Rabu, 16 Disember 2015

Internet satu keperluan


Kalau dulu keperluan asas manusia adalah makanan dan tempat tinggal, maka penambahan harus dibuat terhadap apa yang dipanggil sebagai internet. Maksud aku, akses kepada internet. Pada masa kini, seseorang yang hidup tanpa internet akan ketinggalan. Bukan ketinggalan biasa-biasa cuma, namun ketinggalan jauh berbanding orang-orang sekeliling.

Ya. Ia sangat memenatkan. Tapi, inilah kejayaan hasil ciptaan yahudi; dunia tanpa sempadan. Tiada manusia pun boleh lari daripada mendapatkan internet. Andai sahaja ia ditolak, maka bersedialah untuk hidup dalam keadaan tidak mengerti apa-apa atau dalam bahasa mudahnya menjadi manusia jahil.

Namun demikian, harus sentiasa diingat tentang lambakan pengetahuan dalam internet. Norma dan nilai mesti sentiasa digenggam erat. Kalau tidak, bersedialah menerima bahana internet. Internet mampu menjadikan manusia baik, juga jahat. Interpretasi manusia yang berbeza menambahkan lagi perisa dalam menapis maklumat.

Oleh itu, belajarlah menggunakan internet dengan sebaik mungkin. Semoga kita tidak terus hidup dalam dunia kepalsuan secara berterusan…


P/S: sebenarnya stress sebab kuota internet asyik macam siput babi jer. cepat aje nak slow. nak langgan yang mahal-mahal tak mampu. tapi aku ni pengguna tegar. heavy heavy gitu :p


Ahad, 15 November 2015

Biar Alam Berbicara


Oh makhluk dangkal bernama manusia,
Biarkan sahaja alam yang berbicara,
Kerna ia lebih mengerti apa yang terbaik untuk semua.

Andai sahaja alam mula berbicara,
Diamkan sahaja,
Kalau ia malapetaka,
Maka itu balasan terbaik buat kita,
Hanya kerana terdapat segelintir manusia durjana,
Yang mengekploitasi tanpa hentinya.

Sekiranya alam memberi manfaatnya,
Terimalah dengan berlapang dada,
Kerana itu habuan buat kita,
Yang mencintai alam dengan setulusnya.

Biar alam berbicara,
Ia tidak pernah khilaf dalam penghitungannya.

Oleh yang demikian duhai manusia,
Jangan kerana ketamakanmu mengila,
Menjadikan bicara alam tak selunak sepatutnya.


Nukilan: Nur Nabilah Arifin (14/11/15)

Aku, Cinta dan Kebencian

Hingga saat ini aku masih tidak mampu melupakan. Harus aku akui bahawa aku sakit. Hanya kerana mencintai dirinya. Kenangan demi kenangan waktu lalu bagai mengamit mimpi-mimpiku. Aku seharusnya belajar untuk melupakan. Tetapi hanya kesakitan yang terlukis. Walaupun ia pahit, namun tetap sahaja aku merasakan bahawa ianya cukup indah.


Sesungguhnya aku ingin membenci dirinya. Aku ingin dia tahu bahawa aku benci padanya kerana meninggalkan aku tanpa berita. Aku benci untuk memikirkan tentangnya. Aku benci mengingati segala kenangan yang tercipta. Andai sahaja aku bisa mengubah segala, ingin aku memadamkan segala cerita tentang dirinya. Agar segera sahaja aku dapat menoktahkan semua.


Aku ingin sekali berlalu pergi, memujuk lara di hati untuk kesekian kali. Namun kehadirannya jelas sekali mengoncang jiwa, jiwa yang selama ini kesepian ditinggalkan. Bertahun menjeruk rasa. Bertahun jua belajar mencari bahagia. Tetapi hanya sesaat kehadirannya terus sahaja meranap rasa.


Oh Tuhanku, berilah aku kekuatan. Sesungguhnya aku buntu. Aku hanya ingin mencari bahagia.


Nukilan rasa (1/11/2015)

Khamis, 29 Oktober 2015

Tuberculosis (TB)

Disyaki menghidap TB merupakan antara pengalaman yang sangat menakutkan. Bukan tidak mahu atau takutkan kematian, tetapi persediaan ke arah itu belum cukup memuaskan. Lagi pula, penyakit ini sinomin dengan mereka yang lebih berusia.

Apabila memandang kiri dan kanan, hati jadi sebak. Kenapa harus aku?

Setelah mendapatkan pengesahan kedua bahawa aku bukan penghidap TB, hanya kesyukuran yang aku panjatkan meskipun batuk yang berpanjangan ini tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Tapi sekurangnya penyakit TB bukan milikku.


Kini aku faham. Betapa anugerah kesihatan itu lebih penting. Tanpa kesihatan yang baik, segala perjalanan dalam menempuhi kehidupan bukanlah senang seperti yang diperkatakan oleh insan.

Khamis, 22 Oktober 2015

Sakit

keadaan kesihatan aku kurang memuaskan menyebabkan aku tidak begitu aktif dalam berblogging. sungguh aku sedih dengan keadaan kesihatan ini.

sakit adalah penghapus dosa. mungkin dosa aku terlalu banyak. oleh sebab itu, aku cuba meredhakan diri meskipun hakikatnya untuk berbuat demikian sungguh payah. kesabaran aku cukup tipis pada hakikatnya.

tolonglah doakan kesihatan aku kembali pulih.

aku ingin hidup sihat seperti orang lain juga...

Image result for sick

Isnin, 21 September 2015

Kalau aku stress...

Perkara pertama yang aku suka buat ialah makan. Maksud aku dengan pengambilan makanan dalam kuantiti yang sangat banyak. Biasanya orang yang rapat dengan aku tahu tabiat aku yang satu ni masa stress. Antara makanan yang mendapat tempat ialah aiskrim, kek, minuman berkarbonat, makanan ringan, nasi, makanan bergoreng dan jugak apa sahaja makanan atau minuman yang terlintas dalam kepala masa tu.

Perkara kedua yang aku buat kalau aku stress ialah tidur. Tidur yang terlalu banyak atau tak boleh tidur langsung. Tapi kebiasaannya ialah tidur yang panjang. Entah la. Walaupun banyak perkara yang perlu aku buat dan menjadikan aku tertekan, aku tetap tidur. Berjam-jam lamanya. Lepas tidur, aku tidur balik. Seolah-olah dakapan pada bantal busuk dan selimut menghilangkan ketegangan pada tubuh dan minda aku. Di tambah dengan mimpi-mimpi yang meskipun tidak begitu indah, namun bagai panggung layar mengulit aku dari realiti semasa.

Perkara ketiga yang aku akan buat kalau stress ialah mandi. Terapi stress yang ni memang mendatangkan kemarahan kepada orang yang tinggal bersama. Berjam-jam aku mandi. Tak tahu la berapa gelen air yang mencurah membasahi aku. Tak pasti juga harga bil yang mendatang. Teruk ke? Tapi tak boleh jugak salahkan aku. Elemen air tu kan elemen yang menyejukkan. Di tambah pula, terdapat kepercayaan bahawa elemen air sekiranya digunakan dengan baik dan betul, boleh mengubat penyakit. Tak pasti mitos ke apa. Sebab aku belum buat google research lagi berkenaan hal ni. Maaf!

Akhir sekali, yang biasa aku buat kalau aku stress ialah mengemas rumah. Bukan mengemas sangat pun. Menyapu sebenarnya maksud aku. Lepas sapu, aku sapu lagi. Ada kawan cakap, tabiat ni paling pelik. Betul ke? Yela, apa kaitan menyapu dengan hilang stress? Betul juga. Mungkin secara simboliknya perbuatan aku ni ialah sampah tu ibarat stress. Dengan menyapu tu bermakna aku berusaha membuang segala stress. Hehehe. Aku pun tak pasti. Tapi bila fikir balik, memang pelik pun kalau menyapu masa stress. Entah apa-apa perangai aku.

p/s: tangani rasa stress anda sebaik mungkin. mungkin perkara yang menghilangkan stress antara kita adalah sangat berbeza. tetapi yang paling penting ialah kita mengetahui apa yang mampu mengurangkan stress kita. hal ini disebabkan, dunia moden adalah dunia yang penuh tekanan. serba serbi menekan, tertekan dan ditekan.


“ tanpa masalah, orang itu sebenarnya sudah mati sebelum menemui ajal” - (Nur Nabilah, 2015)

Jumaat, 31 Julai 2015

Peluang Kedua

sekarang ni dah pertengahan bulan syawal. ramadhan dah lama berlalu. begitu juga sambutan hari raya aidilfitri. di kelantan, paling lama pun sambutan untuk hari raya adalah selama 3 hari. selebihnya adalah hari-hari biasa sepertimana hari lainnya. mungkin keadaan ini berbeza dengan negeri-negeri yang lain.

hakikatnya aku bukan ingin menceritakan perihal raya atau puasa. kerana bagi aku keduanya telah berlalu dengan selamatnya.

dah terlalu lama blog ini usang tidak berpenghuni. bukan disebabkan oleh kekangan waktu, namun kudrat untuk mencatat rasa tidak sedaya sepertimana otak yang bertungkus lumus mengarang cerita di kepala. tu khilaf diri sendiri dan aku mahu mengakuinya.

ohhh ya, semalam keputusan peperiksaan aku keluar. sesungguhnya keputusan peperiksaan aku tidak begitu memberangsangkan. sedih? ya, aku memang sedih. tapi bila aku fikir balik, usaha aku tidak seberapa jika dibandingkan dengan keputusan yang aku perolehi. dengan perangai aku dan sikap aku yang melebihkan tidur berbanding mengulangkaji pelajaran, nah jadi apa lagi aku mahukan? sepatutnya aku berusaha keras dan bukannya berangan semata. hanya keesokan hari tika peperiksaan menjelang, barulah aku bertungkus lumus mencari nota untuk diulangkaji. baru sibuk menelaah sehabisnya.

esok merupakan permulaan baru. peluang kedua untuk aku. seharusnya aku melapangkan dada menyatakan betapa bertuahnya aku kerana masih punya ruang dan peluang. berbanding pesalah yang menghadapi hukuman mati di tali gantung. sedih rasanya melihat sesalan yang wujud dalam diri mereka. perlukah mereka ke tali gantung atas kesalahan mereka? sekiranya akal waras hilang rasionalnya ketika melakukan perbuatan menyalahi norma masyarakat? mahu bagaimana lagi? terkilannya aku. kerana aku tak punya kudrat untuk berbuat apa-apa. hanya angin lalu yang bisa aku bisikan, "maafkan aku duhai antagonis kerana aku tidak punya kekuatan untuk membantu. hanya bisa menyatakan bahawa aku bersimpati dengan nasib yang menimpa dirimu. masyarakat menghukum sedangkan mereka tidak pernah mahu mendengar jeritan bebanmu."

peluang kedua adalah hak untuk setiap insan. semoga sistem ciptaan manusia tidak terus diagungkan. kerana terlalu banyak cacat celanya.


Ahad, 21 Jun 2015

Produktiviti Ramadhan

Entahlah kenapa kemalasan asyik menguasai diri. Tidak produktif sebagaimana yang sepatutnya. Bulan Ramadhan seharusnya menjadikan seseorang memiliki produktiviti yang tinggi. Tapi rata rata sebaliknya, termasuk juga aku.

Produktiviti Ramadhan tinggi kerana ganjaran yang lebih dijanjikan oleh Allah s.w.t. Tapi seolah-olah tidak diambil peduli.

Harapan aku, agar selepas ini aku berubah. Semoga madrasah ramadhan ini menjadi titik permulaan dan berterusan sehingga ajal menjemputku. Tidak lupa juga agar semua umat Islam kembali bersatu teguh tanpa ada prasangka, kerana sesungguhnya kita semua adalah bersaudara.



Khamis, 18 Jun 2015

pembangunan yang didorong oleh teori modernisasi (Rostow) banyak dikritik oleh feminist

kuiz subjek pembangunan dan alam sekitar (markah: 7/10)

teori modenisasi oleh Rostow mempunyai 5 tahap. Menurut Rostow, dalam pembangunan tahap-tahap ini akan berlaku secara sejajar sehingga tahap kelima tercapai iaitu setiap individu dalam masyarakat mendapat kesaksamaan. tahap kelima era konsumsi tinggi dimana pembahagian kerja berlaku dan negara demokrasi. teori modenisasi ini menjelaskan perubahan dan proses transformasi dari masyarakat tradisional kepada masyarakat moden.  

walau bagaimanapun, teori modenisasi ini ditolak dan dikritik oleh feminist kerana teori modenisasi ini tidak mengambil kira keadaan golongan wanita. teori modenisasi sebenarnya banyak dipengaruhi oleh model ekonomi kapitalis dan sistem patriaki itu sendiri. golongan wanita yang tidak bekerja dianggap sebagai tidak menyumbang kepada keluarga, walhal bebanan tugas domestik iaitu memasak, menjaga anak dan menguruskan rumah tangga tidak diambil kira. hal ini kerana sumbangan hanya dinilai daripada kewangan semata-mata. 

seperti di India, kajian yang dibuat oleh Amatya Sen menunjukkan bahawa golongan wanita terpaksa mengangkut air dari tempat yang jauh daripada rumah kerana selain sistem patriaki, ia dipengaruhi oleh commons. golongan wanita yang tidak berpeluang memiliki hak milik tanah sendiri dan sekiranya tiada wasiat, maka tanah akan hanya diserahkan kepada kaum lelaki dalam keluarga. kaum wanita tidak mempunyai hak. oleh sebab itu, kaum wanita tidak mahu berkongsi hak milik tanah kerana sekiranya berlaku apa-apa masalah, golongan wanita ditindas. oleh itu, melalui kajian kes di India ini sahaja telah menunjukkan teori modernisasi Rostow tidak bertepatan dengan realiti kerana teori modernisasi anggap semua orang mempunyai peluang dan hak yang sama. teori modernisasi tidak melihat penindasan yang berlaku terhadap golongan wanita dari segi bebanan tugas dan peluang mendapat pekerjaan yang luas selain tingkat gaji yang ditawarkan kepada golongan wanita biasanya lebih rendah.

Google Image

Ramadhan tiba

selesai hari pertama puasa. menyambut Ramadhan buat kali pertamanya di negeri di bawah bayu. kiranya impian masa kecil-kecil dulu setiap kali tengok waktu sahur dan berbuka di kaca televisyen termakbul. dulu cemburu dengan orang Sabah sebab waktu berbuka lebih awal, tapi sebenarnya sama jer. takde beza pun. 

hurmmm...solat terawih tak berkesempatan lagi buat. sebabnya...malas
ohhh bukan salah syaitan dah. ni sebab keyakinan diri kot. sebab aku rasa telekung solat aku usang betul. aku segan sangat rasa.

hari pertama ramadhan ni aku tak produktif langsung. padahal, esok ada peperiksaan akhir. kertas pembangunan dan alam sekitar. kertas terakhir untuk semester empat ni. tapi sesungguhnya malas sangat-sangat menguasai diri.

harapan aku, agar aku punya semangat untuk belajar dengan sisa-sisa waktu yang masih ada selain agar ibadah puasa aku lebih baik daripada sebelumnya.

Google Image

Selasa, 16 Jun 2015

Hubungan Etnik...


  1. perbezaan pencapaian
  2. jurang sosial
  3. monopoli
  4. budaya (konstruk sosial)
  5. pengekalan identiti
  6. prasangka
  7. ethnocentrisme
  8. stereotaip

hubungan etnik

  • armenia
  • ukraine
  • mauritus
  • papua new guinea
  • iran
  • sudan 
  • hungary
  • kanada
  • new zealand
  • netherlands

Isnin, 15 Jun 2015

Hubungan Etnik

Panduan kursus - oleh Dr. Kntayya

hubungan etnik merupakan salah satu isu sosial yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat moden, khususnya ekoran dari pembentukan masyarakat berbilang ras dan etnik. biarpun kepelbagaian etnik atau ras telah menghasilkan kesan-kesan yang dianggap positif seperti perkahwinan campur dan mengkayakan budaya, tetapi sejarah masyarakat moden pada umumnya menunjukkan hubungan etnik dan ras ini telah menjelma sebagai fenomena sosial yang mencetuskan konflik dalam kehidupan manusia. konflik etnik kerap menjejaskan keamanan, kestabilan politik dan pembangunan ekonomi. permusuhan dan konflik etnik telah menjadi perkara harian pada masa kini akibat kegagalan negara-negara moden mewujudkan kesaksamaan dan keadilan dalam kehidupan masyarakat berbilang etnik dan sekaligus menunjukkan kegagalan dalam mengurus masalah hubungan etnik. kesedaran keetnikan dan pola-pola dalam hubungan etnik yang muncul, sama ada yang bersifat positif atau negatif, adalah bergantung kepada pelbagai faktor yang berupaya membangkitkan kesedaran dan kepentingan pengaruh keetnikan serta persaingan politik dan ekonomi antara kumpulan etnik. justeru keetnikan sebagai suatu kuasa sosial dan faktor-faktor yang mencorakkan hubungan etnik ini perlu difahami. oleh itu, kefahaman tentang konsep-konsep, teori-teori, isu-isu dan pengalaman-pengalaman masyarakat berbilang etnik utama termasuk Malaysia perlulah dipelajari dan dikaji. bermula daripada tinjauan ke atas pemikiran awal tentang idea perbezaan ras dan kemunculan ideologi rasisme, kebangkitan keetnikan dan pengaruhnya dalam pelbagai konteks sosial masyarakat yang berbeza dari segi kompleksiti, ciri-ciri dan kedinamika hubungan etnik. pengaruh faktor-faktor sejarah, budaya, politik dan ekonomi dalam membentuk situasi-situasi dan permasalahan hubungan etnik yang berbeza akan dikaji. perbincangan meliputi penilaian ke atas pendekatan dan strategi politik yang diamalkan oleh masyarakat-masyarakat tertentu termasuk Malaysia untuk menangani masalah kepelbagaian, perpecahan dan pemusuhan etnik. persoalan mengukur dan menilai kekuatan pengaruh keetnikan dan tahap konflik etnik serta ramalan-ramalan teori-teori sosial tentang masa depan pengaruh kuasa keetnikan dalam arus perubahan masyarakat, terutamanya dalam arus globalisasi masa kini.

My Career (What I want to be...

  1. Social Scientist
  2. Profesor
  3. Entrepreneur
  4. Chef
  5. Writer
  6. Planner and Organizer
  7. Designer
  8. Photographer
  9. Counselor and Phychoterapist
  10. Motivator and Trainer
  11. Consultant (Image and Beauty)
  12. Dietician and Nutritionist
Google image

Dah 3 Tahun Jadi Blogger

semalam genaplah tiga tahun aku berkecimpung dalam dunia blogging. sejujurnya ni bukan blog pertama aku tapi disebabkan oleh beberapa faktor maka aku tutup blog lama dan bukak blog nih pada 14 Jun 2012.

aku sedar bahawa blog aku ni takde la popular pun. memang tak dapat la bajet nak popular macam ben ashaari, fatin liyana atau hanis zalikha sebab post aku ni tak konsisten. kira macam ikut sesedap rasa aku jer nak cerita apa. sepatutnya blogger yang baik ialah yang mempunyai tema dalam bercerita walaupun dalam kategori blog peribadi. macam tu la gamaknya. 

sesungguhnya aku ni pulak, spesis yang akan tulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. kira macam ikut mood la senang cakap. kalau sedih, tulis yang sedih. mood jiwang memang aku akan ke laut. hehehe.

punca utama aku tulis blog adalah sebab aku memang obses dalam penulisan. kiranya menulis tu dah jadi macam terapi bagi aku. terapi untuk menyenangkan hati sendiri. lagipun, aku berharap sangat orang dapat baca apa yang aku cuba sampaikan. tapi kena berusaha keras la aku lepas ni untuk tambah follower. kena belajar buat segmen. tapi, aku tak reti lagi nak buat segmen. join segmen orang pun merangkak-rangkak lagi. aduhaiii...memang nampak sangat amateur. tak apa kayuh perlahan-lahan. nanti sampai juga ke arah sasaran.

semoga usia blog yang ketiga tahun ni akan terus mengukuhkan keinginan aku dalam penulisan. semoga dapat menambah bilangan kenalan maya. semoga aku sentiasa gigih berusaha.  





My Role

this is me
  1. Family Members
  2. Friends
  3. Student
  4. Worker
  5. Religious Participant
  6. Hobbyist/Amateur
  7. Volunteer
  8. Care Giver
  9. Home Maintainer
  10. Participant In Organizations

Jumaat, 12 Jun 2015

Gemeinschalf dan Gesellschalf

Ferdinand Tonnies (1853-1935)

merujuk jenis masyarakat, susunan sosialnya (bentuk) dan hubungan sosial.

Gemeinschalf (the society of tradition)
  • ikatan kekeluargaan dan bersifat personal
  • ciri-ciri:
  1. hubungan rapat dan bersemuka
  2. saling bergantung
  3. status dari aspek kelahiran
  4. ketua dipilih daripada kalangan yang berusia
  5. dikumpul melalui perkongsian idea dan matlamat yang sama. contohkeagamaan
  6. kepercayaan dan keagamaan - lebih kepada pagan: alam sekitar dan nenek moyang (supernatural)
  7. berkongsi/bekerjasama. contoh ekonomi
  8. division of labor "jantina"
  9. jenis ekonomi - pertanian sara diri: tiada surplus untuk dijual

Gesellschaft (the society of contract)
  • masyarakat industri
  • berasaskan perjanjian dan lebih berbentuk formal
  • ciri-ciri:
  1. tidak mesra
  2. perhubungan sosial bersifat khusus dan impersonal individualistik dan saling tidak percaya. interaksi dan tanggungjawab berasaskan syarat-syarat
  3. wujud pembahagian tugas dan peranan khas yang perlu dipenuhi individu untuk mencapai matlamat organisasi
  4. pembahagian tugas berdasarkan status pendidikan (pengkhususan kerja)
  5. status sosial berdasarkan ekonomi
  6. ada nilai-nilai lebihan yang dikomerialkan
  7. agama semakin longgar kerana lebih tertumpu kepada ekonomi
  8. politik - ada organisasi khusus,
  9. tingahlaku ikut undang-undang
  10. saling bersaing untuk kepentingan  diri (individualistik)

Khamis, 11 Jun 2015

Budaya dan Masyarakat

kajian tentang budaya. bunyi mudah dan sangat menarik. tapi sebenarnya yang mudah itulah yang mencabar minda. sebab anggapan atau ramalan orang akan menjangkakan hasil yang memberangsangkan.

budaya itu sebenarnya terlalu luas ruang lingkupnya. ya, tersangat luas kerana budaya ialah 'the way of life' atau dalam bahasa Melayunya, cara hidup...

sebelum berkecimpung dalam bidang sosiologi dan antropologi sosial, aku hanya menganggap budaya itu adalah adat tradisi seperti adat perkahwinan, adat kelahiran dan adat kematian. kini, barulah aku fahami bahawa aspek  budaya itu luas. ya lagi sekali aku ingin tekankan bahawa budaya itu sangat luas.

selain memahami pengertian budaya dan masyarakat, subjek ini terus menilai teori yang terdapat dalam kajian budaya seperti fungsionalisme.

fungsionalisme beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan  perubahanperubahan semasa. masyarakat terdiri daripada satu sistem yang mencakupi kombinasi benda, bahan dan manusia serta saling berhubung kait dan saling membantu. perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah titik keseimbangan tercapai.

selain itu, subjek budaya dan masyarakat ini turut cuba memberi pengertian kepada aspek kaitan antara gender dan budaya. ramai yang silap menafsirkan gender dengan jantina. jantina ialah merujuk kepada perbezaan biologikal antara lelaki dan perempuan seperti jenis kelamin, pertumbuhan otot, pembentukan halkum dan payudara. manakala, gender pula ialah satu set ciri atau kriteria, peranan dan corak tingkahlaku yang membezakan lelaki dan perempuan yang terjadi disebabkan proses sosialisasi dan budaya iaitu hasil asuhan, keterbiasaan, norma sosial budaya dan jangkaan. sebenarnya gender ini boleh berubah dan berbeza dari masa ke semasa, dari satu tempat ke tempat yang lain dan daripada satu budaya ke budaya lain.

di samping itu, turut memahami media, budaya massa dan budaya popular iaitu bagaimana budaya dapat berubah ekoran daripada peranan media. sebagai contohnya budaya K-pop yang merupakan trend semasa. ramai dalam kalangan remaja cuba mengikut atau meniru budaya K-pop seperti pakaian dan makanan agar dikatakan sesuai atau mengikuti perkembangan semasa serta diterima dalam kumpulan sebaya. di sini, kini boleh melihat bagaimana media telah memainkan peranan menyebarkan dan mempromosikan budaya K-pop melalui iklan, menyiarkan cerita daripada Korea dan mewar-warkan konsert.

tambahan lagi, turut tidak ketinggalan ialah budaya diaspora dan hibrid. diaspora secara umumnya ialah orang-orang yang tinggal di luar tanah air/negara asal usul mereka. manakala, hibrid ialah kacukan antara dua kaum yang berlainan atau budaya yang berbeza-beza iaitu sesuatu yang bercampur-campur. 

persamaan antara diaspora dan hibrid ialah merupakan kelompok minoriti, berlainan budaya daripada generasi sebelumnya, masih mencari-cari identiti sebenar dan menjadi kelompok minoriti di negara menetap. 

perbezaan pula ialah diaspora meninggalkan negara asal dan menetap di negara lain, masih memiliki identiti negara asal yang 'cair', identiti dikenali berdasarkan negara asal, identiti yang jelas, wujud istilah 'host' dan 'home nations', dan tidak perlu diterima dalam mainstream. Tetapi hibrid pula kacukan daripada beberapa etnik, memiliki identiti kacukan/identiti mainstream, identiti tidak dikenali berasaskan negara asal, identiti yang kabur, tidak wujud istilah 'host' dan 'home nations' dan berusaha untuk diterima dalam mainstream.

sementara itu juga, subjek ini turut memahami pembentukan bangsa Malaysia atau dalam bahasa mudahnya PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

itulah skop pembelajaran selama 14 minggu. apa yang perlu aku lakukan ialah mencari kajian kes. doakan kejayaan aku dalam menghadapi peperiksaan akhir untuk subjek ini.

budaya dan masyarakat - komuniti pulau
sumber imej: Kerja Lapangan di Pulau Bum Bum. 
(jurugambar: Liza)

NOTA KULIAH DR MARSITAH (2015)