tajuk macam tajuk karangan murid sekolah rendah,
apa-apa je
la.
masa
kecil-kecil dulu teringin sangat nak jadi doktor. kerja doktor kan glamor,
ramai orang hormat.
bila cakap
ada yang pergi “medical school” , orang-orang kampong heboh berminggu-minggu.
begitu juga
dengan bidang kejuruteraan. masalahnya aku tak berapa kemaruk sangat nak jadi
jurutera sebab masa tu fikiran budak-budak kan telah disosialisasikan dengan
mengatakan hanya kaum Adam sahaja yang sesuai.
bila dah
besar sikit, bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa. dengan laju-laju cakap
nak jadi pegawai perubatan bahagian pediaterik. sanggup google dan cari buku
pasal pediaterik walhal baru darjah berapa. kononnya sebab suka bayi.
masa nak
masuk tingkatan satu pulak, kan kena isi banyak borang? salah satu bahagian ada
suruh tulis pasal cita-cita. mak aii bukan satu tapi tiga cita-cita. setelah
puas memerahkan kepala, aku pun tulis macam ni:
i) doktor >> pegawai farmasi
>> jururawat
ii) penguam syariah
iii) pensyarah
orang yang
tengok tu senyum jer. alamak… sekarang aku tahu kenapa. mesti dia cakap budak
nih banyak betul bermimpi. tak realistic langsung. tapi masa tu aku tak faham
apa-apa jadi aku senyum je balik.
bila berada
di Matrikulasi Melaka, aku tambah ag cita-cita…iaitu menjadi geologist, kenapa?
sebab aku minat sangat geografi. tapi fikir-fikir balik kenapa bukan bahagian
sejarah? ntah la xperasan lak. padahal dua-dua subjek aku minat dan pro.
huhuhu…
disebabkan
aku terlalu banyak cita-cita akhirnya satu pun aku tak berjaya. sebab tak
konsisten. itulah cita-cita aku. sekarang bila umur dah macam ni, barulah tak
berapa banyak berangan. sekarang aku akan berusaha. hanya satu je cita-cita aku
kini iaitu mendapat yang terbaik dalam setiap aspek atau bidang yang aku
ceburi.lagipun sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.