Jumaat, 31 Mei 2013

Jual beli kereta



System jual beli kereta (trade-in) merupakan urusan yang lazim berlaku.ini membolehkan seseorang mengurangkan bayaran pendahuluan berdasarkan harga juallan keretanya yang lama.
Namun begitu, seringkali system ini menimbulkan masalah kepada pemilik kereta asal yang menyangka kereta lamanya itu telah dijual kepada orang lain.
Sedangkan sebenarnya kereta itu belum lagi dijual.ini mengakibatkan mereka akan menerima surat tunggakan bayaran daripada bank atau surat mahkamah.begitu juga mereka sering menerima tunggakan saman lalu lintas.lebih malang lagi jika kereta itu digunakan untuk kegiatan jenayah dan penyeludupan.
Berikut adalah beberapa tip sekiranya ingin jual beli kereta :
  • Dapatkan harga pasaran kereta anda daripada majalah, akhbar, atau laman web www.ambg.com.my , www.motortrader.com.my dan lain-lain
  •  Dapatkan jumlah baki pinjaman daripada bank (full settlement)
  •  Jika bayaran penuh adalah lebih daripada harga pasaran, maka anda berisiko kalau menjual beli kereta
  •  Berhati-hati terhadap peniaga kereta yang menawarkan bayaran pendahuluan sifar kalau anda menjual beli kereta.anda akan membuat pinjaman kereta baru sedangkan kereta lama anda belum tentu lagi dapat dijual
  •  Berhati-hati juga peniaga kereta yang sanggup mengambil kereta anda walaupun pembayaran penuh lebih tinggi daripada harga pasaran kereta.walaupun anda ditawarkan diskaun untuk kereta baru kerana kereta anda belum dijamin akan terjual
  • Sebaiknya jual beli kereta apabila cukai jalan atau insurans kereta lama hamper tamat tempoh.namun begitu anda masih tetap berisiko
  • Sebaiknya pastikan ada pembeli untuk kereta anda terlebih dahulu sebelum menjual kereta
  • Pastikan kereta yang dijual beli telah ditukar nama dalam tempoh 7 hari


SUMBER : BH sabtu 23/2/2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan