Khamis, 11 Jun 2015

Budaya dan Masyarakat

kajian tentang budaya. bunyi mudah dan sangat menarik. tapi sebenarnya yang mudah itulah yang mencabar minda. sebab anggapan atau ramalan orang akan menjangkakan hasil yang memberangsangkan.

budaya itu sebenarnya terlalu luas ruang lingkupnya. ya, tersangat luas kerana budaya ialah 'the way of life' atau dalam bahasa Melayunya, cara hidup...

sebelum berkecimpung dalam bidang sosiologi dan antropologi sosial, aku hanya menganggap budaya itu adalah adat tradisi seperti adat perkahwinan, adat kelahiran dan adat kematian. kini, barulah aku fahami bahawa aspek  budaya itu luas. ya lagi sekali aku ingin tekankan bahawa budaya itu sangat luas.

selain memahami pengertian budaya dan masyarakat, subjek ini terus menilai teori yang terdapat dalam kajian budaya seperti fungsionalisme.

fungsionalisme beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan  perubahanperubahan semasa. masyarakat terdiri daripada satu sistem yang mencakupi kombinasi benda, bahan dan manusia serta saling berhubung kait dan saling membantu. perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah titik keseimbangan tercapai.

selain itu, subjek budaya dan masyarakat ini turut cuba memberi pengertian kepada aspek kaitan antara gender dan budaya. ramai yang silap menafsirkan gender dengan jantina. jantina ialah merujuk kepada perbezaan biologikal antara lelaki dan perempuan seperti jenis kelamin, pertumbuhan otot, pembentukan halkum dan payudara. manakala, gender pula ialah satu set ciri atau kriteria, peranan dan corak tingkahlaku yang membezakan lelaki dan perempuan yang terjadi disebabkan proses sosialisasi dan budaya iaitu hasil asuhan, keterbiasaan, norma sosial budaya dan jangkaan. sebenarnya gender ini boleh berubah dan berbeza dari masa ke semasa, dari satu tempat ke tempat yang lain dan daripada satu budaya ke budaya lain.

di samping itu, turut memahami media, budaya massa dan budaya popular iaitu bagaimana budaya dapat berubah ekoran daripada peranan media. sebagai contohnya budaya K-pop yang merupakan trend semasa. ramai dalam kalangan remaja cuba mengikut atau meniru budaya K-pop seperti pakaian dan makanan agar dikatakan sesuai atau mengikuti perkembangan semasa serta diterima dalam kumpulan sebaya. di sini, kini boleh melihat bagaimana media telah memainkan peranan menyebarkan dan mempromosikan budaya K-pop melalui iklan, menyiarkan cerita daripada Korea dan mewar-warkan konsert.

tambahan lagi, turut tidak ketinggalan ialah budaya diaspora dan hibrid. diaspora secara umumnya ialah orang-orang yang tinggal di luar tanah air/negara asal usul mereka. manakala, hibrid ialah kacukan antara dua kaum yang berlainan atau budaya yang berbeza-beza iaitu sesuatu yang bercampur-campur. 

persamaan antara diaspora dan hibrid ialah merupakan kelompok minoriti, berlainan budaya daripada generasi sebelumnya, masih mencari-cari identiti sebenar dan menjadi kelompok minoriti di negara menetap. 

perbezaan pula ialah diaspora meninggalkan negara asal dan menetap di negara lain, masih memiliki identiti negara asal yang 'cair', identiti dikenali berdasarkan negara asal, identiti yang jelas, wujud istilah 'host' dan 'home nations', dan tidak perlu diterima dalam mainstream. Tetapi hibrid pula kacukan daripada beberapa etnik, memiliki identiti kacukan/identiti mainstream, identiti tidak dikenali berasaskan negara asal, identiti yang kabur, tidak wujud istilah 'host' dan 'home nations' dan berusaha untuk diterima dalam mainstream.

sementara itu juga, subjek ini turut memahami pembentukan bangsa Malaysia atau dalam bahasa mudahnya PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

itulah skop pembelajaran selama 14 minggu. apa yang perlu aku lakukan ialah mencari kajian kes. doakan kejayaan aku dalam menghadapi peperiksaan akhir untuk subjek ini.

budaya dan masyarakat - komuniti pulau
sumber imej: Kerja Lapangan di Pulau Bum Bum. 
(jurugambar: Liza)

NOTA KULIAH DR MARSITAH (2015)


1 ulasan:

  1. Casino at Quinault Beach - Mapyro
    Quinault Beach is a 5-minute walk from Quinault Beach Casino and 8 천안 출장샵 minutes by foot 진주 출장샵 from its sister property, Quinault Beach Casino. The property 오산 출장샵 is owned by 춘천 출장안마 Vici Properties  Rating: 8.6/10 · ‎4,400 충청북도 출장샵 reviews · ‎Price range: 0

    BalasPadam