Isnin, 31 Mac 2014

Miss Nabila’s 23 wish list


Dulu kan sibuk dengan uncomplete 22 wish list

Mungkin disebabkan iye tidak sempurna dan terperinci, maka hasilnya pun tidak sempurna sangat. Hehe. Tapi apa yang aku gembira sangat tu, ada beberapa keinginan aku tercapai. Oleh sebab tu, aku kuatkan diri dan keazaman, meng‘update’ kan wish list terkini aku sempena ulangtahun kelahiran aku yang dah tak berapa lama lagi jer. :p

Ohh yer. Sebelum tu antara 22 wish list yang berjaya ialah :

a.   tukar kaca mata baru – sebenarnya kak long yang bagi dan jadikan ia sebuah realiti. terima kasih yang tak terhingga kepada dirinya. (august 2013)

b.   Laptop baru – ni juga bkn diri sendiri yang belikan. atas ehsan my mum sebelum aku terbang ke Sabah (august 2013 jugak). thanks mama

c.    kamera (leh tangkp gmbr tepek kt blog ni) – ni la terbaru (11 mac 2014). atas keizinan ma & abah aku dapat apa yang aku inginkan. hehe. terima kasih daun keladi, nanti nak lagi. Thanks a lot to both of them. Love them so much.

yang lain-lain belum dicapai.

Okay. ni my 23 wish list :

1.    menyempurnakan semua fardu ain & sedaya upaya membuat pelbagai fardu kifayah (rakan masjid jugak)

2.    menutup aurat dengan sempurna

3.    bayar semua hutang

4.    keluarga & saudara mara ~ hubungan yang akrab

5.    merapatkan hubungan persahabatan yang telah sedia ada dan mendapatkan seramai mungkin sahabat2 baru

6.    menjadi aktivis & sukarelawati – bantuan segera, bencana alam, membaikpulih rumah miskin dll

7.    membuat perniagaan kecil-kecilan

8.    ada simpanan tetap untuk kecemasan

9.    membuat pelaburan

10. melancong ke seluruh Malaysia dan Asia Tenggara samada travel ataupun backpacker

11. being beauty with brain

12. menurunkan berat badan sehingga 45kg. bila dah capai kekalkan

13. menjadi seorang vegetarian secara berkala

14. handphone samsung

15. belajar menjahit & memiliki mesin jahit sendiri

16. memiliki basikal sendiri (warna pink/biru)

17. ada rantai emas & perak

18. belajar seni orator, pidato & debat (pantun, syair)

19. join perkara berbentuk kesenian (kelas seni tarian, kraftangan, permainan tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional & pertunjukan pentas), kebudayaan & penerbitan

20. cukupkan 100 hobi –not just plan but act-

21. beli sebuah buku ilmiah setiap sebulan (bajet bawah RM30)

22. sentiasa up-to-date tentang isu2 semasa selalui media massa spt televisyen, radio, internet, akhbar dll

23. mengukuhkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran kerja berpasukan, moral & etika professional, kemahiran kepimpinan, pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat dan kemahiran keusahawanan. J

sebenarnya ada persamaan dengan 22 wish list…cuma ubah dan tambah yang mana patut dan sesuai mengikut keadaan dan situasi aku sekarang.

personally, bagi aku kan benda macam ni walaupun mungkin bagi sesetengah orang adalah perkara remeh tapi bukan pada aku. serius bagi aku ler kan, setiap orang wajib ada benda ni sebagai guide untuk hadapi kehidupan dengan lebih sistematik dan teratur serta lebih berjaya. In Sha Allah.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan