Khamis, 25 Disember 2014

Giveaway untuk Bloggers




jom kita sertai giveaway ni beramai-ramai.

untuk sertai klik di sini

ok. selamat maju jaya.

PhotoVoice - Final Exam & Happy Becoming New Year

hehehehe...biar gambar berbicara



This is ME and this is REAL

  •        What I want most out of life is travel around the world, see the live
  •         The people who are most important to me is my family
  •        I like being around people who are intelligent, brave and strict
  •        I feel good about myself when I’m better than others
  •        I am interested most in reading and writing
  •        The biggest mistake I ever made was went out from SMK KUBANG BEMBAN
  •        I would be happy if I can fulfill other dream and lead the world
  •        One things I would like to change about me is appearance/look
  •       One thing I would like to change in my life is my education level
  •        One thing I would like to change about the world is social inequalities
  •        One goal that I achieve is being university student
  •        One goal that I didn't accomplish was being STPM 2012 best student
  •        I am happiest when I get what I want
  •        I feel sad when being ignored and alone
  •        I get angry when somebody involve and broke my plans
bersama kawan-kawan ;)







Isnin, 22 Disember 2014

Perbezaan menulis assignment dengan entry blog

Aku sendiri tidak pasti mengapa pemikiranku jauh tersasar. Sedangkan ketika dan saat ini sepatutnya aku bergelombang untuk menyiapkan assignment-assignment. Sesungguhnya virus kemalasan mula melanda. Ohhh final exam sudah tidak berapa lama lagi.

Sebenarnya aku lebih senang mengarang entry untuk blog berbanding menyiapkan assignment yang berlonggok. Kenapa? Sebab fakta, huraian dan contoh. Sesungguhnya aku merasakan diriku lemah dalam penulisan berbentuk ilmiah, walhal aku bercita-cita ingin menjadi ahli akademik. Kekeliruan yang mendalam mula menyerang aku.

Tahukah anda betapa sukarnya untuk bersikap profesional? Matang dalam penulisan? Sesungguhnya semua itu terlalu sukar untuk dilakukan meskipun kelihatan remeh. Untuk menghubungkan perkataan demi perkataan sahaja cukup melemaskan. Mana mungkin ayat dibiarkan tergantung dan tidak bermakna begitu sahaja? Bukankan ia mengelirukan khalayak pembaca!

Aku berharap aku mampu berubah. Aku ingin melakukan perubahan dalam hal ini. Bukan sahaja demi cita-citaku, malahan untuk menempatkan aku dalam kalangan manusia berjiwa matang dan bebas.


Maafkan aku atas keluhan tak bermakna ini. Aku cuma ingin mendendangkan rasa hati. Perbezaan menulis assignment dengan entry blog adalah ketara. Ia ternyata terwujud dalam dunia yang berbeza meskipun terlihat seperti sama.

gambar dari Google
 

Jumaat, 19 Disember 2014

Aku suka dia

Entah kenapa perkara ini bermain-main di fikiran sejak akhir-akhir ini. Sepatutnya aku berusaha mengunci hatiku kepada mana-mana lelaki. Namun yang terjadi pula adalah sebaliknya. Aku berusaha untuk melenyapkan perasaan ini, tetapi ketahuilah bahawa itu adalah perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan kerana aku akan sentiasa berjumpa dengan dia.

Siapakah dia yang kumaksudkan?

Rasanya nukilan ini tidak pantas untuk menceritakan perihal dirinya. Kerana aku tahu perasaan ini takkan mampu diterjemahkan. Takkan boleh untuk direalisasikan. Oleh kerana ia terlalu jauh dengan rasional akal. Ya, andai hatiku ini boleh dibaca sekalipun, ternyata ia hanya akan memberikan impak kepada diriku dan bukan dirinya. Meskipun aku berusaha gigih untuk menarik perhatiannya setiap kali aku berjumpa dengan dirinya, akhirnya aku yang kecewa kerana jelas melalui gerak tubuhnya bahawa dia tidak menyukai aku hatta sebesar hama pun.

Aku sebenarnya cuba untuk menjauhkan diri. Menjarakkan diri. Meskipun hanya untuk bertentang mata dengan dirinya. Namun, harus aku akui bahawa aku kalah. Aku gagal untuk menguasai diriku sendiri. Aku gagal berhenti daripada terus menatap matanya...

Aku suka dia

Berharap dia juga menyukai diriku walaupun ia ternyata angan-angan aku yang paling bodoh. Patutkah aku terus berharap? Patutkah aku menunggu lelaki itu?

Harapan ini adalah harapan palsu. Harapan palsu dek kerana aku menyukai seseorang yang tidak langsung pantas denganku kerana ternyata realitinya dia lebih baik daripada aku dari segala segi.

Walau apapun, aku tetap berharap. Meskipun aku tidak berpeluang mendekati dirinya, tidak berpeluang bercanda riang dengan dia, namun aku berharap dia mengetahui tentang perasaanku. Aku tetap ingin terus berharap. Biar apa sekalipun yang terjadi...



~ Adakah aku begitu menyedihkan? Entah. Aku sendiri tidak pasti. Aku sendiri terkeliru dengan diriku. Usah menghukum aku kerana mencari bahagia. Usah melabelkan aku dengan pelbagai kata kerana sesungguhnya kau bukan berada di tempatku ~

Isnin, 15 Disember 2014

Menjadi Penulis

Antara cita-cita dan cinta. Telah lama terpendam di sudut hatiku ingin menjadi seorang penulis terkemuka. Mengarang cerita agar dibaca. Bukan bermaksud untuk kemegahan, jauh sekali mengharapkan kemewahan. Cuma ingin maksud hatiku diterima oleh masyarakat. Berharap buah fikiranku mampu dicerna oleh yang lainnya.

Aku tidak pantas untuk gah berbicara di gelanggang terbuka. Berhujah dan berpidato seperti akulah yang terbaik dan berwibawa. Kegagalan lalu melenyapkan segala keyakinanku untuk berbicara. Sepatutnya aku mampu untuk melakukan semua itu kerana seawal usia aku telah dilatih oleh bonda tercinta. Pentas menjadi arena permainanku ketika usiaku masih muda. Ah...semua itu terlalu indah untuk dikenang. Bakat yang ada entah telah hilang kemana seiring dengan usia.

Aku tumbuh membesar dengan minat yang mendalam terhadap penulisan. Kukarang beribu mungkin berjuta cerita. Zaman remajaku dihiasi angan-angan kerana aku makin tidak mampu untuk bersuara. Kucatat tentang segalanya. Memperihalkan tentang segala-galanya. Semata-mata untuk melenyapkan keinginan yang ada untuk lantang berbicara.

Aku bukan jaguh. Aku masih menuntut. Perjalananku masih jauh. Aku hanya mampu berdoa bahawa satu saat impianku ini akan tercapai. Menjadi antara penulis terkemuka di Malaysia. Mengetuk hati-hati manusia lain dengan sejujur dan setulusnya. Aku ingin masyarakat mengenaliku melalui penulisan kerana pada hematku aku lebih jujur menerusi penulisan.


Oh Tuhan, Kau kabulkan permintaanku ini.

Isnin, 8 Disember 2014

Menjadi kakak?

Tajuk serius kelakar gila. Al-maklumlah, realitinya aku ada empat orang adik. Adik-adik yang banyak melayan karenah manja, nakal, kebudak-budakan dan sikap tidak matang aku. Adik-adik yang banyak bersabar dan mengalah dengan aku, walaupun untuk si bongsu.

Di Sabah ni, aku baru berkesempatan menjadi kakak. Majoritinya menganggap aku sebaya dengan mereka. Sebenarnya, aku tidak kisah sekalipun dipanggil nama kerana aku sememangnya tidak sesuai untuk menjadi kakak meskipun umur aku melewati usia mereka.

Kebanyakan yang mula mengenali aku menganggap aku seperti mereka. Aku senang dengan anggapan itu kerana memudahkan komunikasi berbanding dengan menganggap aku lebih berusia. Seolah-olah ada limitasi di situ. Sama ada perasaan aku, atau hakikatnya memang begitu.

Menjadi kakak bukan perkara senang. Ia terlalu sukar. Sebab itulah aku sangat menyenangi kakak dan abangku. Orang memandang kita seperti segalanya kita tahu. Menghendakkan kita menjaga tatasusila dan adab sopan. Walaupun bagi sesetengah orang perkara sebegitu menyeronokkan, tapi MAAF bukan aku. Aku ingin kebebasan dalam setiap segi. Kebebasan yang membolehkan aku berbuat sesuka dan sekehendak kemahuanku. Itu aku. Oleh hal yang demikian, janganlah mengharapkan aku menjadi kakak dalam erti kata yang sebenar. Sesungguhnya aku tidak mampu.

Menjadi kakak? Ya. Silakan memanggil aku kakak. Tapi tolonglah berhenti mengharap aku menunjuk jalan dan memimpin tangan kerana nescaya akan sesatlah kamu.

Salam sayang  :p