Selasa, 30 September 2014

Kaki kipas? Tolong nyah...

Olla...

Hari ni tetiba semangat nak bercerita tentang kaki kipas. Bukan kaki lipas tau.
Sebenarnya, aku sangat menyampah dengan manusia yang bersikap kaki kipas. Bajet bagus ooooiii...padahal tin kosong. Bunyi jer lebih. Pengalaman aku dengan kaki kipas? Banyak sangat-sangat sampai satu saat aku fikir, baik tak payah nak bersusah payah sangat buat apa-apa, kipas saja orang atasan kuat-kuat kasi kembang, lalu semua akan jadi baik-baik sahaja.

Ahh..tak pasal-pasal aku tumpang bodoh sekaki kalau buat macam tu kan? Jadi untuk mengelakkan aku bersikap macam tu juga, aku sebolehnya cuba mengelak manusia spesis begini. Bab kata pemuda-pemudi masa kini, buang karen je beb layan orang macam tu.

Bila aku fikir balik-balik, patutlah produktiviti Malaysia tak berapa memberangsangkan sebab dari sekolah sampai la universiti, perangai macam ni tetap dianggap yang terbaik. Benarkah? Tepuk dada dan buat pemerhatian sediri.tu tak masuk lagi dalam alam pekerjaan yang punya seribu satu dugaan yang ternyata bukan indah-indah belaka. Aku bercakap dalam konteks pengalaman. Jadi jangan nak salahkan aku sangat.

Aku pernah dimaki oleh pegawai atasan sebab buat silap. Silap kecil jer sebenarnya. Tapi makian dia? Bergegar hujang jantung ok. Balik kerja terus nangis-nangis dan motivasikan diri balik, cakap it’s gonna be okay.

Tapi berbalik kepada kaki kipas yang sampai sekarang aku masih ingat, salah dia lagi besar...tapi dengan muka yang bajet comel, buat tak tahu jer. Lepas tu tergedik-gedik depan bos. Aku naik menyampah. Minta maaf sangat tapi aku memang anti kaki kipas.
Sekarang? bergelar mahasiswi aku. Tapi trend kaki kipas masih sama jer. Bagi minuman makanan, puji-pujian, gelaran, jadi YES man...ah semua tu mengarut jer tu.

Bagi aku la, untuk mencapai kejayaan kita mesti bekerja keras. Tu senjata paling ampuh untuk mencapai kejayaan tertinggi dan kejayaan tersebut lebih indah untuk dimiliki.

Buat kaki-kaki kipas sekalian...

Ni peringatan dari aku. Korang berjaya tinggi mana sekalipun, kalau hasilnya dari mengipas orang atasan, jangan ingat nak bahagia sangat. Cubalah bertaubat. Berubahlah. Bukan untuk aku, tapi untuk korang sendiri juga. Nanti akan sampai satu waktu, korang akan merasa apa betulnya cakap aku.


Ok bye.

sumber: google



Rabu, 24 September 2014

Pengenalan kepada ANSOS



Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya ANSOS? Setiap kali orang tanya ambil program apa di universiti, kalau jawab ANSOS mesti terserlah kerutan di dahi mereka memikirkannya dan semestinya tidak memperolehi sebarang jawapan konkrit mengenai bidang ini dengan setepatnya. Begitu misteri sekali gerangan program ini di mata masyarakat.

Pengalaman aku sendiri ketika melakukan medical check up di sebuah hospital kerajaan, doktor tersebut memikirkan aku mengambil kursus kajian tentang serangga kerana aku menyebut ANTropologi...menyangka semut barangkali. Itu sangkaan seorang doktor apatah lagi masyarakat lainnya.

SUMBER: ENCIK GOOGLE
Aku mengenali program Sosiologi dan Antropologi, yang singkatannya ialah ANSOS ketika aku dirundum kegagalan. Ya, kegagalan yang seolah-olah telah melenyapkan segala-galanya yang aku miliki kecuali menyedarkan aku betapa berertinya sesuatu yang bernama kasih sayang. Sejak itu, aku mula memikirkan arah jalan yang ingin aku tujui. Mengapa aku bertindak sedemikian? Apakah impak kegagalan aku kepada diri, keluarga dan masyarakat? Perkaitan yang normal barangkali namun tak pernah terfikir dek akal kerana taksub dengan kegilaan sendiri.

Akhirnya, doaku termakbul jua. Semua pilihan dalam UPU aku isi dengan program ANSOS tanpa pengetahuan keluarga. Program yang sama cuba berbeza IPTA sahaja dan UMS membuka kesempatan untuk aku mengenali ANSOS sedekat mungkin.
Percayalah, memilih ANSOS sebagai destinasi cinta takkan berakhir dengan kekecewaan kerana selagi ada manusia di muka bumi ini, selagi itulah ANSOS takkan mengundur diri daripada sesiapa.

SECARA RINGKASNYA:
Antropologi ialah kajian tentang manusia manakala Sosiologi ialah kajian tentang hubungan antara manusia”

SUMBER: ENCIK GOOGLE



Selasa, 23 September 2014

keinginan menjadi pemimpin masyarakat

Aku ingin menjadi pemimpin.bukan setakat pemimpin jaguh kampung bahkan seantero dunia.mungkin keinginanku hanya mengundang ketawa tak bersisa bagi sesetengah pihak, namun ini kemahuanku.ia telah lama tumbuh dalam diriku.

Mungkin ramai yang beranggapan citaku ini menggunung tinggi lalu menjadikan terlalu sukar untuk digenggam dan silap-silap hanya menjadi angan kosong semata.ahhh persetankan semua itu.selagi nyawa di kandung badan, selagi itulah akan kuburu keinginan ini.

Kini, aku sedang mempersiapkan diri.menuntut ilmu sedalam mungkin hingga kefahaman mencelikkan minda agar aku tidak rapuh bila berdiri di persada.

doakan aku teman.demi mengubah nasib bersama.demi menukar jalan tercipta.semoga Malaysia ku menjadi kuasa dunia.


Jumaat, 12 September 2014

tak terkata dek kata-kata



Aku masih di sini. Dibelenggu oleh diriku sendiri. Kealpaan dan kekalutan yang kian meruncing, memaksa aku untuk mengukirkan sebuah catatan.catatan ini bukan catatan biasa. Bukan juga catatan gila. Kerna melalui catatan ini sahaja aku dapat menoktahkan kata-kata. Kata seseorang melalui pembacaanku, hanya mereka yang ‘sakit’ akan melakukan perkara seperti aku ini. Namun aku tidak kisah lagi dengan perkataan demi perkataan yang menyakitkan daripada sesiapapun. Mereka tidak mengerti apa-apa, tetapi tetap mahu dilihat hebat dalam menghukum ketika berbicara. Siapa aku untuk menuturkan kata? Aku Cuma manusia biasa yang berimpian untuk menjadi manusia luar biasa iaitu manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lainnya tanpa syarat...mengagihkan nikmat kurniaan Tuhan dengan seadilnya.

Aku masih terkapai-kapai mencari jalan kejayaan. Memburu kebahagian tertinggi yang mampu aku daki meskipun jalan itu terlalu menyakitkan, mengaibkan dan merendahkan egoku serendah-rendahnya. Kadangkala aku merasa tidak sabar dan lemah untuk meneruskan perjalanan yang masih bersisa ini. Namun apabila terbayangkan wajah ayah bonda di desa, aku tetap ingin teguh berdiri. Melawan segala arus yang mendatang untuk melunaskan sebuah sumpah janji yang telah terpateri kukuh di sanubari sebelum aku melangkah di sini. 

Aku masih tercari-cari sinar kebahagian. Aku tahu kebahagian tidak boleh dijual beli. Ia hak mutlak kepada sang empunya. Meskipun demikian, aku tetap merasakan kekosongan yang bisa menyewelkan aku. Aku lelah. Aku lemah. Lalu tidak terdaya lagi untuk menahan kesedihan. Bila malam melabuhkan tirai, aku bertanya pada diri, apakah sebenarnya yang boleh membahagiakan hati ini? Mungkin aku terlalu jauh dari Sang Pencipta, jadi tercabut sudah ketenangan jiwa. Ohhh Tuhanku, ampunilah hambaMU yang penuh dosa ini dan limpahkan taufik hidayahMU kepadaku...