Jumaat, 27 Julai 2012

kisah aku dulu2

 
Teringat kisah zaman dahulukala buat aku tersenyum.aku manusia bodoh.aku biarkan kebodohan menguasai diri.akhirnya aku tersungkur di sini.meskipun lembah ini memalukan,namun kubahagia.kukenal cintaNYA yang telah lama ku alpa.baru kurasa betapa ibu bapaku menyayangi.adik-beradikku sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada aku tanpa mengharapkan sedikit balasan pun.kalau dulu,aku bongkak.fikirku aku manusia hebat.aku memandang enteng terhadap semua perkara melainkan tentang aku.sesalanku tidak pernah kuungkap dalam kata-kata.andai mampu ku ukir segala-galanya semestinya terlalu banyak untuk ku lukis dan lelah pasti takkan pernah menghilang.kalau hati ini bisa dirobek pasti banyak calarnya…aku masih di bangku persekolahan?sedangkan teman-teman seperjuanganku dulu telah berjaya.mungkin kejayaanku tertunda.sekurangnya aku berjaya dalam aspek yang sepatutnya.guru-guru yang mendidikku adalah yang terbaik.pesan nasihat mereka terlalu tulus.aku sayang cikgu-cikgu aku.terima kasih yer cikgu sebab sudi ajar saya.kisah hidup aku terlalu berliku dan tak seindah mimpi.namun pengajarannya terlalu banyak.Alhamdulillah.syukur ke hadratNYA.ini adalah yang terbaik bagi diriku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan