Kembaraku mencari makna kehidupan dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba & khalifahNya dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.
Khamis, 25 Disember 2014
This is ME and this is REAL
- What I want most out of life is travel around the world, see the live
- The people who are most important to me is my family
- I like being around people who are intelligent, brave and strict
- I feel good about myself when I’m better than others
- I am interested most in reading and writing
- The biggest mistake I ever made was went out from SMK KUBANG BEMBAN
- I would be happy if I can fulfill other dream and lead the world
- One things I would like to change about me is appearance/look
- One thing I would like to change in my life is my education level
- One thing I would like to change about the world is social inequalities
- One goal that I achieve is being university student
- One goal that I didn't accomplish was being STPM 2012 best student
- I am happiest when I get what I want
- I feel sad when being ignored and alone
- I get angry when somebody involve and broke my plans
bersama kawan-kawan ;) |
Isnin, 22 Disember 2014
Perbezaan menulis assignment dengan entry blog
Aku sendiri
tidak pasti mengapa pemikiranku jauh tersasar. Sedangkan ketika dan saat ini
sepatutnya aku bergelombang untuk menyiapkan assignment-assignment. Sesungguhnya virus kemalasan mula melanda.
Ohhh final exam sudah tidak berapa
lama lagi.
Sebenarnya
aku lebih senang mengarang entry
untuk blog berbanding menyiapkan assignment
yang berlonggok. Kenapa? Sebab fakta, huraian dan contoh. Sesungguhnya aku
merasakan diriku lemah dalam penulisan berbentuk ilmiah, walhal aku
bercita-cita ingin menjadi ahli akademik. Kekeliruan yang mendalam mula
menyerang aku.
Tahukah anda
betapa sukarnya untuk bersikap profesional? Matang dalam penulisan?
Sesungguhnya semua itu terlalu sukar untuk dilakukan meskipun kelihatan remeh.
Untuk menghubungkan perkataan demi perkataan sahaja cukup melemaskan. Mana
mungkin ayat dibiarkan tergantung dan tidak bermakna begitu sahaja? Bukankan ia
mengelirukan khalayak pembaca!
Aku berharap
aku mampu berubah. Aku ingin melakukan perubahan dalam hal ini. Bukan sahaja
demi cita-citaku, malahan untuk menempatkan aku dalam kalangan manusia berjiwa
matang dan bebas.
Maafkan aku
atas keluhan tak bermakna ini. Aku cuma ingin mendendangkan rasa hati.
Perbezaan menulis assignment dengan entry blog adalah ketara. Ia ternyata
terwujud dalam dunia yang berbeza meskipun terlihat seperti sama.
gambar dari Google |
Jumaat, 19 Disember 2014
Aku suka dia
Entah kenapa perkara ini bermain-main di fikiran
sejak akhir-akhir ini. Sepatutnya aku berusaha mengunci hatiku kepada mana-mana
lelaki. Namun yang terjadi pula adalah sebaliknya. Aku berusaha untuk
melenyapkan perasaan ini, tetapi ketahuilah bahawa itu adalah perkara yang
paling sukar untuk dilaksanakan kerana aku akan sentiasa berjumpa dengan dia.
Siapakah dia yang kumaksudkan?
Rasanya nukilan ini tidak pantas untuk
menceritakan perihal dirinya. Kerana aku tahu perasaan ini takkan mampu
diterjemahkan. Takkan boleh untuk direalisasikan. Oleh kerana ia terlalu jauh
dengan rasional akal. Ya, andai hatiku ini boleh dibaca sekalipun, ternyata ia
hanya akan memberikan impak kepada diriku dan bukan dirinya. Meskipun aku
berusaha gigih untuk menarik perhatiannya setiap kali aku berjumpa dengan dirinya,
akhirnya aku yang kecewa kerana jelas melalui gerak tubuhnya bahawa dia tidak
menyukai aku hatta sebesar hama pun.
Aku sebenarnya cuba untuk menjauhkan diri.
Menjarakkan diri. Meskipun hanya untuk bertentang mata dengan dirinya. Namun,
harus aku akui bahawa aku kalah. Aku gagal untuk menguasai diriku sendiri. Aku
gagal berhenti daripada terus menatap matanya...
Aku suka dia
Berharap dia juga menyukai diriku walaupun ia
ternyata angan-angan aku yang paling bodoh. Patutkah aku terus berharap?
Patutkah aku menunggu lelaki itu?
Harapan ini adalah harapan palsu. Harapan palsu dek
kerana aku menyukai seseorang yang tidak langsung pantas denganku kerana
ternyata realitinya dia lebih baik daripada aku dari segala segi.
Walau apapun, aku tetap berharap. Meskipun aku
tidak berpeluang mendekati dirinya, tidak berpeluang bercanda riang dengan dia,
namun aku berharap dia mengetahui tentang perasaanku. Aku tetap ingin terus
berharap. Biar apa sekalipun yang terjadi...
~ Adakah aku begitu menyedihkan? Entah. Aku
sendiri tidak pasti. Aku sendiri terkeliru dengan diriku. Usah menghukum aku
kerana mencari bahagia. Usah melabelkan aku dengan pelbagai kata kerana
sesungguhnya kau bukan berada di tempatku ~
Isnin, 15 Disember 2014
Menjadi Penulis
Antara cita-cita dan cinta. Telah lama terpendam di sudut hatiku
ingin menjadi seorang penulis terkemuka. Mengarang cerita agar dibaca. Bukan
bermaksud untuk kemegahan, jauh sekali mengharapkan kemewahan. Cuma ingin
maksud hatiku diterima oleh masyarakat. Berharap buah fikiranku mampu dicerna
oleh yang lainnya.
Aku tidak pantas untuk gah berbicara di gelanggang terbuka.
Berhujah dan berpidato seperti akulah yang terbaik dan berwibawa. Kegagalan
lalu melenyapkan segala keyakinanku untuk berbicara. Sepatutnya aku mampu untuk
melakukan semua itu kerana seawal usia aku telah dilatih oleh bonda tercinta.
Pentas menjadi arena permainanku ketika usiaku masih muda. Ah...semua itu
terlalu indah untuk dikenang. Bakat yang ada entah telah hilang kemana seiring
dengan usia.
Aku tumbuh membesar dengan minat yang mendalam terhadap penulisan.
Kukarang beribu mungkin berjuta cerita. Zaman remajaku dihiasi angan-angan
kerana aku makin tidak mampu untuk bersuara. Kucatat tentang segalanya.
Memperihalkan tentang segala-galanya. Semata-mata untuk melenyapkan keinginan
yang ada untuk lantang berbicara.
Aku bukan jaguh. Aku masih menuntut. Perjalananku masih jauh. Aku
hanya mampu berdoa bahawa satu saat impianku ini akan tercapai. Menjadi antara
penulis terkemuka di Malaysia. Mengetuk hati-hati manusia lain dengan sejujur
dan setulusnya. Aku ingin masyarakat mengenaliku melalui penulisan kerana pada
hematku aku lebih jujur menerusi penulisan.
Oh Tuhan, Kau kabulkan permintaanku ini.
Khamis, 11 Disember 2014
Isnin, 8 Disember 2014
Menjadi kakak?
Tajuk
serius kelakar gila. Al-maklumlah, realitinya aku ada empat orang adik.
Adik-adik yang banyak melayan karenah manja, nakal, kebudak-budakan dan sikap
tidak matang aku. Adik-adik yang banyak bersabar dan mengalah dengan aku,
walaupun untuk si bongsu.
Di
Sabah ni, aku baru berkesempatan menjadi kakak. Majoritinya menganggap aku
sebaya dengan mereka. Sebenarnya, aku tidak kisah sekalipun dipanggil nama
kerana aku sememangnya tidak sesuai untuk menjadi kakak meskipun umur aku
melewati usia mereka.
Kebanyakan
yang mula mengenali aku menganggap aku seperti mereka. Aku senang dengan
anggapan itu kerana memudahkan komunikasi berbanding dengan menganggap aku
lebih berusia. Seolah-olah ada limitasi di situ. Sama ada perasaan aku, atau
hakikatnya memang begitu.
Menjadi
kakak bukan perkara senang. Ia terlalu sukar. Sebab itulah aku sangat
menyenangi kakak dan abangku. Orang memandang kita seperti segalanya kita tahu.
Menghendakkan kita menjaga tatasusila dan adab sopan. Walaupun bagi sesetengah
orang perkara sebegitu menyeronokkan, tapi MAAF bukan aku. Aku ingin kebebasan dalam setiap
segi. Kebebasan yang membolehkan aku berbuat sesuka dan sekehendak kemahuanku.
Itu aku. Oleh hal yang demikian, janganlah mengharapkan aku menjadi kakak dalam
erti kata yang sebenar. Sesungguhnya aku tidak mampu.
Menjadi
kakak? Ya. Silakan memanggil aku kakak. Tapi tolonglah berhenti mengharap aku
menunjuk jalan dan memimpin tangan kerana nescaya akan sesatlah kamu.
Salam
sayang :p
Ahad, 30 November 2014
semalam yang hilang
Semalam aku menangis.
Berusaha sekuat mungkin untuk tetap bertahan. Berdoa agar diri sentiasa kuat
untuk menghadapi segala cubaan dan dugaan yang mendatang. Kadangkala, lelah
hadir juga meskipun sekuat manapun aku berusaha untuk menempisnya. Sedih.
Tangisanku semalam adalah tangisan yang takkan mampu untuk diungkapkan malah
untuk diterjemahkan sekalipun. Aku mahu berhenti dari memikul sebarang
tanggungjawab. Aku mahu berhenti dari terus merasa kekecewaan yang tak kunjung
padam. Aku ingin disayangi dan dihargai. Aku ingin manusia lain tahu bahawa aku
juga manusia biasa yang mahu disayangi dan dihargai. Seringkali aku merasakan
kehadiranku tidak diperlukan dan selayaknya bukan di sini tempatku. Ada juga
masa aku merasakan bahawa ujian buat aku ini tidak mampu lagi aku hadapi. Aku
menangis dan terus menangis. Tiada lagi insan-insan yang setia mahu mendengar
omelan daripadaku. Aku bukan mahu mementingkan diri. Namun, aku hanya ingin
meluahkan rasa. Aku mahu berbicara. Salahkah aku? Khilafkah aku? Berdosakah
aku? Semalam tangisanku tidak didendangkan. Hanya tangisan dalam diam. Hatiku
tertanya-tanya adakah aku ‘sakit’? normalkah aku sebagai manusia? atau adakah
aku bukan sebahagian daripada kalangan manusia? adakah aku cuma jelmaan masa
lampau yang kepingin melihat modernisasi yang dicanang? Semalam aku menangis.
Aku tahu semalam telah hilang. Tetapi, bisa-bisa rasa dan denyut nadiku tidak
mahu melupakan tangisan semalam. Ia tetap tidak mahu walaupun aku berusaha
keras ke arah itu. Aku malu kerana aku tidak mampu. Aku segan untuk mengakui
ketidakmampuan diriku. Tapi, harus bagaimana lagi. Kata orang tangisan adalah
kekuatan seorang perempuan. Mungkin aku akan cuba menyetujuinya. Meskipun,
realitinya jauh bertebrakan. Aku menangis bukan sebab aku kuat. Tangisanku
sebenarnya disebabkan kelemahanku. Aku merasakan tidak wajar untukku menangis.
Sepatutnya aku bertambah waja. Berhenti menangis dan berlalu daripada sebarang
kesedihan kerana sesungguhnya tangisanku itu tidak bermakna dan berharga
meskipun sebesar hama. Kata orang, aku terlalu berlebihan memikirkannya. Aku
terlalu taksub dengan ketidaksempurnaan sehingga melupakan terus sisi yang
bernama kebaikan yang sentiasa wujud dalam kejernihan. Semalam yang hilang
banyak memberi definisi baru dalam kehidupan. Kamus hidupku bukan seperti orang
lain. Aku mewarnai kehidupanku dengan kegelapan. Aku mengukirkan kehidupanku
dengan calar-calar penderitaan. Kedangkalan diri membuatkan diriku mengambil
keputusan songsang. Meredah jalan yang dielakkan oleh orang. Aku menangis.
Kesakitan semalam masih terasa. Parutnya juga ternyata dalam. Ia akan terkubur
bersama kematianku nanti.
Mengharap akan ada jalan pulang. Mengharap
tidurku yang mendatang tidak lagi bertemankan tangisan....
Rabu, 19 November 2014
KELUHAN SI INTROVERT TEGAR
Sebenarnya
aku tidak ingin sesekali mengeluh. Jauh sekali ingin meratap nasib diriku.
Namun apakan daya, aku juga manusia. Aku cuma manusia biasa seperti kalian yang
seringkali melakukan kesilapan demi kesilapan dan aku cuba berusaha membaiki
segala kesilapanku untuk menjadi yang lebih baik. Tetapi ketahuilah bahawa
berubah itu tidak sesenang sepertimana diungkapkan.
Aku
manusia introvert. Tahukah kalian apa itu introvert? Kalau masih ragu tentang
maknanya, maka izinkan aku untuk menjelaskannya melalui penceritaan tentang
diriku. Semoga kalian bukan introvert tegar sepertimana aku.
Aku
seringkali disalah anggap oleh manusia sekelilingku. Mereka mengatakan bahawa
aku adalah manusia anti sosial, jauh untuk bergaul dan sukar untuk berkawan.
Bagi pengamatan mereka, aku terlalu sombong, bongkak dan bangga diri. Padahal
hakikatnya jauh berbeza...
Aku
hanya manusia biasa. Aku juga memiliki kekurangan. Sesungguhnya, aku cemburu
dengan manusia yang berbeza personaliti dengan diriku. Mudahnya mereka memiliki
kawan, betapa mesranya perhubungan mereka sedangkan aku hanya mampu memandang
walaupun ternyata di dalam hatiku; aku juga ingin mempunyai bilangan kawan yang
ramai, aku juga ingin bercerita dan mendengar cerita, aku juga senang untuk
bergosip tentang isu-isu semasa, aku ingin bergembira dan berseronok sama...
Tetapi
aku tidak mampu. Aku malu untuk memulakan bicara. Aku malu untuk berkata-kata.
Aku hanya boleh memandang dan berharap insan di hadapan aku ialah manusia
extrovert agar suasana bungkam itu mampu diceriakan.
Namun
pengharapanku selalunya berakhir dengan sia-sia. Kata orang, pemikiran yang
tidak sama mana mungkin mampu menyatu bicara. Akhirnya, aku tertinggal
sendirian dek rasa malu yang melampau. Ahhhh...betapa kelamnya dunia aku
rasakan. Keceriaanku hanya bisa di rumah sahaja kerana hanya di situ aku yakin
untuk berbicara. Aku hanya boleh berbicara dengan yang rapat sahaja. Menyusun
kata-kata sehingga mereka yang berdekatan tidak bisa menutur kata. Maafkan aku
wahai kesayangan-kesayanganku belaka, aku tidak berpeluang meng’express’ sekiranya
bukan dengan kamu semua. Sesungguhnya aku bosan bersendirian tidak berteman.
Introvert
bukan satu dosa. Ia adalah identiti dan peribadi. Oleh itu, tolonglah cuba
memahami. Janganlah berterusan menghukum tanpa mengenal. Kerana manusia itu
tidak pernah sama dan ternyata berbeza.
Rabu, 5 November 2014
Libster Award #6 by Qyya
thanks Qyya
Nak jadi pemimpin kita perlu kuat
Kepimpinan yang tulen sentiasa ditentang,
dipersendakan. Itu hakikat sebenar dan dibuktikan oleh sejarah. Bukan hanya
dendangan atau omelan kosong daripada aku. Perjuangan untuk menegak hak dan
kebenaran, sentiasa diawali oleh keperitan, kesukaran dan kepayahan. Namun
secara moralnya, kita menang kerana berjaya mengugat pihak lawan. Kalau mereka
tidak takut, masakan kita ditindas dan kekalahan kita disambut dengan
kegirangan oleh mereka. Oleh itu, persetankan segalanya tentang mereka. Mereka
akan jatuh jua di suatu masa nanti meskipun perlu mengambil masa yang cukup
lama.
Ambillah masa untuk berjuang. Rangka strategi baru. Sematkan ideologi
yang mantap dalam generasi muda dan akan datang. Gunalah pendekatan dan moral
yang tinggi. Hikmah di sebalik setiap kegagalan, semestinya tersembunyi sebuah
keindahan yang tak terungkapan.
Aku benci untuk mengatakan tentang kebencian.
Aku malu untuk cuba war-warkan kemarahanku. Tetapi, kebenaran tetap sebuah
kebenaran. Kita sesekali tidak memerlukan kepimpinan bercorak autokrasi secara
melampau. Kita tidak pantas untuk mereguk kekeruhan disebabkan kepimpinan yang
wujud lebih terarah kepada kroni. Mereka berjaya kerana memiliki satu sistem
kroni yang mantap, publisiti yang berterusan dan akhirnya...
Kitalah yang tersadai. Kitalah yang merasa
bahang kebodohan demi kebodohan mereka. Mendabik dada seolah semua perkara
sempurna belaka. Seperti mereka sahaja yang mampu memimpin.
Kepimpinan mereka? Maaf tak perlu
diperdendangkan. Cerita lama. Membusuk dan membasi. Kadangkala rasa mual dengan
kepuraan mereka. Mereka sesekali tidak berhak. Mereka terlalu sukar untuk
diajar. Terlalu bodoh untuk dinilai. Apa lagi harus diperkatakan? Melainkan,
bersedialah wahai anak-anak muda. Bersedia merasai keperitan berterusan.
Untuk berubah, kita perlukan sesuatu yang baru.
Melawan arus untuk melihat kepincangan. Berfikir secara kritikal bagi
menganalisis segala perkara. Usahlah menjadi ‘monyet’lagi. Sesungguhnya ia
sangat...hurmm terlalu janggal rasanya untuk diperkatakan.
Hanya ini mampu aku perkatakan. Hanya ini mampu
aku berikan. Tiada sumbangan yang bisa aku persembahkan. Sesungguhnya aku
bermimpikan tampuk kekuasaan. Mimpi yang sekadar mimpi. Impianku menggunung
tinggi. Aku inginkan kuasa bagi membantu yang teraniaya. Aku perlukan lagi
masa. Pengunduranku bukan bermakna aku kalah. Tetapi berundur untuk berfikir.
Berundur untuk merangka strategi baru. Berundur untuk bangkit dengan lebih
berani.
Buat teman seangkatanku. Anak-anak muda yang
celik ilmu. Berpaksi pada ideologi untuk membantu. Ingin melihat Malaysia lebih
maju. Percayalah, masih ada jalan untuk kita untuk menuntut hak, membasmi
penindasan dan menuju ketamadunan...
Letakkan tanganmu di hati, genggamlah ia sekuat
mampumu, katakanlah...
“Bersabarlah
duhai hati. Sesungguhnya kejayaanmu adalah kejayaan tertunda”
Ahad, 2 November 2014
Life must go on
Life must go on. So stop
being cling on past. Nothing can change it. So I want to let it go from now on.
I will stop from being sentimental; keep almost everything because I am so
worry that I will miss the past moment and being ignored.
I know I learn
everything in my life from mistake which happen in the past. I really
appreciate it. Thank you for experience. Your value is more valuable than a
mountain of gold. You teach me about what we call “LIFE”. You also keep telling
me the worth of family and friendship.
As a conclusion, life
must go on. Now is the right time to change. Currently, I understand. Past is
past. As a guide to think before act to avoid repeat same mistake. Future is
still on dream, therefore to achieve my highest star on the future, even how
much it will cost me; I should start take action from this moment.
To my dearest family & friends
Please, appreciate your life because whether your life
is meaningful or meaningless, it is totally on your choice.
Selasa, 28 Oktober 2014
Selasa, 21 Oktober 2014
Ahad, 19 Oktober 2014
Terukkah mahasiswa & mahasiswi Kelantan?
aku
berasal dari negeri cik siti wan kembang. aku dilahirkan di negeri yang cukup
sederhana cara hidupnya. aku gembira dan bersyukur aku dilahirkan di negeri ini
meskipun ramai yang beranggapan tidak elok tentang negeri kelahiranku.
tentang
peratusan pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading, rata-rata
universiti tempatan didominasikan oleh mahasiswa/i kelantan. betapa hebatnya
orang kelantan yang selalu dipandang enteng oleh negeri-negeri lain. tanyalah
tentang soalan peperiksaan, pasti mereka akan berkata soalan dari kelantan
merupakan soalan yang sukar. kami terdidik dengan soalan yang susah seawal
daripada sekolah rendah. itulah sistem yang menghebatkan kelantan.
namun
itu cerita awal semata. mukadimah sebuah cinta. apabila berginjak ke alam
universiti lain pula ceritanya. sesungguhnya aku kecewa dengan sikap
mahasiswa/i kelahiran kelantan. sedarlah, apa guna ramai kalau kualitinya tidak
terjaya. dulu, aku marah. aku mengatakan bahawa mahasiswa/i kelantan cuba
diburukkan oleh mahasiswa lain tapi pengakhir cerita, aku harus akui bahawa
bicara mereka berasas. segalanya benar belaka. aku jadi lelah dan lemah.
tolonglah
pandang wajah ayah, ibu dan keluarga di kampung. betapa besarnya harapan mereka
ingin melihat kejayaan kita. sanggup berkerja habis-habisan semata-mata ingin
melunaskan keinginan kita agar kita senang menelaah dan membaca. tapi apa
balasan kita?
ahhh…jangan
cuba membohongi fakta.membuat kerja bagai melepaskan batuk di tangga. sibuk
berseronok ke sana ke mari. sedangkan kawan sekumpulan berhempas pulas bagai
nak mati. sewenang-wenang kita goyang kaki.
itulah
mentaliti mahasiswa/i kelantan di ipt. aku cukup terkesan. kadangkala hati
turut tertanya-tanya, bagaimana perasaan mereka?aku yang memandang dari
kejauhan cukup sengsara. tidakkah mereka cuba duduk sejenak mahu memikirkan
nasib keluarga. kayakah kita? apa janji kita terhadap keluarga, sebelum
melangkah ke menara gading?
aku
bukanlah insan sempurna. adakala kemalasan turut melanda. namun, melupakan
tanggungjawab sebagai pelajar bukan caraku. aku sentiasa mengingati janjiku
terhadap keluarga. aku takut ibubapa dan keluargaku kecewa.
ini
bukan masalah gagal. ini masalah mencuba. sekiranya gagal sesudah mencuba tiada
masalahnya.yang menjadi pokok persoalannya, mahasiswa/i kelantan melupakan
tugas hakiki bergelar pelajar.
aku
berasa menjadi tanggungjawabku. menyeru semua yang ada. bangkitlah. cubalah
melangkah. masih belum terlambat untuk kita. mohonlah maaf pada Pencipta,
keluarga, pensyarah dan kawan sekaliannya kerana kekhilafan kita menyakitkan
mereka.
Jumaat, 17 Oktober 2014
SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
KLIK BANNER UNTUK JOIN!
CARA JOIN:
1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen.
3. Follow blog wawa. *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini.
ALERT!
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain.
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain.
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook .
Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!
It is not easy
It is not
easy to fall in love,
And it more
uneasy to break up,
So, don’t ask
me what I am too tough.
It is not
easy to be kind,
Smile entire
of the day,
And say thank
you for everyone and everything,
It is so
hard,
So, don’t ask
me what I am so awkward,
It is not
easy to be a perfectionist,
I spend a lot
of time,
Just to
think,
But all
people keep blame me,
So, don’t ask me why I ignore.
It is not
easy to life,
We need to be
fast thinker,
Fast mover,
So, don’t ask
me that I always in rush,
I need my
time and space,
Because is totally about my life.
At the end of
story,
This is my
life,
Even it is
unlike other,
I still
remain happy,
Because I
have opportunity to set my own direction,
Even it is not easy.
Ahad, 12 Oktober 2014
Educate myself to help people
There is a long journey I
should face. Hope that I will be ‘somebody’ in the future. I really want to
help other. But, it will be just a dream if I not further my study till I get
PhD. Nowadays what we need to success not strength, but knowledge. Even want to
be a hawker in night market. My parents always tell that. No matter how hard it
is. Get your education as far as you can. That why I am so proud being their
daughter. They will give anything to see my success. I love their perspective
and way they teach my siblings and me about education and reality of life.
http://www.classycareergirl.com/2012/06/i-got-my-dream-job-and-so-can-you-book-giveaway/ |
I not had born in silver
spoon. I am from a working class family. My parents work so hard to raise me. I
never feel what we call poverty because my parents teach me well how to handle
money since I was young. Yet, I can still get what I dream for.
Someone has asked me. Why
I am so ambitious? How come if my dream never get to be true?
I just want to smile and
say ‘I put my dream as high as possible
because if I cannot get a highest star, I will get others star. It stills a
star no matter what. ’
Why I want to get PhD so
desperately? I want to be same level as Israeli. It does not mean I admire them
so much. I am so sad. They had foolish us since a century or more ago. But we
still keep smile and say they deserve it. Maybe they deserve it because they
had a lot of hard work.
I really need educate
myself. I educate myself to help people. I want to open their mind. I wish to
change about everything in this world. I hope that this world will be a better
place for everyone. Maybe, I am too realistic. However, this is my dream. I
will achieve it someday and when that moment comes, please sincere hug and
smile to me.
http://www.deviantart.com/morelikethis/artists/262888044?view_mode=2 |
Langgan:
Catatan (Atom)