Ahad, 19 Oktober 2014

Terukkah mahasiswa & mahasiswi Kelantan?

aku berasal dari negeri cik siti wan kembang. aku dilahirkan di negeri yang cukup sederhana cara hidupnya. aku gembira dan bersyukur aku dilahirkan di negeri ini meskipun ramai yang beranggapan tidak elok tentang negeri kelahiranku.

tentang peratusan pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading, rata-rata universiti tempatan didominasikan oleh mahasiswa/i kelantan. betapa hebatnya orang kelantan yang selalu dipandang enteng oleh negeri-negeri lain. tanyalah tentang soalan peperiksaan, pasti mereka akan berkata soalan dari kelantan merupakan soalan yang sukar. kami terdidik dengan soalan yang susah seawal daripada sekolah rendah. itulah sistem yang menghebatkan kelantan.

namun itu cerita awal semata. mukadimah sebuah cinta. apabila berginjak ke alam universiti lain pula ceritanya. sesungguhnya aku kecewa dengan sikap mahasiswa/i kelahiran kelantan. sedarlah, apa guna ramai kalau kualitinya tidak terjaya. dulu, aku marah. aku mengatakan bahawa mahasiswa/i kelantan cuba diburukkan oleh mahasiswa lain tapi pengakhir cerita, aku harus akui bahawa bicara mereka berasas. segalanya benar belaka. aku jadi lelah dan lemah.

tolonglah pandang wajah ayah, ibu dan keluarga di kampung. betapa besarnya harapan mereka ingin melihat kejayaan kita. sanggup berkerja habis-habisan semata-mata ingin melunaskan keinginan kita agar kita senang menelaah dan membaca. tapi apa balasan kita?

ahhh…jangan cuba membohongi fakta.membuat kerja bagai melepaskan batuk di tangga. sibuk berseronok ke sana ke mari. sedangkan kawan sekumpulan berhempas pulas bagai nak mati. sewenang-wenang kita goyang kaki.

itulah mentaliti mahasiswa/i kelantan di ipt. aku cukup terkesan. kadangkala hati turut tertanya-tanya, bagaimana perasaan mereka?aku yang memandang dari kejauhan cukup sengsara. tidakkah mereka cuba duduk sejenak mahu memikirkan nasib keluarga. kayakah kita? apa janji kita terhadap keluarga, sebelum melangkah ke menara gading?

aku bukanlah insan sempurna. adakala kemalasan turut melanda. namun, melupakan tanggungjawab sebagai pelajar bukan caraku. aku sentiasa mengingati janjiku terhadap keluarga. aku takut ibubapa dan keluargaku kecewa.

ini bukan masalah gagal. ini masalah mencuba. sekiranya gagal sesudah mencuba tiada masalahnya.yang menjadi pokok persoalannya, mahasiswa/i kelantan melupakan tugas hakiki bergelar pelajar.

aku berasa menjadi tanggungjawabku. menyeru semua yang ada. bangkitlah. cubalah melangkah. masih belum terlambat untuk kita. mohonlah maaf pada Pencipta, keluarga, pensyarah dan kawan sekaliannya kerana kekhilafan kita menyakitkan mereka.

harapanku, semoga pintu kesedaran segera terbuka supaya mahasiswa/i kelantan terus berjuang dan berusaha menempatkan agenda negeri ke mercu perdana.

2 ulasan:

  1. :)
    jangan dilabel hanya pada satu negeri. mahasiswa mahupun mahasiswi dari negeri lain juga turut ada yang "sekadar belajar". ianya sepatutnya ditujukan secara umum. tidak adil sekiranya hanya kelantan yang dituju.

    "itulah mentaliti mahasiswa/i kelantan di ipt". maaf, mentaliti mahasiswa/i kelantan tidaklah seteruk itu. sy cukup berbangga dengan anak2 kelantan di uni sy. btw, sy terasa kurang senang sebab sy pun org kelantan. cubit paha kanan, paha kiri turut terasa. pada hemat sy, sewajarnya ditujukan kepada umum. adalah lebihh baik tidak dinyatakan hanya pada sesebuah negeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. Ni pandangan saya. Saya harap cik take note pada perenggan2 terakhir. Lagipun, saya pun anak kelantan juga. Tujuan saya bukan memburukkan mahasiswa/i kelantan tetapi lebih sebagai teguran.

      Padam