Jumaat, 31 Mei 2013

Elakkan pemakanan kurang sihat




Sebagai ibubapa yang prihatin, kita pasti menginginkan yang terbaik untuk kanak-kanak.pemakanan mereka adalah salah satu daripadanya.ibubapa sering melakukan beberapa kesilapan yang akan sering mempengaruhi pengambilan makanan anak-anak.

Berikut adalah antara beberapa tabiat pemakanan kurang sihat yang harus anda elakkan demi kesihatan anak anda :

 

Kurang pengambilan buah dan sayur

Di dalam pyramid panduan makanan untuk rakyat Malaysia, terdapat 5 kumpulan makanan yang mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak iaitu :

  • ·         Karbohidrat kompleks seperti nasi, mi dan roti
  • ·         Sayur-sayuran
  • ·         Buah-buahan
  • ·         Daging dan protein sayuran seperti kekacang
  • ·         Hasil tenusu seperti susu, keju dan yogurt

Di dalam hidangan makanan kebiasaan kanak-kanak kumpulan yang palimg kurang dimakan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.namun begitu,kedua-dua kumpulan ini mengandungi banyak vitamin dan mineral yang memainkan peranan sebagai agen antioksida untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan system sel dalam badan kanak-kanak.terdapat ramai ibubapa yang menyatakan bahawa adalah sangat susah untuk memastikan anak mereka makan sayur-sayuran serta buah-buahan yang secukupnya.adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka mendapat hidangan buah-nuahan dan sayur-sayuran.apabila anak-anak sudah terdedah dengan amalan ini, ia dengan mudah akan menjadi satu kebiasan kepada mereka.terdapat kajian mengenai tabiat pemakanan kanak-kanak yang menunjukkan bahawa mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 kali hidangan secara konsisten sebelum mereka dapat membiasakan diri dan menerima sesuatu hidangan itu.

 

Pilihlah bijiran

Satu lagi kumpulan makanan yang perlu diberi penekanan di dalam hidangan kanak-kanak ialah bijiran.bijiran adalah seperti nasi, gandum, oat, semolina, jagung dan lain-lain bijiran yang tidak diproses.bijiran mengandungi semua bahagian benih bijiran.semua bahagian yang tidak diproses atau dibuang itu mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi seperti vitamin B untuk tenaga, serabut makanan sebagai pelawas dan pelbagai mineral untuk sel-sel yang lebih sihat.serabut makanan yang terdapat di dalam bijiran membantu menstabilkan kandungan gula dan membantu mereka merasa kenyang lebih lama.karbohidrat yang telah diproses seperti biskut, kek dan makanan ringan tidak sesuai sebagai makanan harian.oleh itu, hidangkan semasa acara-acara istimewa sahaja.

 

Jangan tinggalkan susu

Tabiat pemakanan kurang sihat yang sering di lihat adalah ibubapa tidak memberikan susu kepada anak mereka setiap hari.kebanyakan ibubapa hari ini masih memberikan susu kepada anak kecil mereka.tetapi apabila mereka agak besar,agak mengecewakan bila mengetahui kanak-kanak sekolah rendah yang lebih tua menggantikan susu yang berkhasiat dengan minuman berkarbonat dan minuman cordial yang manis.minuman sebegini tidak mengandungi sebarang khasiat dan hanya kalori kosong semata-mata.susu pula sebaliknya kaya dengan protein, kalsium, fosfurus, magnesium, vitamin D dan vitamin A.secara kolektif, semua nutrient ini membantu seseorang kanak-kanak mencapai pertumbuhan optimum, membina tulang yang kuat dan fungsi saraf yang baik.kanak-kanak yang sedang membesar masih memerlukan 2-3 hidangan susu sehari.satu hidangan bersamaan dengan 1 cawan susu (250 ml),sekeping keju dan satu cawan yogurt.minuman probiotik juga mengandungi susu, dan boleh menyumbang kepada pengambilan susu seharian anak anda.

 

Hidangkan makanan yang bersih kepada anak anda

Kanak-kanak perlu sentiasa diberikan makanan yang bersih dan telah masak sepenuhnya untuk mengelakkan keracunan makanan  yang berkemungkinan membawa maut.keracuanan makanan berlaku apabila mikroorganisma membiak pada makanan disebabkan oleh beberapa factor seperti makanan yang masih mentah atau tercemar oleh cecair dari makanan yang masih mentah, pengendalian makanan yang kurang bersih atau membiarkan makanan pada suhu bilik untuk jangka masa lebih daripada 2 jam.salah satu punca lain bagi keracunan makanan selain makanan, adalah air.air untuk minum haruslah dimasak sepenuhnya.kebanyakan pengusaha gerai, malah kantik sekolah juga, bekemungkinan tidak menggunakan air masak untuk membancuh minuman sejuk dan menyediakan air.

Keracunan makanan amat merbahaya bagi kanak-kanak kecil kerana system imun mereka tidak setanding dengan dewasa yang sihat.tambahan pula, disebabkan nisbah saiz dengan berat badan, hanya dengan mengambil sedikit makanan tercemar pun boleh menyebabkan kanak-kanak sakit teruk.gejala-gejala utama bagi keracunan makanan adalah cirit-birit yang teruk, muntah, pening dan deman tinggi dalam masa beberapa jam makan makanan yang tercemar.

Jadi terapkan amalan-amalan pemakanan yang sihat dalam diri anak anda mulai hari ini!

 
 

 



Sumber : BH sabtu  2/3/2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan