Di
sini ingin aku katakan pada bintang, aku rindu ingin melihat parasnya yang
sentiasa melimpah sinar meskipun tidak pernah sekalipun dipedulikan dan
terletak jauh di sudut cakerawala.
Ingin
juga aku bisikan pada rembulan, aku sayang padanya kerana tanpa kehadirannya
sudah pasti aku kesunyian.aku menanti saat purnama penuh.lalu kusilangkan kaki
sambil bermalasan di muka pintu. Tanpa jemu aku tatap keindahan ciptaan tuhan
itu.sungguh rembulan mengajar aku sesuatu…sesuatu akan hilang dan sesuatu yang
baru akan muncul.kehilangan bukan bermakna kekalahan dan kehadiran tidak akan
berkekalan.itulah lumrah sebuah kehidupan.
Takkan
aku lupa tentang sang mentari yang gah.mentari yang tidak pernah mahu mengaku
kalah.namun sekuat manapun mentari, ia tetap akan sampai waktunya untuk
berundur.pengunduran yang pasti.mentari kehadiranmu diperlukan si tani yang
membanting tulang empat kerat mencari sesuap nafkah yang halal.kesyukuran jelas
tergambar, meskipun keringat mengering di tubuh kering si tani.tanpamu mentari,
pasti kedukaan yang menghiasi wajah lelah si tani. Aku juga perlukan mu sang
mentari.walaupun aku bukan petani, namun kehangatanmu bisa menyegarkan tubuhku
ini.
Aku
juga ingin mengatakan terima kasih buat hujan. Hujan menyejuk bumi…tanpa hujan
tentu kesukaran melanda penduduk planet biru ini. Keriangan anak-anak kecil
berlarian bermain hujan jelas terbayang di mata. Meskipun semua itu sudah
tenggelam dek kemajuan teknologi yang mencengkam, namun ingatan yang ada masih
tersimpan kukuh kerana akulah salah seorang anak-anak itu. Yang cukup gemar
bermain riang dalam hujan.
Bukan
aku tidak cinta pada pelangi, awan, langit yeng membiru mahupun lautan
samudera. Namun coretanku cukup sampai di sini. Yang lainnya memerlukan
kekuatan imaginasi saudara untuk menyudahkan bisikan ini kerana ini bukan
semata tentang diriku kerana kita sama-sama melalui kehidupan.kehidupan kita
sama sahaja cheritanya…yang berbeza hanya olahan rasa yang bermain di minda
setiap daripada kita…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan