Khamis, 26 Julai 2012

pendidikan bgi aku..


Pendidikan bagi aku adalah sejak dari awal lagi iaitu di rumah.pembentukan keperibadian seseorang tu bergantung pada orang yang mengasuhnya.ibu-ibu muda zaman sekarang kebanyakannya wanita berkerjaya dan tidak mampu meluangkan banyak  masa terhadap permata hati mereka serta bergantung sepenuhnya kepada pengasuh.sedar tidak sedar sebenarnya pengasuh ini memainkan peranan besar terhadap perkembangan bayi atau kanak-kanak.oleh itu,sewajarnya pengasuh perlulah dipilih dengan teliti bukannya secara rawak semata-mata.pada pendapat aku yang masih belum berkahwin apatah lagi memiliki cahaya mata serta memberi pendapat berdasarkan pemerhatian aku di pusat penjagaan,aku terkilan.terlalu terkilan melihat sikap segelintir mereka yang bergelar pengasuh…tolonglah jangan layan bayi bagai mainan.umur sebegitu membutuhkan perhatian yang sepenuhnya.jagalah mereka sebaiknya.buat mereka yang bergelar ibu,anak adalah pemberian Allah yang tak ternilai.mereka kain putih yang menunggu untuk dicorakkan.bukan menyalahkan sesiapa cuma sedikit pesanan di angin lalu.ini suara hati aku.tentang kekecewaan aku sebagai seorang manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan