Jumaat, 29 Mei 2015

catatan tak bertajuk

setiap kali aku menelaah, setiap kali itulah kekhuatiran timbul dalam hatiku. benakku mula tergugat. kesedihan apakah ini?
kecelaruan seolah-olah memintal kewarasanku. lalu aku menangguhkan uzlahku dengan pembacaan. menyambung lekaku dengan dunia khayalan. aku bisu. tangisan mula bergenang di kelopak mata. namun tiada siapa menyedari kelukaanku. aku mula mengarang. tiba-tiba tanganku berhenti, akalku tidak ingin bekerjasama. aku meronta-ronta pinta dilepaskan. namun kudratku tidak sekuat pemberontakan hatiku. aku tidak ingin mempercayai manusia, selembut mampu tak seindah dengan kata. gerangan manusia hitam atau putih, tidak pula aku ketahui. ahhh...aku bosan dibelenggu oleh sesuatu yang aku sendiri tidak mampu menduganya. sesuatu yang tak terduga...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan