saya benar-benar tidak
mengerti kenapa semua orang asyik nak hentam melayu. apa salahnya bergelar
melayu? kenapa tidak bangsa atau etnik lain? apakah dosa bangsa saya?
sekiranya melayu
bersuara, melayu dikatakan rasis dan tidak sensitif dengan bangsa lain.
pelbagai keburukan dilabelkan kepada melayu.segala tomahan dilemparkan kepada
bangsa melayu. semua salah orang melayu. kenapa memandang kepada keburukan melayu
sahaja?
sebagai melayu, saya
sedih dan kecewa. bangsa saya diperkotak-katikkan oleh bangsa-bangsa lain tapi
bangsa saya masih mampu tersenyum dan meminta maaf.
kata orang, bangsa
melayu adalah bangsa yang ego, cuma mahu menang dan tidak pernah mahu mengalah
dalam semua aspek. betulkah? cuba kita imbas kembali lembaran sejarah. bangsa
melayu sangat bertoleransi, sangat mencintai kedamaian dan mementingkan
keharmonian. bertolak ansur sudah sebati dengan bangsa melayu sehingga satu
tahap sanggup memberi tanpa pernah meminta kembali.
salahkah lagi melayu?
bangunlah duhai melayuku. jangan sehingga hak kita habis tidak bersisa barulah
kita sedar.
sedarlah duhai
melayuku.ambillah masa sesaat untuk berfikir apa lagi hak yang dimiliki oleh
melayu? apa lagi kelebihan yang dimiliki oleh melayu? apa lagi keistimewaan
orang melayu?
ini luahan seorang
melayu. belia melayu yang kecewa dan terseksa dengan realiti di Malaysia.
harapanku cuma satu. ingin melihat bangsaku maju dalam segala aspek baik dari
segi ekonomi, sosial mahupun politik kerana realitinya tanpa ketamadunan melayu
tidak mungkin terbina sebuah Malaysia seperti yang ada sekarang. tanpa ketuanan
melayu pada asalnya, tidak mungkin perdagangan berlaku yang mana menarik kuasa
barat menjajah Nusantara yang kaya raya ini. inilah ketuanan melayu.
ini hakikat sebenar
yang cuba disembunyikan dan dibangkang oleh segelintir manusia yang tidak tahu
bersyukur.
pemilik tanah ini
adalah bangsa melayu yang sanggup berkongsi hak itu dengan bangsa lain.
ketuanan melayu tidak seharusnya dipertikaikan oleh sesiapapun. tiada siapapun
yang berhak mempertikaikan hakikat perkara ini.
ayuhlah bangsaku dan
jangan pernah mundur. bangkitlah melayu demi kelangsungan bangsa kita. marilah
kita bersama-sama mengenggam sebuah azam agar bangsa kita terus gah di negara
sendiri. janganlah mengalah. ini perjuangan kita.perjuangan yang tidak pernah
selesai dan harus diteruskan oleh kita sebagai generasi pewaris bangsa.
melayu terkenal
kerana kesantunan. oleh itu, maafkan saya kerana bersikap sedemikian. nawaituku
ikhlas. tidak pernah berniat untuk menafikan hak bangsa lainnya di bumi
tercinta ini, cuma ingin menyatakan tentang perkara sebenar dan mengenai
hakikat kemurahan hati bangsaku.
saya melayu dan saya
bangga. usahlah lagi mencedok di air yang keruh, jangan sampai melayuku
bertindak di luar dugaan kerana melayuku adalah bangsa yang ramah, namun
keramahan boleh berubah sekiranya habis-habisan diperbodohkan.
melayu tak lupa tapi
melayu tak mahu bersengketa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan