Buku?
Aku amat menyenangi buku. Buku adalah temanku yang paling setia bahkan tidak
pernah meninggalkanku keseorangan.
Aku
suka membaca kerana banyak dipengaruhi oleh kedua orang tuaku. Di tambah
tercabar dengan ketekunan & kepandaian kak long dan abang. Aku jadi
cemburu. Setiap bulan, ma takkan pernah
lupa membelikan buku untuk kami. Kami akan berebut-rebut membaca majalah dan
komik itu bergilir-gilir.
Teringat zaman kecil memang indah. Rumah lama
dipenuhi oleh buku, sampai runtuh almari kayu kerana buku. Betapa ma dan abah
terlalu mencintai buku. Tersimpan kemas buku-buku lama mereka di rak lainnya.
kami belajar melebihi sepatutnya. pada darjah
satu, kami akan dibelikan buku darjah dua dan begitulah seterusnya…
Kini semua tu tinggal sejarah. Bukan kerana
kami tidak lagi menggemari buku, namun hambatan waktu mendewasakan kami untuk
bergaduh semata-mata kerana sebuah buku.
Semua orang hairan dengan tabiat membacaku…
Aku sanggup melupakan makan semata-mata
disebabkan buku. Bahkan pernah jua menendang adikku kerana mengacauku ketika
membaca buku. Aku paling pantang diusik ketika membaca. Juga tidak suka
berkongsi membaca dengan orang lain kerana bagiku ia menganggu tahap
konsentrasiku.
Sekarang aku tertumpu kepada perpustakaan.
Untuk memiliki sendiri buku, harganya tidak ku mampu. Suatu saat aku ingin
memiliki sebuah perpustakaan besar. Berkongsi minat dengan manusia lain yang
memiliki obsesi seperti diriku.
Membaca dan buku takkan boleh dipisahkan
dariku hingga hujung nafasku kerana inilah hobiku yang satu. Hobiku sedari
kecil lagi yang sudah menjadi darah dagingku.
Membaca buat aku mengembara ke merata tempat
meskipun kaki tidak pernah melangkah ke sana sekalipun. Hanya khayalan dalam
minda semata. Namun kepuasannya tak mampu terungkap dek kata-kata.
Terima kasih keluargaku, kerana mengenalkanku
dengan buku. Jua kutitipkan sayangku pada buku kerana mengenalimu adalah saat
paling indah dalam hidupku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan