPAT, KELANTAN)
 

Khamis, 23 April 2015

Latihan Ilmiah? Bersediakah aku?

hari ni temankan kawan pergi jumpa pensyarah. berbincang tajuk latihan ilmiah. tapi aku tak ada tajuk pun. malu sungguh. aku diam-diam saja tepi dinding.serius aku tak ada idea. apatah lagi sebarang persediaan.
 
aku memang merancang nak buat latihan ilmiah. nanti senang nak sambung sarjana. harap dapat sambung sarjana di semenanjung. bukan apa, masalah komunikasi di sini untuk melaksanakan kajian. ni bukan sebab prejudis atau apa, tapi berdasarkan pengalaman. sedih kan?
 
aku memang teringin sangat sambung belajar. buat penyelidikan. berbanding peperiksaan, sebenarnya minat aku lebih terarah kepada penyelidikan. maklum sahaja aku bukan jenis "examination oriented person". kalau jawab soalan peperiksaan aku lebih prefer soalan yang berbentuk kemahiran berfikir (KBKK). kalau soalan bentuk macam ni, aku akan dapat skor dengan baik.
 
Ini baru nak cari tajuk yang sesuai. bukan progress apa-apa lagi. tak mampu aku nak manifestasikan rasa sendiri terhadap kekesalan ini. aku harap ada sinar untuk ku di hadapan sana. berharap sinar tu bergerlipan cahaya. Insha Allah.
 
"sesungguhnya kejayaan itu untuk mereka yang berani mencuba" - Nur Nabilah, 2015

Ahad, 19 April 2015

Aku, Teori dan...

macam mana nak cakap ek? sebenarnya ni pasal proses pembelajaran aku bergelar mahasiswi UMS dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. bila aku fikir balik, betul ke pilihan aku menceburi bidang ni? dulu aku mengaku aku memang beria-ia nak bidang nih. aku cuma tahu yang bidang ni kajian tentang masyarakat. boleh melihat dunia sains social dalam dimensi yang berbeza. lagipun kata orang Antropologi dan Sosiologi adalah asas kepada bidang sains social.
 
tapi akhir-akhir ni aku rasa semacam.
 
sebabnya teori dalam bidang Antropologi dan Sosiologi sangat banyak dan saling berkaitan. pening kepala aku. buntu! rasa macam bodoh sangat. ye la. orang lain macam simple jer faham segala mak nenek teori yang para pensyarah ajar. tapi aku terkial-kial. aku binggung. nak kata tak baca, aku baca jugak. apa masalah aku? aku sendiri pun tak tahu.
 
aku nak belajar betul-betul. aku nak sambung Sarjana. "pengaruh drama cina"
aku nak Berjaya dalam hidup aku. aku nak jadi seorang professor. menyebarkan ilmu kan besar pahalanya...
 
salahkah aku menyimpan impian? aku cuma ingin kejayaan. hanya disebabkan oleh lilitan teori yang sukar dicerna oleh aku, bagaikan sudah mengugat rasa yang tercipta.
 
semoga aku bersabar. sesungguhnya kejayaan itu milik orang yang teguh hati dan pendiriannya. sepertinya kejayaan itu akan tiba bila sampai saatnya.
 
bersabarlah duhai hati.
Nur Nabilah, percayalah ada kejayaan yang sedang menanti.

Sabtu, 14 Mac 2015

Tips Menulis Nota : Buku Oh Buku

Sebagai pelajar, memang kita WAJIB ada buku nota. Dulu aku tak nampak pun kegunaan nota bagai. Semester Satu aku campur segala mak nenek nota semua subjek dengan reminder, to-do-list dan lain-lain dalam satu buku. Terukkan? Bila pensyarah bising buat endah tak endah jer. Maklumlah pensyarah bukan macam cikgu. Mereka hanya menasihati, nak buat tak nak terserah pada kita.

Apabila tiba musim peperiksaan, maka gelabah la aku. Nota payah gila nak cari. Satu kat atas, yang lain di belakang… bikin stress berganda-ganda. Akhirnya…keputusan peperiksaan aku kurang memberangsangkan.

Semester Dua? Konon-konon dah insaf. Aku pun asingkan nota ikut subjek. Kurang banyak stress aku. Maklumlah nota tersusun dengan jayanya. Maka, Alhamdulillah keputusan peperiksaan aku memberangsangkan.

Tapikan, biasa la. Manusia mudah lupa. Hurmmm…Semester Tiga, aku buat hal balik. Aku campur dalam sebuah buku. Bajet nak jimat la. Tapi pengakhir ceritanya? Aku yang merana. Keputusan peperiksaan aku kembali seperti semester satu. Sedih? Kenapa harus sedih seandainya ia berpunca daripada aku sendiri. Tiada sesiapa yang seharusnya dipersalahkan, melainkan aku.

Semester Empat? Sebelum terbang ke bumi Sabah, aku siap-siap suruh ma dan abah belikan buku latihan. Suruh belikan yang nipis jer, tengok-tengok mereka beli yang tebal. Yang sedozen terus. Gembira hati aku. Kalau aku tak berjaya lagi, tu maknanya ENCIK MALAS dah mencapai tahap kritikal.


{pesanan aku? tolong pastikan anda-anda sekalian tidak sesekali mencampur nota. hal ini sebenarnya hanya mendatangkan masalah kepada anda di kemudian hari. silalah percaya kerana ini berdasarkan pengalaman sendiri}

Selasa, 10 Mac 2015

Hubungan Etnik di Armenia


Armenia? Pernah dengar? Kalau belum pernah maka kita adalah makhluk tuhan yang memiliki aras pengetahuan yang sama. Hehehe...

Sebenarnya, hubungan etnik di armenia nih adalah tugasan tutorial untuk subjek hubungan etnik aku. Tengahari nanti nak kena bentang. Berhempas pulas aku baca banyak jurnal, tapi akhirnya kecewa sebab kira-kiranya negara bekas soviet union ini terlalu sikit bahan rujukan nya. Aku pun tak pasti macam mana nak bentang sekejap lagi. Redha jer la. Dah bersiap sedia dari awal untuk di'basuh' oleh pensyarah. Itu lebih baik dari memberi tekanan secara berterusan kepada diri sendiri.

Jujur aku cakap aku sebenarnya tak puas hati dengan apa yang aku buat. Rasa macam ada sesuatu yang hilang dan sememangnya ia adalah tidak lengkap.

Aku cuma tahu tentang
 > armenia merupakan sebuah republik kecil yang juga adalah bekas negara soviet union. Macam kita tahu, soviet union tu kan luas dan akhirnya berpecah menjadi beberapa negara.

> penduduk armenia bersifat homogenous. Bahagian nih la yang paling aku tak suka. Bila dah homogeneous, pening aku nak fikir apa masalah etnik yang berlaku.

> caucasian? Maksudnya kulit putih. Ingatkan orang arab sebab dekat dengan turki dan sewaktu dengannya. Mula-mula rasa pelik macam mana boleh terdapat di sini, bila baca balik aku lupa atau dalam bahasa mudahnya tidak mengerti sejarah dunia (harap suatu hari nanti sejarah dunia diajar secara tidak formal di institusi pendidikan Malaysia)*

Sedihkan tahap pengetahuan aku? Lagi sedih sebab kena bentang. Kalau kawan-kawan sekelas tak buat pembacaan awal, mampuslah mereka nak faham :p


Bukan aku nak takut-takutkan. Tapi sukar nak faham sebuah negara yang memiliki sejarah yang panjang. Hal ni disebabkan oleh, sejarah adalah pembentuk sebenar sesebuah negara. Nak faham sesebuah negara maka solusi terbaiknya kenal sejarah negara tersebut terlebih dahulu.


p/s : sebenarnya ada kisah pembunuhan @ bantai secara beramai-ramai didakwa berlaku terhadap etnik armenia pada tahun 1915. tapi aku tak faham. aku dah cari maklumat, tapi macam keliru. jadi tunggu dikritik oleh pensyarah, lepas tu aku kongsi di sini.

Ahad, 1 Mac 2015

Minggu Pertama Pengkuliahan yang Mencabar



Alahai…antara sedar tak sedar, dah masuk 1 MAC 2015. hurm…improvement? macam takde jer pun. dalam 2 bulan lagi aku akan berganjak ke fasa baru. mencecah umur 24 tahun. bangga ke aku? tapi perangai masih seperti kanak-kanak. bila nak matang? aku sendiri pun tidak pasti dan tak tahu. sebenarnya aku senang dengan siapa aku sekarang. aku senang dengan diri aku pada masa ini. aku senang dengan segalanya yang aku miliki.

ohhh…okay. mula mengarut.

kembali ke topik asal.

Isnin-Selasa-Rabu-Khamis-Jumaat

minggu ni merupakan minggu pertama pengkuliahan. cepatkan? rasa macam baru jer terbang balik ke Sabah. hurmmm…sesungguhnya, penat sungguh permulaan semester ni. kenapa? sebab banyak berlaku perubahan jadual/tempat kuliah. lagi? aku salah pergi daftar kelas “Akademic Writing and Reading”. bajet MUET dapat band 3. huhuhu. untuk orang-orang yang macam aku, seharusnya mendaftar “English for Occupational Purpose”. nasiblah masih ada tempat lagi. jadi, aku pun daftar kelas hari khamis sebab masa tu dah hari selasa. kelas hari rabu, semua dah tulis ~kuota telah penuh~ haru betul aku rasa. lagi? sebenarnya hari isnin tu aku dah masuk kelas academic reading and writing tuh. kasi malu jer. patutlah semua makhluk tuhan yang lain science stream…

salah subjek. salah beli buku :(
Rujukan Sebenar :)


cuba jual buku di FACEBOOK. namun tidak berjaya
isnin okay. selasa okay. Cuma aku tak faham bahagian penilaian subjek Asas Pembudayaan  Keusahawanan (APK). pening kepala aku. tapi aku diamkan. malu oitt. seorang diri jer. aku tak daftar dengan yang satu geng sebab nanti bukan boleh sama-sama pun masa berniaga. pensyarah yang pilihkan.

Smart UMS
Open Learning
hari rabu pulak? sedang enak-enak dibuai syahdu, tiba-tiba kawan mesej cakap ada kelas pukul 4. masa tu dah 3.46 petang. gila! cepat-cepat aku bersiap. nasib baik bas cepat la jugak dan nasib baik jugak pensyarah tu datang lambat. akibat tak bukak Facebook. jadi, aku tak tahu la notis terbaru tu. 

khamis… nasib menyebelahiku. nasib baik lah gedik nak buka Facebook. maka tahu lah kelas Sosiologi Pelancongan BATAL sebab pensyarah ada kerja di semenanjung. yang kelas Hubungan Etnik pun BATAL juga, sebab pensyarah kena uruskan pelajar sarjana *suatu hari nanti aku nak bergelar pelajar ijazah sarjana jugak*. Malam pulak kelas English for Occupational Purpose. pensyarah orang Dusun. Nampak tegas. tapi bila dengar apa yang dia cakap, rasa macam baik jer. tiba-tiba teringat dekat Teacher Zainon. dah lama tak jumpa teacher ni.

jumaat – kelas tutorial 10-11. lepas tu, aku pun tergolek kekenyangan di bilik.

sabtu dan ahad???
ingat nak pergi perpustakaan. tetapi, kemalasan yang teramat melanda diriku lalu menembak-nembak segala sendi untuk bersantai di atas katil meskipun assignment telah mula menjengah dan bertimbun.

ok la. tu la minggu pertama kuliah. takde la teruk sangat bila fikir balik. tapi saja nak beratkan otak untuk berfikir kan? huhuhu…entah la apa nak jadi dengan aku nih. adoiii

doakan semoga aku berubah. doakan semoga aku Berjaya. doakan semoga segalanya baik-baik sahaja.

(>.<) Terima Kasih


Selasa, 6 Januari 2015

Final Exam? Please be nice

takut, gementar...semua perasaan bercampur gaul. harapanku ingin mengapai awan, namun...seolah-olah kian kelam. kemalasan apakah yang meragut jiwaku? aku bimbang impianku tidak kesampaian.

berbicara tentang kejayaan...mungkin senang bagi sesetengah orang. tetapi, mungkin juga mengamit kesusahan bagi segelintir yang lainnya. namun aku tetap ingin juga bersyukur, hal ini kerana sesulit manapun sesuatu...aku percaya ada jalannya.

tetapi, ia bukan bermakna seharusnya aku dan kamu menyerah sahaja. mengatakan dunia belum berakhir...dan sebagainya.  kerana hal itu, sesungguhnya silap belaka. NO PAIN, NO GAIN!

aku berharap segalanya berjalan lancar. aku punya cita-cita yang harus kurealisasikan. semoga impianku terlaksana; satu demi satu.

SUMBER : http://warnabiru.deviantart.com/art/Exam-Hall-330958988

Isnin, 5 Januari 2015

Metodologi Penyelidikan dan Analisis Data : Ethnografi

kajian kualitatif tiada hipotesis

3 cara mengumpul data



  1. in-depth interview
  2. observation
  3. sekunder dokumen
trigular ---> realibility ---> findings is trustworthy

method 1 -- method 2 -- method 3

(charts - diagram - artifacts)

tips untuk melakukan pemerhatian

  1. komitmen - natural setting
  2. to be factual & descriptive is reporting what is observed (data...fakta)
  3. find out the points of view of participants
interview - tidak senang atau kurang sesuai

melakukan temuramah di lapangan

teknik interview paling sesuai untuk topik kajian
  1. tumbuh-tumbuhan perubatan (specialist) --- (ada panduan (interview semi formal)) -tidak boleh interview formal sebab borang soal selidik - informal tak boleh (soalan pendek)



  • kadar keciciran pelajar - formal
  • buta huruf - formal
  • kehamilan luar nikah - informal
  • kemiskinan - semi formal
  • gaya hidup sihat - semi formal
temubual formal hanya untuk mereka yang mahir

ingat tujuan dan objektif kajian
  • sebagai panduan proses interview
responden lebih banyak bercakap
  • tahu maklumat yang diperlukan
  • maklum responden tentang kemajuan temuramah
maklumat yang boleh diperoleh dari interview
  • data tingkahlaku
  • opinion/pendapat
  • perasaan
  • pengetahuan
  • sensory data
  • background information
perancangan
  • susun soalan
  • apa dan bagaimana
  • soalan ditanya mengikut topik 
tanya soalan dengan jelas dengan menggunakan bahasa mudah dan sesuai. ambil masa untuk bertanya soalan. satu soalan satu masa (jangan tengok jam)

kemahiran mendengar : beza soal selidik dengan soal siasat

banyakkan kawan

isu-isu sensitif (tanya apabila responden sedia) - kesediaan untuk dirakam

sekiranya terpaksa juga tanya, tanya kemudian. kawal interview. record dan rakam

"quotation" dalam analisis dan laporan

formal
  • graf
  • jadual
  • angka-angka
informal
  • petikan
take note - rajin bertanya (open ended)

lebih kurang? say no
practice interview - develop skills

final note
  • kemahiran
  • disiplin
  • personaliti pengkaji

Metodologi Penyelidikan dan Analisis Data : Kaedah Kajian

terdapat dua jenis kajian iaitu kajian kualitatif dan kuantitatif.


  • kualitatif ialah satu pendekatan yang menggunakan kaedah etnografi, photovoice
  • menggunakan temubual informal (tidak menyediakan soalan)
{etnografi : the work of describing a culture}

  • the goal of etnographic research is "to understanding another way of life from the native point of view"
  • useful tool "understanding how other people see their experience"
  • "rather than studying people, ethnography means learning from people". a portrait of a people - written descriptive of particular culture - the customs, beliefs and behavior - information collected through fieldwork
"lives with and lives like"

kualitatif <~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~> kuantitatif

lebih kualitatif 
  • participant observation : penyertaan memerhati turut serta
  • banyak atau lebih tinggi flexibility/openess to the expected
  • qualitative interview, focus group, community workshops
lebih kuantitatif
  • banyak kawalan kepada subjek dan format response
  • questionaires and other structured interview

jenis-jenis temubual

  1. tidak berstruktur - informal, participant observation, ethnography (tiada borang instrument, tiada sample)
  2. separa berstruktur - semiformal, open ended, Focus Group interview/focus group discussion, community workshop (bengkel) (ada panduan temubual, focus group kena ada sampling)
  3. berstruktur - formal, closed ended, survey/questionaire (borang soalselidik, perlu sampling)

borang soalselidik

survey : tukang banci tanya dan isi jawapan
questionaire : bagi borang jawapan dan responden isi sendiri.

open ended : jawapan bebas. contoh: nama _________
closed ended : ada jawapan. kena pilih

Responden based participant observation - as key informant --> in-depth interview (pemberi maklumat utama)

sample - struktur @ semi-struktur (bukan kaedah). kaedah cara pilih responden bukan pilih data

sampling....

tujuan kualitatif - bentuk penyelidikan yang paling kerap berlaku dalam semua suasana

  • meninjau isu
  • memahami penemuan
  • menjawab persoalan
kajian kualitatif mempunyai kebebasan (explore) bertanya dan bertindak

4 fokal penyelidikan kualitatif
  1. apa yang orang cakap (pengetahuan/pemahaman/fikiran, pandangan atau idea tentang sesuatu)
  2. budaya
  3. apa yang orang maksudkan, perlukan atau inginkan (emotional (motivasi); drivers/pemikiran atau pandangan bawah sedar/psikologi)
  4. apa yang orang buat (buat/fikir sedang buat/tingkahlaku bermakna)
how to record observation? camera !!!

.:. etnografi juga menginterpretasi (our own intepretation --> systematize)

jangan buat andaian

pemerhatian

kegunaan etnografi
  • elaborate exercise in thick description
  • kajian etnografi beri paradigma, pandangan, pembolehubah baru untuk diuji secara kuantitatif @ kualitatif
ciri-ciri kajian etnografi
  1. 12 bulan ke atas
  2. tingkahlaku harian - bukan experimen yang disediakan oleh penyelidik
  3. data diperoleh dari banyak sumber tapi pemerhatian dan temuramah informal adalah sumber utama
  4. fokus kajian : kelompok kecil - individu
  5. analisis data - interaksi makna dan fungsi
3 bulan ke bawah ~ teknik etnografi ... 12 bulan ke atas ~ kajian etnografi






Metodologi Penyelidikan dan Analisis Data : Sorotan Literature

 Metodologi penyelidikan
v building strong respectful relationships
v recruit a leadership
v define the goals/objective
v step of scheduling enough time

Identify, represent and enhance community

Melakukan sorotan literatur à sorotan kajian-kajian lepas yang pernah dibuat. Bagi mendapatkan maklumat dan contoh
§  panduan untuk kajian kita
§  untuk memahami/mengetahui metod

Kenapa sorotan literature penting?
ü  cara membuat strategi

Sorotan literature yang digunakan mestilah sesuatu yang sudah diterbitkan dan ditulis oleh sarjana/penyelidik yang diiktiraf
v latihan ilmiah dan minit mesyuarat boleh dijadikan rujukan tetapi tidak boleh dijadikan sorotan literature

Peranan sorotan literatur
©     pengenalan
·       synthesis :  menyusun semula maklumat iaitu
o   memberi makna baru
o   melihat kronologi/perkembangan intelek sesuatu bidang/perkara

Kalau ringkasan? Penulis seorang sahaja

               3 fokus sorotan literature
1)   Untuk meringkaskan
2)   Untuk sintesis
3)   Untuk menyampaikan pengetahuan dan idea (kekuatan dan kelemahan)

Sorotan literatur sebagai satu panduan (overview) dan batu loncatan

Kenapa menulis sorotan literature
v memfokus pemasalahan kajian
v menimbul idea/pendekatan penyelidikan baru
v elak pendekatan yang salah
v beri idea tentang metod (kaedah untuk menjalankan penyelidikan) – contoh: interview, observation
v kenalpasti saranan penyelidikan baru
v kukuh pendekatan teori

©     HART?
ü  beza apa yang telah dibuat dan belum dibuat
ü  kenal pasti angkubah baru yang penting dalam topic yang dikaji (lokasi)
ü  melakukan sintesis dan mendapatkan perspektif baru
ü  kenalpasti hubungan antara idea dan tingkahlaku
ü  meletakkan batu asas sesuatu pemasalahan kajian
ü  hurai rasional dan kepentingan pemasalahan kajian
ü  memahami struktur subjek kajian
ü  biasa diri dengan istilah-istilah/konsep dalam topic yang dikaji

Ø  key sources
Ø  major issues and debates
Ø  political standpoints
Ø  the origins and definition
Ø  key theories, concepts and ideas

Epistimologi – asal usul
Ontological – teori (gagasan utama)

Cara melakukan sorotan literature
1.    searching (cari)
·       tips cari bahan:
o   revisit (penulisan baru yang menilai semula penulisan lama)
o   nama penulis klasik digunakan dalam tajuk bahan – kumpul hamper semua bahan
o   dapatkan journal paling berprestij dalam bidang dicari (terbitan berulang)
2.    sorting (susun)
3.    analytical reading (baca)
·       analytical
o   dapatkan apa yang cuba disampaikan penulis? Argument? Cadangan? Tesis
o   baca abstrak dan kesimpulan
o   lakukan catatan dalam nota/laptop : sebagai sebahagian daripada penulisan
4.    evaluative reading (nilai)
·       evaluative
o   nilai sumbangan, peranan, kerelevanan, kepentingan, kekinian sesuatu bahan
o   bahan terkini lebih baik
5.    comparison (banding)
·       buat perbandingan
o   to extract keypoint (aim). Compare and contrast across study
o   keypoints (research)
ü  aim/hypothesis
ü  design and sampling
ü  instrument and procedure used
ü  how data analysed
ü  results/finding
ü  interpretations
o   find similarities and different
ü  philosophy
ü  epistemology
ü  methodology
ü  types of data
ü  data analysis
ü  interpretation
6.    organizing the content
·       kaedah peta (maps) dan pokok (tree)
·       characteristic maps
·       concept : link between concept
·       classified and categories in tabular form
7.    writing the review (tulis sorotan)
·       1 idea 1 sentences
·       perenggan – kumpul dan kembang ayat-ayat yang ada. Persamaan idea/aspek
·       buat perenggan baru untuk idea/aspek/topic yang lain.
·       tatabahasa yang konsisten
·       penggunaan kata sendiri yang selari (transition words) untuk mengembangkan penulisan dan menyambung idea antara ayat dan perenggan. Contoh: oleh itu, tapi, namun demikian, hasilnya, turut sependapat

Sorotan literatur wajib
·       teratur dan berkait langsung dengan tesis/persoalan kajian
·       melakukan sintesis kepada maklumat yang telah dikumpul
·       mengenalpasti aspek-aspek kontroversi
·       kemukakan persoalan/soalan yang memerlukan penyelidikan lanjut

Sorotan literature yang baik
·       ada sintesis
·       penilaian kritikal
·       menyeluruh dan mendalam
·       jelas dan tersusun
·       menampak usaha yang tinggi
·       menggunakan gaya bahasa yang konsisten

Tips: minta orang lain baca, kalau mereka tidak faham maknanya tidak bagus
Setiap penulis dalam perenggan? Bencana akademik