Memaparkan catatan dengan label Hubungan Etnik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hubungan Etnik. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2015

Hubungan Etnik...


  1. perbezaan pencapaian
  2. jurang sosial
  3. monopoli
  4. budaya (konstruk sosial)
  5. pengekalan identiti
  6. prasangka
  7. ethnocentrisme
  8. stereotaip

hubungan etnik

  • armenia
  • ukraine
  • mauritus
  • papua new guinea
  • iran
  • sudan 
  • hungary
  • kanada
  • new zealand
  • netherlands

Isnin, 15 Jun 2015

Hubungan Etnik

Panduan kursus - oleh Dr. Kntayya

hubungan etnik merupakan salah satu isu sosial yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat moden, khususnya ekoran dari pembentukan masyarakat berbilang ras dan etnik. biarpun kepelbagaian etnik atau ras telah menghasilkan kesan-kesan yang dianggap positif seperti perkahwinan campur dan mengkayakan budaya, tetapi sejarah masyarakat moden pada umumnya menunjukkan hubungan etnik dan ras ini telah menjelma sebagai fenomena sosial yang mencetuskan konflik dalam kehidupan manusia. konflik etnik kerap menjejaskan keamanan, kestabilan politik dan pembangunan ekonomi. permusuhan dan konflik etnik telah menjadi perkara harian pada masa kini akibat kegagalan negara-negara moden mewujudkan kesaksamaan dan keadilan dalam kehidupan masyarakat berbilang etnik dan sekaligus menunjukkan kegagalan dalam mengurus masalah hubungan etnik. kesedaran keetnikan dan pola-pola dalam hubungan etnik yang muncul, sama ada yang bersifat positif atau negatif, adalah bergantung kepada pelbagai faktor yang berupaya membangkitkan kesedaran dan kepentingan pengaruh keetnikan serta persaingan politik dan ekonomi antara kumpulan etnik. justeru keetnikan sebagai suatu kuasa sosial dan faktor-faktor yang mencorakkan hubungan etnik ini perlu difahami. oleh itu, kefahaman tentang konsep-konsep, teori-teori, isu-isu dan pengalaman-pengalaman masyarakat berbilang etnik utama termasuk Malaysia perlulah dipelajari dan dikaji. bermula daripada tinjauan ke atas pemikiran awal tentang idea perbezaan ras dan kemunculan ideologi rasisme, kebangkitan keetnikan dan pengaruhnya dalam pelbagai konteks sosial masyarakat yang berbeza dari segi kompleksiti, ciri-ciri dan kedinamika hubungan etnik. pengaruh faktor-faktor sejarah, budaya, politik dan ekonomi dalam membentuk situasi-situasi dan permasalahan hubungan etnik yang berbeza akan dikaji. perbincangan meliputi penilaian ke atas pendekatan dan strategi politik yang diamalkan oleh masyarakat-masyarakat tertentu termasuk Malaysia untuk menangani masalah kepelbagaian, perpecahan dan pemusuhan etnik. persoalan mengukur dan menilai kekuatan pengaruh keetnikan dan tahap konflik etnik serta ramalan-ramalan teori-teori sosial tentang masa depan pengaruh kuasa keetnikan dalam arus perubahan masyarakat, terutamanya dalam arus globalisasi masa kini.

Rabu, 3 Jun 2015

Konsep dalam hubungan etnik

konsep ras dan etnik dalam hubungan etnik/ras pada umumnya sama, secara teknikal kemunculannya dalam masyarakat.

ras muncul lebih awal dengan pengertian kumpulan manusia berbeza secara semulajadi (menjelma melalui sifat luaran manusia). disebabkan kepercayaan ini tidak benar, maka kepercayaan ini mengalami kemerosotan.


etnik dilihat sebagai budaya (bahasa, kepercayaan, asal usul, adat resam, segala imaginasi manusia termasuk cerita dogeng, tempat asal) yang mengukuhkan semangat kekitaan.


kedua-dua konsep ini adalah bersifat sosial, bukan bersifat semulajadi iaitu bukan hakikat biologi.


Socially Construct - dipercayai satu bentuk ideologi yang mempengaruhi tingkahlaku.


apakah faktor yang digunakan untuk bezakan?


Etnik:
  • majoriti (mendominasi masyarakat -- berkuasa!)
  • minoriti
walau bagaimanapun, maksud majoriti tidak semestinya bergantung kepada bilangan, sebaliknya melihat dalam konteks yang berkuasa. contohnya dasar aparteid (undang-undang). pada asasnya, sistem aparteid; walaupun golongan majoriti iaitu bilangan orang Afrika tetapi kuasa dimiliki oleh orang putih.

Golongan minoriti: (tidak mempunyai status yang sama)
  • tertindas. dikongkong secara langsung atau tidak langsung. peluang yang berbeza. contoh amalan budaya
  • terpinggir dari pembangunan
ETHNIC CLEASING?

* Hubungan etnik pada umumnya melihat hubungan majoriti dan minoriti

diskriminasi (tingkahlaku atau layanan yang berbeza) dan prasangka (sangkaan awal tanpa berasaskan fakta)

saling berkaitan. 

tanggapan negatif ---> tanggapan yang menjadi masalah. (melalui proses sosiolisasi)

sterotaip:
hubungan
  • peringkat mikro (contoh kawan, jiran)
  • peringkat meso (organisasi seperti tempat kerja dan sekolah)
  • peringkat makro (negara)
.: boleh merentasi antara peringkat :.

Robert K. Merton
  1. active bigot - prejudiced, discriminator
  2. timid bigot - prejudiced, non discriminator
  3. fair-weather liberal - non-prejudiced, discriminator
  4. all-weather liberal - non-prejudiced, non discriminator
STRUKTUR MASYARAKAT?

etnocentrism -> cultural relativism

social distance (jarak sosial)
- ukur kesanggupan atau persetujuan individu menjalinkan perhubungan merentasi etnik

emory bogardus social distance scale:
  • marriage
  • close friend
  • neighbour
  • co-worker
  • citizen
  • visitor
<dunia sosial ialah cara berfikir dan bertindak ATAU manusia sebagai boneka ikut skrip>

racism/racialism - ras tidak sama martabat (kualiti)

racialism tidak melibatkan penghakiman?

racism boleh berlaku di semua peringkat.
peringkat negara (institusional racism)

barker, 1981 NEW RACISM/ETHNICSM - budaya dibezakan. ketidaksesuaian

real racism exists only among the EXTREME RIGHT

#Assimilation (majority - conformity)

  • dasar untuk kawal hubungan etnik dengan cara memaksa kumpulan minoriti terima yang majoriti
  • Di Malaysia dasar assimilasi gagal pada tahun 1980 : DASAR KEBUDAYAAN yang mana cuba melakukan proses penyeragaman budaya.
Negara bangsa (Negara moden)
  • melalui proses assimilasi
  • selepas perang dunia ke-2


SUMBER: NOTA KULIAH DR. KNTAYYA