Ahad, 16 Mac 2014

MH370, dunia sains sosial & pensyarah......

isu kapal terbang MH370 benar2 membuka mata semua penduduk Malaysia dan bagi aku walaupun rakyat Malaysia tidak matang dalam berhujah di media2 sosial seperti yang diungkapkan oleh mantan perdana menteri kita, namun ia sebenarnya menunjukkan rakyat Malaysia cakna isu.
 
soal matang atau tidak, ia bergantung kepada individu. apa yang patut dipersalahkan? sistem pendidikan di negara kita yang nampak sangat memiliki lompang yang perlu diisi segera agar generasi yang masih menuntut seperti aku, tidak celaru.
 
mata aku bnr2 terbuka setelah mendengar kuliah daripada dr. salmie daripada program hubungan industry, sekolah sains social. serius, aku amat menyukai caranya menyampaikan isu tentang MH370 & kaitannya dengan sains social. jika sebelum ini aku berasa tiada keperluan untuk memahami kaitan antara setiap program, kini tidak lagi kerana setiap satu memiliki aspek tersendiri yang perlu dititikberatkan.
 
contoh yang diberikan sangat ringas tetapi impaknya kepada diriku sangat mendalam...
 
hubungan industry
kesan terhadap MAS. masalah keselamatan. hubungan majikan dan pekerja serta terhadap penumpang yang hilang.
 
hubungan antarabangsa
pertolongan daripada negara2 lain. kaitan dengan china, Vietnam dll. isu rampasan kapal terbang? dll
 
geografi
melihat dari sudut bentuk muka bumi, cuaca, (geografi fizikal & budaya)
 
sejarah
meneliti kejadian2 yang pernah berlaku berkaitan dengan kapal terbang yang hilang. buat rumusan @ hipotesis awal
 
komunikasi
impak komunikasi cthnya berita2 yg tersebar kpd isu MH370
 
sosiologi & antropologi
ilmu tertua. ratu sains social sbb byk teori (mksdnya ssh lor)
kesan terhdp masyarakat & mnusia serta kebudayaan
bomoh tu kira la jgk - amalan kepercayaan
 
terima kasih xterhingga buat Dr. Salmie ats input yg sgt terkesan di minda  (^^)v
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan