Jumaat, 28 Februari 2014

cita-citaku


tajuk macam tajuk karangan murid sekolah rendah,

apa-apa je la.

masa kecil-kecil dulu teringin sangat nak jadi doktor. kerja doktor kan glamor, ramai orang hormat.

bila cakap ada yang pergi “medical school” , orang-orang kampong heboh berminggu-minggu.

begitu juga dengan bidang kejuruteraan. masalahnya aku tak berapa kemaruk sangat nak jadi jurutera sebab masa tu fikiran budak-budak kan telah disosialisasikan dengan mengatakan hanya kaum Adam sahaja yang sesuai.

bila dah besar sikit, bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa. dengan laju-laju cakap nak jadi pegawai perubatan bahagian pediaterik. sanggup google dan cari buku pasal pediaterik walhal baru darjah berapa. kononnya sebab suka bayi.

masa nak masuk tingkatan satu pulak, kan kena isi banyak borang? salah satu bahagian ada suruh tulis pasal cita-cita. mak aii bukan satu tapi tiga cita-cita. setelah puas memerahkan kepala, aku pun tulis macam ni:

i)       doktor >> pegawai farmasi >> jururawat

ii)     penguam syariah

iii)   pensyarah

orang yang tengok tu senyum jer. alamak… sekarang aku tahu kenapa. mesti dia cakap budak nih banyak betul bermimpi. tak realistic langsung. tapi masa tu aku tak faham apa-apa jadi aku senyum je balik.

bila berada di Matrikulasi Melaka, aku tambah ag cita-cita…iaitu menjadi geologist, kenapa? sebab aku minat sangat geografi. tapi fikir-fikir balik kenapa bukan bahagian sejarah? ntah la xperasan lak. padahal dua-dua subjek aku minat dan pro. huhuhu…

disebabkan aku terlalu banyak cita-cita akhirnya satu pun aku tak berjaya. sebab tak konsisten. itulah cita-cita aku. sekarang bila umur dah macam ni, barulah tak berapa banyak berangan. sekarang aku akan berusaha. hanya satu je cita-cita aku kini iaitu mendapat yang terbaik dalam setiap aspek atau bidang yang aku ceburi.lagipun sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan