Rabu, 19 Februari 2014

MENGHILANG


SEBENARNYA DAH LAMA SANGAT TAK MENGEMASKINI BLOG NI. BUKAN SIBUK SANGAT PUN. CUMA KELEMAHAN DIRI YANG TIDAK BEGITU PANDAI MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK. AKHIRNYA…BLOG INI SEPI. SUDAH BERHABUK DAN USANG SAMA SEKALI KERANA TIDAK BERPENGHUNI.

MULAI HARI INI DAN SETERUSNYA, AKAN KUGAGAHI DIRI UNTUK BLOG INI. BLOG TENTANG DUNIAKU YANG MENCERMINKAN TAFSIRAN TENTANG ALAM  MELALUI KACA MATAKU SENDIRI.
 
 

Rabu, 4 Disember 2013

HIMPUN 2013/14 di Membakut Eco Resort


Pada 29hb nov sehingga 1hb dis…aku tlh menyertai program himpun anjuran anjung siswa UMS. Seronok sgt2. Dpt berkenalan dgn siswa/i lain selain dpt mengenali pegawai2 di bahagian perkhidmatan pelajar UMS. Mereka sgt la baik. Selama ni selalu jer pk bukan2 tntg mereka…khabar angin mengatakan mereka tidak melayan pelajar seperti aku sangatlah tidak boleh diterima pakai.ternyata ada agenda buruk yang tersembunyi.

Ok berbalik pada program himpun, program ni bertujuan menaikkan semangat belia2 seperti aku untuk cintakan negara. Yes! Akhirnya terasa aura terlalu berharganya negara ni. Akan aku pertahankan warisan nenek moyang ni sebaik mungkin. Terima kasih para pemimpin negara… aku akan naikkan nama negara biar negara tidak lagi dipandang enteng oleh negara2 lain. Mengingati sejarah ibarat mengejutkan aku daripada mimpi. Keselesaan dan kemewahan yang berlimpah ruah langsung memanjakan aku. Selama ni asyik bertanya apa yang negara berikan pada aku, sehingga aku lupa untuk bertanya apa sumbangan aku pada negara? Ternyata tiada sekelumit pun sumbangan aku terhadap tanah air tercinta.

Aku masih muda. Inilah masa terbaik untukku menyumbang. Akan aku ikhtiharkan. Berikan aku sedikit ruang dan masa agar aku juga mampu berpeluang menyumbang kepada negara yang ku cintai ini.

Ohh yer.. lupa nak ckp. Makanan kat resort tu best. Dah lama tak makan makanan sedap macam tu…hehe. Penginapan pun ok jer. Tak menyesal langsung aku ikut.



 







 
 
 
 
 

Jumaat, 1 November 2013

my target

esok depavali...tiba2 teringin nak makan maruku yang ma buat.hehe..ma mmg suka masakan india dan kesukaannya mempengaruhi aku.

ok sori melalut lak.sebenarnya nak cakap pasal target aku sebab nanti 5/11/2014 iaitu hari selasa, awal muharram...pe itu awal muharram?awal muharram merupakan tahun baru hijrah. jadi target ni sebagai guideline idup aku untuk tahun baru :)

target dulu2 xbpe nk brjaya sangat.mungkin sebab xkonsisten dan semangat yang lemah... so now to upgrade dan penuhi target

bisikan chentaku...

 
Di sini ingin aku katakan pada bintang, aku rindu ingin melihat parasnya yang sentiasa melimpah sinar meskipun tidak pernah sekalipun dipedulikan dan terletak jauh di sudut cakerawala.
 
Ingin juga aku bisikan pada rembulan, aku sayang padanya kerana tanpa kehadirannya sudah pasti aku kesunyian.aku menanti saat purnama penuh.lalu kusilangkan kaki sambil bermalasan di muka pintu. Tanpa jemu aku tatap keindahan ciptaan tuhan itu.sungguh rembulan mengajar aku sesuatu…sesuatu akan hilang dan sesuatu yang baru akan muncul.kehilangan bukan bermakna kekalahan dan kehadiran tidak akan berkekalan.itulah lumrah sebuah kehidupan.
 
Takkan aku lupa tentang sang mentari yang gah.mentari yang tidak pernah mahu mengaku kalah.namun sekuat manapun mentari, ia tetap akan sampai waktunya untuk berundur.pengunduran yang pasti.mentari kehadiranmu diperlukan si tani yang membanting tulang empat kerat mencari sesuap nafkah yang halal.kesyukuran jelas tergambar, meskipun keringat mengering di tubuh kering si tani.tanpamu mentari, pasti kedukaan yang menghiasi wajah lelah si tani. Aku juga perlukan mu sang mentari.walaupun aku bukan petani, namun kehangatanmu bisa menyegarkan tubuhku ini.
 
Aku juga ingin mengatakan terima kasih buat hujan. Hujan menyejuk bumi…tanpa hujan tentu kesukaran melanda penduduk planet biru ini. Keriangan anak-anak kecil berlarian bermain hujan jelas terbayang di mata. Meskipun semua itu sudah tenggelam dek kemajuan teknologi yang mencengkam, namun ingatan yang ada masih tersimpan kukuh kerana akulah salah seorang anak-anak itu. Yang cukup gemar bermain riang dalam hujan.
 
Bukan aku tidak cinta pada pelangi, awan, langit yeng membiru mahupun lautan samudera. Namun coretanku cukup sampai di sini. Yang lainnya memerlukan kekuatan imaginasi saudara untuk menyudahkan bisikan ini kerana ini bukan semata tentang diriku kerana kita sama-sama melalui kehidupan.kehidupan kita sama sahaja cheritanya…yang berbeza hanya olahan rasa yang bermain di minda setiap daripada kita…

Rabu, 16 Oktober 2013

utk kamu


Coretan ini kutujukan buat mereka yang sekapal denganku

Kita selalu menangisi kesan kehilangan yang kita kasihi sehingga kita lupa tentang apa yang masih bersisa bersama kita.kita terus menyalahkan nasib yang kita alami tanpa pernah memandang mereka yang jauh lebih malang daripada kita.kita selalu begitu.setiap yang berlaku kita sesali.namun ternyata kita lupa.nasib kita tidak seburuk sangkaan kita.kita masih punya insan-insan yang sentiasa menyayangi dan menyokong kita setiap masa dan dimana jua kita berada.kita masih ada tubuh dan akal yang kuat untuk kita guna semaksimumnya.kita punya kudrat yang secukupnya untuk menghasilkan apa yang kita perlukan.kita ada sebentuk bibir yang menawan yang bisa menghasilkan sekuntum senyuman indah penyebar bahagia dunia.kita ada hati yang luhur yang sentiasa berkeinginan untuk menghiasi dunia dengan limpahan kasih sayang.itulah sebenarnya kemampuan kita.salah kita kerana sibuk memandang kebolehan orang sehingga kita menyembunyikan berlian terindah yang kita miliki…

Ayuhlah…

Senyumlah,

Katakan pada dunia

 

“ akan ku jadikan kelahiranku ini sebuah cerita bermakna.bukan dongengan semata-mata.aku akan menggunakan tenaga yang ada bagi menyerikan dunia.”

3/10/13

Khamis, 26 September 2013

belajar,belajar dan belajar

maaf sebab merungut.tapi kadangkala penat menjengah jua.tidak mampu tidak...akhirnya aku mengeluh.aku benar2 bimbang.bimbang diri tidak mampu untuk bersaing dan mendapat anugerah tertinggi iaitu anugerah pelajaran diraja.bila aku ingat pesan ma abah,aku jadi binggung...aku ingin berikan yang terbaik buat semua.namun tiba2 ku renung akal akan segera menolaknya..

Oh tuhanku..permudahkanlah urusanku.kuatkanlah semangatku demi hari2 mendatang yang cemerlang

 

Rabu, 18 September 2013

Minggu Suai Mesra UMS


Bermula 1hb sept yang lalu aku mendaftarkan diri sbg pelajar UMS.seminggu berhempas pulas men‘join’kan diri dalam MSM ni.serius tak best sangat.huhu…ntah la pe yg terkurang.mungkin pengisian program yang agak membosankan kot.malas nak komen banyak2 tkut kena ban lor.kebebasan bersuara di sini agak kurang dipraktiskan.aku sendiri tak pasti kenapa smua nih harus berlaku.yes I know who am I to speak…

Oh yer perjalanan ke UMS sebenarnya tak berapa best sgt.aku alone naek kapal terbang.sdh sgt2.asyik berair mata nih.utk pengetahuan tu la kli pertama aku naik kpal terbng.disbbkan oleh abgku yg kehilngn dompetnya termsuk IC…aku terpaksa memberanikan diri.maklumlah ni jalan yang aku pilih.smua ni ketentuan Allah dan aku berserah padaNYA.

the most important...im official UMS student

riadah


met my beloved lecturers

my Ansos group

menanti makanan

ohh ptptn...I need u so much

musim hujan di Sabah...sekaki payung sbg teman akrab

tgk teater smpai tertdo

my lecturers soon

cancel riadah :)