Sabtu, 21 Mac 2015

Cerita si technophobia

 
Beberapa hari lalu, laptop sony vaio kesayangan aku rosak. Entah la kenapa. Tiba-tiba jer jadi macam tu. Serius aku sakit hati sangat. Yela, selama aku guna okay jer, tapi bila sampai di tangan orang lain terus gila laptop tu. Dengan rasa sakit hati yang tak boleh cerita, aku malas nak cakap apa-apa. Senyap jer. Yang jadi mangsa keadaan? Kawan-kawan yang rapat dengan aku di UMS. Maaf yer adik-adik sekalian sebab menyusahkan semua terutamanya LIZA, ANNE dan MAS. Terima kasih sangat-sangat, sesungguhnya tak mampu balik jasa baik kamu semua.
 
Lalu, dengan semangat yang entah apa-apa dan berbekalkan sokongan moral LIZA dan keluarga, aku pun hantarlah di Jabatan Teknologi Maklumat UMS dengan harapan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana laptop boleh diibaratkan sebagai ‘jantung’ bagi mahasiswa macam aku. Tambahan pula, tersusun indah nan permai pelbagai tugasan yang perlu disiapkan segera. Dengan bantuan pegawai di JTMK UMS, maka aku dapat tahu kabel yang rosak. Jadi aku diminta tinggalkan laptop tu dan akan dihubungi apabila laptop tu dapat disiapkan. Oleh sebab tu, dengan hati yang berbunga-bunga dan harapan yang setinggi Gunung Kinabalu, berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Sementara itu, LIZA dengan murah hatinya memberikan laptop kepunyaannya untuk dipinjamkan buat sementara waktu.
 
Namun, ingatkan berakhir penderitaan dengan menghantar laptop ke JMTK tapi panggilan telefon yang ditunggu bukanlah penamat cerita. Laptop tidak dapat dibaiki. Hancur luluh segala harapan. Dengan bantuan kawan-kawan, akhirnya keesokan harinya pergi ke karamungsing yang dikatakan tempat terbaik untuk barang-barang eletronik di Kota Kinabalu. Pertamanya, nasib baik aku tidak bertindak melulu dengan menghantar laptop kepada pekedai yang pertama. Kalau tidak sia-sia sahaja kerana dia mendakwa perlu menukar skrin laptop dengan anggaran harga RM350-RM400. Aku sememangnya tidak percaya dengan dakwaan itu. Selepas tu, pergi makan di kedai ChICKEN Rice bagi mententeramkan jiwa. Selepas itu, kembali men‘survey’ kedai yang seharusnya. Setelah memeriksa, orang itu mengatakan bahawa yang rosak bukannya kabel tapi sebaliknya motherboard komputer. Ahhhh stress betul aku rasa. Disebabkan technophobia yang menebal, mengakibatkan aku buta tentang teknologi dan diperbodohkan hidup-hidup. Sedih-sedih. Untuk membaiki motherboard mengambil masa sehingga 2-3 minggu dengan anggaran harga sehingga RM500. Jadi aku menelefon Abah untuk meminta kepastian. Selepas itu, abah menyuruh aku membeli laptop baru. 
 
Namun, aku tidak dapat membeli laptop baru disebabkan kengkangan duit dan masa. Akhirnya aku memutuskan untuk melupakan hasrat buat sementara waktu. Seusai kelas tutorial, Liza mengajak ke 1Borneo Hypermall untuk men‘survey’ laptop dan dia ingin membeli stapler bagi menggantikan staplernya yang dihilangkan orang. Apabila sampai, rupanya sedang berlangsung PIKOM PC FAIR. Tanpa membuang masa, aku terus membeli laptop baru yang ingin aku beli sebelumnya dengan penjimatan sebanyak RM94.
 
Harapan aku? Aku akan berusaha menjaga laptop ini sebaik mungkin. Selain itu, aku akan menambah ilmu dalam bidang teknologi dengan sebaik mungkin selepas ini. Sebenarnya, tujuan aku mencatat catatan ini ialah untuk mengingati diri sendiri dan orang lain betapa pentingnya pengetahuan mengenai teknologi di era moden yang serba serbi mencabar ini.

Ahad, 15 Mac 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih


As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Segmen Bloglist untuk blog CH




Syarat-syarat

1. Follow blog Ceritera Hidup
2. Copy banner & link kan ke blog Ceritera Hidup
3. Tinggalkan link blog anda di bahagian komen blog Ceritera Hidup
4. Tarikh tutup pada 1 April

Giveaway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris



Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Nur Nabilah
instagram id : Nur Nabilah


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH




Syarat-syarat untuk menyertai giveaway ni sangat mudah. jadi jangan segan untuk turut memeriahkan penyertaan :)

sila klik banner

MAC GIVEAWAY by Ummialyaanas

 MAC GIVEAWAY by ummialyaanas

Jom Join Ramai-ramai

MOMMY LIZZ`S BIRTHDAY GIVEAWAY




JOM JOIN RAMAI-RAMAI

''Segmen Bloglist by JINDRISSKA''



nak try yang ni jugak. sesiapa yang berminat, klik banner tau.


SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"


sertai beramai-ramai.

bersamalah kita memeriahkan arena blogging di Malaysia.



Sabtu, 14 Mac 2015

Tips Menulis Nota : Buku Oh Buku

Sebagai pelajar, memang kita WAJIB ada buku nota. Dulu aku tak nampak pun kegunaan nota bagai. Semester Satu aku campur segala mak nenek nota semua subjek dengan reminder, to-do-list dan lain-lain dalam satu buku. Terukkan? Bila pensyarah bising buat endah tak endah jer. Maklumlah pensyarah bukan macam cikgu. Mereka hanya menasihati, nak buat tak nak terserah pada kita.

Apabila tiba musim peperiksaan, maka gelabah la aku. Nota payah gila nak cari. Satu kat atas, yang lain di belakang… bikin stress berganda-ganda. Akhirnya…keputusan peperiksaan aku kurang memberangsangkan.

Semester Dua? Konon-konon dah insaf. Aku pun asingkan nota ikut subjek. Kurang banyak stress aku. Maklumlah nota tersusun dengan jayanya. Maka, Alhamdulillah keputusan peperiksaan aku memberangsangkan.

Tapikan, biasa la. Manusia mudah lupa. Hurmmm…Semester Tiga, aku buat hal balik. Aku campur dalam sebuah buku. Bajet nak jimat la. Tapi pengakhir ceritanya? Aku yang merana. Keputusan peperiksaan aku kembali seperti semester satu. Sedih? Kenapa harus sedih seandainya ia berpunca daripada aku sendiri. Tiada sesiapa yang seharusnya dipersalahkan, melainkan aku.

Semester Empat? Sebelum terbang ke bumi Sabah, aku siap-siap suruh ma dan abah belikan buku latihan. Suruh belikan yang nipis jer, tengok-tengok mereka beli yang tebal. Yang sedozen terus. Gembira hati aku. Kalau aku tak berjaya lagi, tu maknanya ENCIK MALAS dah mencapai tahap kritikal.


{pesanan aku? tolong pastikan anda-anda sekalian tidak sesekali mencampur nota. hal ini sebenarnya hanya mendatangkan masalah kepada anda di kemudian hari. silalah percaya kerana ini berdasarkan pengalaman sendiri}

Rabu, 11 Mac 2015

101 Impian 2015: Gagal Berhenti Mengumpat Dan Mengata!

payah. payah. payah.


kalau fikir pasal dosa memang la takut. tapi bila fikir balik lepas dah mengumpat dan mengata, baru rasa lega. mungkin sebab aku dah jadikan mengumpat dan mengata tu ibarat terapi diri. huhuhu.

aku tahu kalau ikut konsep psikologi, sebenarnya orang yang suka mengumpat dan mengata ni merupakan orang yang tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. tapikan mengumpat dan mengata ni sedap sangat. rasa terbit satu kelegaan bila dah luahkan apa yang terbuku dalam hati dengan orang yang lainnya. nak cakap ‘direct face-to-face’, aku malu. takut orang tu terasa. sebab aku fikir kalau orang datang sembur pun aku akan rasa terkilan juga. sebab otak aku akan cakap “macam kau tu perfect sangat nak ubah aku?”

sebenarnya aku sedih. sebab dah satu daripada 101 impian 2015 aku hancur luluh. aku tahu semuanya berpunca dari aku sendiri. mulai sekarang, aku akan kurangkan bilangan orang yang aku umpat. tu jer la aku mampu buat setakat nih. kena buat ‘step by step’...


okay la. doakan aku yer. doakan aku berhenti daripada melakukan dosa dengan mengumpat manusia yang tak berdosa. kalau yang bengong tu takpe!


Wordless Wednesday #2 - Never Give Up


Selasa, 10 Mac 2015

Hubungan Etnik di Armenia


Armenia? Pernah dengar? Kalau belum pernah maka kita adalah makhluk tuhan yang memiliki aras pengetahuan yang sama. Hehehe...

Sebenarnya, hubungan etnik di armenia nih adalah tugasan tutorial untuk subjek hubungan etnik aku. Tengahari nanti nak kena bentang. Berhempas pulas aku baca banyak jurnal, tapi akhirnya kecewa sebab kira-kiranya negara bekas soviet union ini terlalu sikit bahan rujukan nya. Aku pun tak pasti macam mana nak bentang sekejap lagi. Redha jer la. Dah bersiap sedia dari awal untuk di'basuh' oleh pensyarah. Itu lebih baik dari memberi tekanan secara berterusan kepada diri sendiri.

Jujur aku cakap aku sebenarnya tak puas hati dengan apa yang aku buat. Rasa macam ada sesuatu yang hilang dan sememangnya ia adalah tidak lengkap.

Aku cuma tahu tentang
 > armenia merupakan sebuah republik kecil yang juga adalah bekas negara soviet union. Macam kita tahu, soviet union tu kan luas dan akhirnya berpecah menjadi beberapa negara.

> penduduk armenia bersifat homogenous. Bahagian nih la yang paling aku tak suka. Bila dah homogeneous, pening aku nak fikir apa masalah etnik yang berlaku.

> caucasian? Maksudnya kulit putih. Ingatkan orang arab sebab dekat dengan turki dan sewaktu dengannya. Mula-mula rasa pelik macam mana boleh terdapat di sini, bila baca balik aku lupa atau dalam bahasa mudahnya tidak mengerti sejarah dunia (harap suatu hari nanti sejarah dunia diajar secara tidak formal di institusi pendidikan Malaysia)*

Sedihkan tahap pengetahuan aku? Lagi sedih sebab kena bentang. Kalau kawan-kawan sekelas tak buat pembacaan awal, mampuslah mereka nak faham :p


Bukan aku nak takut-takutkan. Tapi sukar nak faham sebuah negara yang memiliki sejarah yang panjang. Hal ni disebabkan oleh, sejarah adalah pembentuk sebenar sesebuah negara. Nak faham sesebuah negara maka solusi terbaiknya kenal sejarah negara tersebut terlebih dahulu.


p/s : sebenarnya ada kisah pembunuhan @ bantai secara beramai-ramai didakwa berlaku terhadap etnik armenia pada tahun 1915. tapi aku tak faham. aku dah cari maklumat, tapi macam keliru. jadi tunggu dikritik oleh pensyarah, lepas tu aku kongsi di sini.

Ahad, 8 Mac 2015

7 Tips Mengatasi Malas - Raja Shamri


1. keadaan diri yang kotor. oleh sebab tu kena bersih
2. pakai warna yang kita suka
3. keadaan suhu sekitar
4. pencahayaan
5. makanan :) - puasa
6. orang sekeliling 

7. paling penting : solat!

Petua Menghilangkan Malu - Dr Fadzilah Kamsah

1.    kenali diri dengan lebih mendalam
2.    doa untuk yakin diri
3.    bergaul dengan orang yang positif
4.    cungkil bakat yang terpendam
5.    bentuk penampilan diri baru
6.    baiki penampilan diri
7.    kawal pemikiran dan tukar label mental

Punca Malu - Dr Fadzilah Kamsah


1.    tidak kenal diri
2.    fokus kepada kehebatan orang lain
3.    gagal pamer kehebatan diri
4.    latar belakang keluarga
5.    kegagalan yang lalu
6.    ingkar perintah Allah
7.    label diri yang negatif

Jumaat, 6 Mac 2015

Kelemahan aku? Menyusun atur (Organizing)

 disebabkan aku merupakan anak kesayangan dalam keluarga, maka selalu bajet dan berlagak macam puteri. tapi akhirnya sendiri rugi sebab satu benda pun tak reti. yela, semua benda aku taknak buat. asyik berharap pada ahli keluarga yang lain. Cuma tahu semuanya akan tersedia sepertimana sepatutnya. sampai satu tahap, semua orang anggap adik perempuan aku sebagai kakak. manakala aku menjadi adik, meskipun hal yang sepatutnya adalah sebaliknya. sebenarnya aku terkilan. terasa sangat diri ini tidak berkemampuan.

benar cakap sesetengah orang bahawa meskipun kita dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga yang sama, ia tidak bererti segalanya serupa. kita terbentuk oleh persekitaran dan nilai yang terasuh samada secara disedari mahupun tidak.

lalu sesal hanya kunjung tiba apabila berjauhan dengan ahli keluarga. terpaksa BERDIKARI walaupun mengerti semua itu sulit dilakukan. sejujurnya aku boleh BERDIKARI dalam aspek lain, melainkan MENGEMAS. Tahap menyusun atur (Organizing) aku memang sangat teruk. sangat memalukan. kasihan mereka yang tinggal dengan aku. aku tahu mereka menyampah, tapi diamkan sahaja semata-mata nak menjaga hati ataupun disebabkan tidak ingin mencetus sebarang perbalahan.

walau apapun, maafkan aku. aku dalam proses belajar. tolonglah untuk memahami keadaanku. sesungguhnya inilah kelemahan terbesar aku…


“DISORGANIZED PERSON”

Isnin, 2 Mac 2015

Indahnya Budaya : BUDAYA DAN MASYARAKAT ORANG BANJAR

BUDAYA DAN MASYARAKAT ORANG BANJAR



Apa itu "DIRECT SELLING"?

Direct selling is the sale of a consumer product or service, person-to-person, away from a fixed retail location, marketed through independent sales representatives who are sometimes also referred to as consultants, distributors or other titles ~ sumber

Atau dalam bahasa melayunya ialah jualan langsung. Jualan langsung adalah penjualan produk pengguna atau perkhidmatan , dari orang ke orang , jauh dari lokasi runcit yang tetap , dipasarkan melalui wakil-wakil jualan bebas yang kadang-kadang juga disebut sebagai perunding atau pengedar.

Kalau nak tahu lebih banyak, klik sini

Punca aku cari maklumat pasal “direct selling” sebab tak lama lagi Ekspo untuk subjek APK (Asas Pembudayaan Keusahawanan). Disebabkan kejahilan diri tidak mengerti maksud “direct selling” dan malu nak tanya orang, maka solusi terbaik ialah dengan ber‘sahabat’ dengan pakcik Google yang serba tahu.

Oh ya, Kalau sesiapa yang berminat menyertai “direct selling” bolehlah mencuba. antara jenis perniagaan yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat dunia disebabkan pulangan yang memberangsangkan. pendek kata asal rajin semua jalan.

selamat mencuba yerr...

imej daripada internet

Ahad, 1 Mac 2015

syair yang hilang

aku tidak bisa bersyair,
apatah lagi mengarang bait-bait kata.

ingin mengoda manusia dengan keindahan bahasa,
itu semua mimpi,
yang takkan bisa direalisasi.

aku terdiam di sudut dunia,
hilang ghaib sekali kekuatan,
untuk melontar bicara,
yang telah lama aku kumpulkan.

sedih,
menangis,
kecewa...

indahnya bahasa makin dilupa,
bukan cuma oleh aku, kau dan dia,
bahkan semua.

aku cuba untuk melangkah,
ingin membiarkan segalanya berlalu.

namun,
aku tidak sanggup.
tidak sanggup melihat keindahan bahasa hilang,
hanya dek kerana kedangkalan manusia.

berikan aku waktu dan ketika,
untuk aku menelaah semua,
kerana aku percaya,
kiranya ada yang mengerti,
maka syair takkan hilang,
bahkan,
terus dimartabatkan..


Minggu Pertama Pengkuliahan yang Mencabar



Alahai…antara sedar tak sedar, dah masuk 1 MAC 2015. hurm…improvement? macam takde jer pun. dalam 2 bulan lagi aku akan berganjak ke fasa baru. mencecah umur 24 tahun. bangga ke aku? tapi perangai masih seperti kanak-kanak. bila nak matang? aku sendiri pun tidak pasti dan tak tahu. sebenarnya aku senang dengan siapa aku sekarang. aku senang dengan diri aku pada masa ini. aku senang dengan segalanya yang aku miliki.

ohhh…okay. mula mengarut.

kembali ke topik asal.

Isnin-Selasa-Rabu-Khamis-Jumaat

minggu ni merupakan minggu pertama pengkuliahan. cepatkan? rasa macam baru jer terbang balik ke Sabah. hurmmm…sesungguhnya, penat sungguh permulaan semester ni. kenapa? sebab banyak berlaku perubahan jadual/tempat kuliah. lagi? aku salah pergi daftar kelas “Akademic Writing and Reading”. bajet MUET dapat band 3. huhuhu. untuk orang-orang yang macam aku, seharusnya mendaftar “English for Occupational Purpose”. nasiblah masih ada tempat lagi. jadi, aku pun daftar kelas hari khamis sebab masa tu dah hari selasa. kelas hari rabu, semua dah tulis ~kuota telah penuh~ haru betul aku rasa. lagi? sebenarnya hari isnin tu aku dah masuk kelas academic reading and writing tuh. kasi malu jer. patutlah semua makhluk tuhan yang lain science stream…

salah subjek. salah beli buku :(
Rujukan Sebenar :)


cuba jual buku di FACEBOOK. namun tidak berjaya
isnin okay. selasa okay. Cuma aku tak faham bahagian penilaian subjek Asas Pembudayaan  Keusahawanan (APK). pening kepala aku. tapi aku diamkan. malu oitt. seorang diri jer. aku tak daftar dengan yang satu geng sebab nanti bukan boleh sama-sama pun masa berniaga. pensyarah yang pilihkan.

Smart UMS
Open Learning
hari rabu pulak? sedang enak-enak dibuai syahdu, tiba-tiba kawan mesej cakap ada kelas pukul 4. masa tu dah 3.46 petang. gila! cepat-cepat aku bersiap. nasib baik bas cepat la jugak dan nasib baik jugak pensyarah tu datang lambat. akibat tak bukak Facebook. jadi, aku tak tahu la notis terbaru tu. 

khamis… nasib menyebelahiku. nasib baik lah gedik nak buka Facebook. maka tahu lah kelas Sosiologi Pelancongan BATAL sebab pensyarah ada kerja di semenanjung. yang kelas Hubungan Etnik pun BATAL juga, sebab pensyarah kena uruskan pelajar sarjana *suatu hari nanti aku nak bergelar pelajar ijazah sarjana jugak*. Malam pulak kelas English for Occupational Purpose. pensyarah orang Dusun. Nampak tegas. tapi bila dengar apa yang dia cakap, rasa macam baik jer. tiba-tiba teringat dekat Teacher Zainon. dah lama tak jumpa teacher ni.

jumaat – kelas tutorial 10-11. lepas tu, aku pun tergolek kekenyangan di bilik.

sabtu dan ahad???
ingat nak pergi perpustakaan. tetapi, kemalasan yang teramat melanda diriku lalu menembak-nembak segala sendi untuk bersantai di atas katil meskipun assignment telah mula menjengah dan bertimbun.

ok la. tu la minggu pertama kuliah. takde la teruk sangat bila fikir balik. tapi saja nak beratkan otak untuk berfikir kan? huhuhu…entah la apa nak jadi dengan aku nih. adoiii

doakan semoga aku berubah. doakan semoga aku Berjaya. doakan semoga segalanya baik-baik sahaja.

(>.<) Terima Kasih