Pada 29hb nov sehingga 1hb dis…aku tlh menyertai program
himpun anjuran anjung siswa UMS. Seronok sgt2. Dpt berkenalan dgn siswa/i lain
selain dpt mengenali pegawai2 di bahagian perkhidmatan pelajar UMS. Mereka sgt
la baik. Selama ni selalu jer pk bukan2 tntg mereka…khabar angin mengatakan
mereka tidak melayan pelajar seperti aku sangatlah tidak boleh diterima
pakai.ternyata ada agenda buruk yang tersembunyi.
Ok berbalik pada program himpun, program ni bertujuan menaikkan
semangat belia2 seperti aku untuk cintakan negara. Yes! Akhirnya terasa aura
terlalu berharganya negara ni. Akan aku pertahankan warisan nenek moyang ni
sebaik mungkin. Terima kasih para pemimpin negara… aku akan naikkan nama negara
biar negara tidak lagi dipandang enteng oleh negara2 lain. Mengingati sejarah
ibarat mengejutkan aku daripada mimpi. Keselesaan dan kemewahan yang berlimpah
ruah langsung memanjakan aku. Selama ni asyik bertanya apa yang negara berikan
pada aku, sehingga aku lupa untuk bertanya apa sumbangan aku pada negara?
Ternyata tiada sekelumit pun sumbangan aku terhadap tanah air tercinta.
Aku masih muda. Inilah masa terbaik untukku menyumbang. Akan
aku ikhtiharkan. Berikan aku sedikit ruang dan masa agar aku juga mampu
berpeluang menyumbang kepada negara yang ku cintai ini.
Ohh yer.. lupa nak ckp. Makanan kat resort tu best. Dah lama
tak makan makanan sedap macam tu…hehe. Penginapan pun ok jer. Tak menyesal
langsung aku ikut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan