Isnin, 31 Mac 2014

Miss Nabila’s 23 wish list


Dulu kan sibuk dengan uncomplete 22 wish list

Mungkin disebabkan iye tidak sempurna dan terperinci, maka hasilnya pun tidak sempurna sangat. Hehe. Tapi apa yang aku gembira sangat tu, ada beberapa keinginan aku tercapai. Oleh sebab tu, aku kuatkan diri dan keazaman, meng‘update’ kan wish list terkini aku sempena ulangtahun kelahiran aku yang dah tak berapa lama lagi jer. :p

Ohh yer. Sebelum tu antara 22 wish list yang berjaya ialah :

a.   tukar kaca mata baru – sebenarnya kak long yang bagi dan jadikan ia sebuah realiti. terima kasih yang tak terhingga kepada dirinya. (august 2013)

b.   Laptop baru – ni juga bkn diri sendiri yang belikan. atas ehsan my mum sebelum aku terbang ke Sabah (august 2013 jugak). thanks mama

c.    kamera (leh tangkp gmbr tepek kt blog ni) – ni la terbaru (11 mac 2014). atas keizinan ma & abah aku dapat apa yang aku inginkan. hehe. terima kasih daun keladi, nanti nak lagi. Thanks a lot to both of them. Love them so much.

yang lain-lain belum dicapai.

Okay. ni my 23 wish list :

1.    menyempurnakan semua fardu ain & sedaya upaya membuat pelbagai fardu kifayah (rakan masjid jugak)

2.    menutup aurat dengan sempurna

3.    bayar semua hutang

4.    keluarga & saudara mara ~ hubungan yang akrab

5.    merapatkan hubungan persahabatan yang telah sedia ada dan mendapatkan seramai mungkin sahabat2 baru

6.    menjadi aktivis & sukarelawati – bantuan segera, bencana alam, membaikpulih rumah miskin dll

7.    membuat perniagaan kecil-kecilan

8.    ada simpanan tetap untuk kecemasan

9.    membuat pelaburan

10. melancong ke seluruh Malaysia dan Asia Tenggara samada travel ataupun backpacker

11. being beauty with brain

12. menurunkan berat badan sehingga 45kg. bila dah capai kekalkan

13. menjadi seorang vegetarian secara berkala

14. handphone samsung

15. belajar menjahit & memiliki mesin jahit sendiri

16. memiliki basikal sendiri (warna pink/biru)

17. ada rantai emas & perak

18. belajar seni orator, pidato & debat (pantun, syair)

19. join perkara berbentuk kesenian (kelas seni tarian, kraftangan, permainan tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional & pertunjukan pentas), kebudayaan & penerbitan

20. cukupkan 100 hobi –not just plan but act-

21. beli sebuah buku ilmiah setiap sebulan (bajet bawah RM30)

22. sentiasa up-to-date tentang isu2 semasa selalui media massa spt televisyen, radio, internet, akhbar dll

23. mengukuhkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran kerja berpasukan, moral & etika professional, kemahiran kepimpinan, pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat dan kemahiran keusahawanan. J

sebenarnya ada persamaan dengan 22 wish list…cuma ubah dan tambah yang mana patut dan sesuai mengikut keadaan dan situasi aku sekarang.

personally, bagi aku kan benda macam ni walaupun mungkin bagi sesetengah orang adalah perkara remeh tapi bukan pada aku. serius bagi aku ler kan, setiap orang wajib ada benda ni sebagai guide untuk hadapi kehidupan dengan lebih sistematik dan teratur serta lebih berjaya. In Sha Allah.

 

Rabu, 26 Mac 2014

what I do now?


Hello…
Today is Wednesday.

What I do now?

I try to update and review my own blog.

You think I am nerd?

Think again.

For your information, this is one of my hobbies.

I just love write everything about my simple life.

assignment bahasa & komunikasi {PERPUSTAKAAN}



Kami memilih perpustakaan kerana sebagai mahasiswa kami tidak mampu untuk belajar tanpa membaca buku. Buku merupakan wadah terpenting bagi seorang mahasiswa untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih baik lagi. Di samping itu, dari segi ekonomi pula, ia dapat membantu meringankan beban kewangan kerana untuk membeli sebuah buku memerlukan wang yang agak banyak, terutamanya bahan rujukan yang diimport dari negara barat. Sebagai alternatif, kami meminjam buku-buku dari perpustakaan agar tidak ketinggalan dari segi pembelajaran berbanding rakan-rakan yang berkemampuan kerana mereka memiliki kesemua buku yang disyorkan oleh para pensyarah.

Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan pada tahun 1995 iaitu sudah hampir 19 tahun diwujudkan. Oleh yang demikian, ini bermakna terdapat banyak koleksi bahan bacaan ada di sini. Disebabkan oleh itu, kami tidak perlu bimbang tentang kekurangan buku. Selain daripada itu, sesuai dengan pengalaman, para pustakawan yang bertugas sangat berdedikasi dan berhemah dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka sentiasa memastikan keperluan dan kehendak para pelajar dipenuhi sebaik mungkin. Kemesraan mereka menambahkan lagi minat kami untuk berurusan dengan mereka. Ternyata moto “Berkhidmat Berkualiti” sememangnya dilaksanakan oleh mereka dan bukan sekadar moto semata-mata.

Koleksi perpustakaan terbahagi kepada dua iaitu koleksi am dan koleksi khas. Koleksi am terdiri daripada koleksi rujukan, koleksi tanda merah, koleksi terbitan bersiri, koleksi multimedia, koleksi penyelidikan dan koleksi rujukan terhad. Manakala koleksi khas ialah Koleksi Aseana +3 (Korea, Jepun dan China), Koleksi Nobel Laureate, Koleksi Perdana, Koleksi Arkib UMS dan Koleksi Kanak-Kanak.

Melalui pembacaan, kami dapat mengetahui mengenai kebudayaan lain seterusnya perkongsian budaya dapat dilakukan. Kebudayaan merupakan rangkuman daripada pengetahuan, kepercayaan, sikap, undang-undang, adat resam dan kebolehan-kebolehan lain dan tingkahlaku yang diperolehi oleh manusia sebagai masyarakat. Contohnya melalui pembacaan di koleksi aseana +3 (Korea, Jepun dan China), kami dapat mengolah kebudayaan lain seperti kebudayaan Jepun untuk digunakan sebagai kebudayaan sendiri, samada kebudayaan berbentuk kebendaan mahupun kebudayaan bukan kebendaan misalnya falsafah dan nilai kerana ciri-ciri kebudayaan tidak bersifat statik, sentiasa berubah-ubah, boleh dipelajari dan dikongsi bersama.

Di samping itu, koleksi multimedia yang ada turut memudahkan kami untuk menelaah kerana tidak perlu bergantung harap sepenuhnya kepada buku selain menambah minat kami untuk lebih memahami proses pembelajaran tersebut kerana kebanyakkan koleksi multimedia mempunyai animasi dan kandungan yang menarik serta senang difahami kerana penerangannya lebih ringkas berbanding buku. Ternyata perpustakaan merupakan sebuah gedung ilmu yang sangat bermanfaat untuk kami bagi bergelar mahasiswa yang cemerlang.

Perkhidmatan yang disediakan pula seperti Peminjaman dan Pemulangan, Rujukan dan Informasi, Program Literasi Maklumat, Pangkalan Data, dan Buku Elektronik. Program Literasi Maklumat sememangnya sangat bermanfaat bagi kami. Kami diberi pendedahan dan dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mengenai kaedah pengesanan maklumat dengan mudah, cepat dan tepat. Contohnya, kami boleh menjimatkan masa dengan mencari bahan bacaan yang diperlukan hanya dengan menggunakan WebOPAC.

Pelbagai kemudahan ada disediakan di perpustakaan ini. Antaranya Auditorium, Bilik Perbincangan, Bilik 24 Jam, Kubikal dan Percetakan. Secara zahirnya, bilik perbincangan memudahkan sesi perbincangan antara mahasiswa. Hal ini menyenangkan lagi para pelajar menyiapkan kertas projek mahupun kerja berkumpulan kerana wujudnya tempat yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan mereka. Bahkan ia mengeratkan hubungan persahabatan disebabkan terdapatnya perhubungan yang bersemuka selain daripada perjumpaan di dalam dewan kuliah. Jelaslah, kewujudan perpustakaan UMS selain sebagai medan untuk menelaah, ia juga turut berfungsi sebagai tempat untuk berkomunikasi.

Terdapat begitu banyak pengkelasan buku dibuat yang menandakan begitu luasnya ilmu untuk dikaji dan dipelajari iaitu daripada Karya Am, Falsafah Agama, Kajian Persejarahan, Sejarah, Geografi, Antropologi, Rekreasi, Sains Kemasyarakatan, Sains Politik, Undang-Undang, Pendidikan, Muzik, Kesenian, Bahasa dan Sastera, Sains, Perubatan, Pertanian Am, Teknologi, Sains Ketenteraan Darat dan Laut sehinggalah kepada Sains Perpustakaan.

Pembacaan yang banyak dapat meningkatkan pengetahuan untuk menjadi sarjana yang baik dan berada dalam kelompok mereka yang berintelektual tinggi. Oleh itu, kami bukan hanya dapat mendalami subjek yang ditawarkan dalam program masing-masing tetapi berpeluang mengetahui asas mengenai perkara-perkara lain. Perpustakaan ini menjadi ruang ilmiah buat kami, tidak seperti ketika belajar di sekolah suatu masa dulu yang hanya memfokuskan subjek yang dipelajari sahaja tanpa perlu mengambil peluang untuk mengetahui perkara-perkara lain. Pengkayaan ilmu pengetahuan dapat diadaptasi dan diaplikasi dalam kehidupan seharian sejajar dengan budaya ilmu yang ingin kami capai sepanjang berada di universiti ini kerana universiti adalah tapak asas bagi kami membentuk diri menjadi insan yang mencintai ilmu.

Justeru itu, perpustakaan merupakan antara perkara yang bermakna dalam kehidupan kami sebagai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah disebabkan kepentingannya bukan sahaja daripada segi akademik sahaja bahkan juga dari segi kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi dan bersosial.
 


sumber: internet
 

Ahad, 16 Mac 2014

MH370, dunia sains sosial & pensyarah......

isu kapal terbang MH370 benar2 membuka mata semua penduduk Malaysia dan bagi aku walaupun rakyat Malaysia tidak matang dalam berhujah di media2 sosial seperti yang diungkapkan oleh mantan perdana menteri kita, namun ia sebenarnya menunjukkan rakyat Malaysia cakna isu.
 
soal matang atau tidak, ia bergantung kepada individu. apa yang patut dipersalahkan? sistem pendidikan di negara kita yang nampak sangat memiliki lompang yang perlu diisi segera agar generasi yang masih menuntut seperti aku, tidak celaru.
 
mata aku bnr2 terbuka setelah mendengar kuliah daripada dr. salmie daripada program hubungan industry, sekolah sains social. serius, aku amat menyukai caranya menyampaikan isu tentang MH370 & kaitannya dengan sains social. jika sebelum ini aku berasa tiada keperluan untuk memahami kaitan antara setiap program, kini tidak lagi kerana setiap satu memiliki aspek tersendiri yang perlu dititikberatkan.
 
contoh yang diberikan sangat ringas tetapi impaknya kepada diriku sangat mendalam...
 
hubungan industry
kesan terhadap MAS. masalah keselamatan. hubungan majikan dan pekerja serta terhadap penumpang yang hilang.
 
hubungan antarabangsa
pertolongan daripada negara2 lain. kaitan dengan china, Vietnam dll. isu rampasan kapal terbang? dll
 
geografi
melihat dari sudut bentuk muka bumi, cuaca, (geografi fizikal & budaya)
 
sejarah
meneliti kejadian2 yang pernah berlaku berkaitan dengan kapal terbang yang hilang. buat rumusan @ hipotesis awal
 
komunikasi
impak komunikasi cthnya berita2 yg tersebar kpd isu MH370
 
sosiologi & antropologi
ilmu tertua. ratu sains social sbb byk teori (mksdnya ssh lor)
kesan terhdp masyarakat & mnusia serta kebudayaan
bomoh tu kira la jgk - amalan kepercayaan
 
terima kasih xterhingga buat Dr. Salmie ats input yg sgt terkesan di minda  (^^)v
 
 

Jumaat, 7 Mac 2014

they don't know


They don’t know.

I hope they never know.

I don’t want to be a bad girl anymore.

I must change everything about me.

Let all past gone without fear.

But it’s too hard.

They always try to make me angry.

They test me.

They think I’m a na├»ve girl from old world.

Actually I not like they believe.

I am totally different.

What I deserve now, I can be someone who is really well-manner.

My future truly depend what am I at this moment.

Please pray for me.

Pray that I will be a good girl.

Know how to forgive and forget.

Rabu, 5 Mac 2014

hobiku yang satu...


Buku? Aku amat menyenangi buku. Buku adalah temanku yang paling setia bahkan tidak pernah meninggalkanku keseorangan.

Aku suka membaca kerana banyak dipengaruhi oleh kedua orang tuaku. Di tambah tercabar dengan ketekunan & kepandaian kak long dan abang. Aku jadi cemburu.  Setiap bulan, ma takkan pernah lupa membelikan buku untuk kami. Kami akan berebut-rebut membaca majalah dan komik itu bergilir-gilir.

Teringat zaman kecil memang indah. Rumah lama dipenuhi oleh buku, sampai runtuh almari kayu kerana buku. Betapa ma dan abah terlalu mencintai buku. Tersimpan kemas buku-buku lama mereka di rak lainnya.

kami belajar melebihi sepatutnya. pada darjah satu, kami akan dibelikan buku darjah dua dan begitulah seterusnya…

Kini semua tu tinggal sejarah. Bukan kerana kami tidak lagi menggemari buku, namun hambatan waktu mendewasakan kami untuk bergaduh semata-mata kerana sebuah buku.

Semua orang hairan dengan tabiat membacaku…

Aku sanggup melupakan makan semata-mata disebabkan buku. Bahkan pernah jua menendang adikku kerana mengacauku ketika membaca buku. Aku paling pantang diusik ketika membaca. Juga tidak suka berkongsi membaca dengan orang lain kerana bagiku ia menganggu tahap konsentrasiku.

Sekarang aku tertumpu kepada perpustakaan. Untuk memiliki sendiri buku, harganya tidak ku mampu. Suatu saat aku ingin memiliki sebuah perpustakaan besar. Berkongsi minat dengan manusia lain yang memiliki obsesi seperti diriku.

Membaca dan buku takkan boleh dipisahkan dariku hingga hujung nafasku kerana inilah hobiku yang satu. Hobiku sedari kecil lagi yang sudah menjadi darah dagingku.

Membaca buat aku mengembara ke merata tempat meskipun kaki tidak pernah melangkah ke sana sekalipun. Hanya khayalan dalam minda semata. Namun kepuasannya tak mampu terungkap dek kata-kata.

Terima kasih keluargaku, kerana mengenalkanku dengan buku. Jua kutitipkan sayangku pada buku kerana mengenalimu adalah saat paling indah dalam hidupku.

Ahad, 2 Mac 2014

CERITA LARA



TIBA2 SAJA AKU JADI RINDU. TIBA2 SAHAJA INGATAN PADANYA MUNCUL. ENTAH KENAPA. AKU PEREMPUAN EGOIS. PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENYERAH KALAH. AKHIRNYA…AKU YANG TERSUNGKUR. LEMAH TAK BERDAYA. KATA ORANG SEKERAS MANAPUN HATI SEORANG PEREMPUAN, NAMUN PENGAKHIRAN… AHHH BUKAN AKU. AKU MASIH LAGI MAMPU HIDUP TANPA DIA DI SISIKU. DIA CUMA SINGGAH SEBENTAR. PERSAHABATAN TAKKAN KU TUKAR MENJADI PERCINTAAN, AKU MAHU DIA KEKAL MENJADI SAHABATKU SEPERTI DULU. SAHABAT SELAMANYA. KATA BONDA KESAYANGANKU, SEORANG PEREMPUAN TAKKAN BISA MENJADI SAHABAT LAWAN JENISNYA. ITU FITRAH. PERCINTAAN TAK SALAH SEKIRANYA DIPANDU IMAN. KERANA MANUSIA TAKKAN BISA HIDUP TIADA BERTEMAN. SEDANGKAN ADAM MEMERLUKAN HAWA, APATAH LAGI AKU YANG HINA DINA…

CINTA BAGIKU RACUN. PEMBUNUH IKATAN. SEBOLEHNYA AKU TIDAK MAHU TERIKAT DIBELENGGU. AKU MAHU LEPAS BEBAS SEMAHUKU. SEANDAINYA MASA PULANGKU SUDAH TIBA, AKU AKAN PULANG TANPA SYARAT. AKU MAHU BEGITU. AKU TAKUT DIA MENGIKAT AKU KETAT. MENGURUNGKU ATAS DASAR IKATAN PERNIKAHAN. AKU TIDAK SESEKALI MAHU TERKURUNG DARIPADA ARUS DUNIA. PERMINTAANKU TERLALU BANYAK DAN KIRANYA DIA TAKKAN MAHU MALAH MENERIMA WALAU SATU PUN DARI PERMINTAANKU. KETAKUTANKU BERASAS BUKAN KERNA KEGILAAN ATAU KEJAHILAN DIRI SENDIRI.

BILA AKU BENTANGKAN MANIFESTO TENTANG PERASAAN DAN KEMAHUANKU, AKU DIPERSALAHKAN. AKU DIKATAKAN PENENTANG, PEMBANGKANG… AKU FEMINISME RADIKAL KATANYA. KENAPA HENDAKKAN PERSAMAAN TARAF SEDANGKAN APA YANG TERSEDIA LENGKAP APA ADANYA. DIA MEMANDANGKU TAJAM. TANPA SEBARANG OMELAN DARI BIBIR NIPISNYA. OH DADAKU BEROMBAK KENCANG, PERASAAN BERCAMPUR GAUL. ANTARA MARAH, DENDAM DAN SAYANG. AKU TERKELIRU OLEH WAKTU. SUNGGUH AKU MENYAYANGI DIRINYA.

SEKARANG SUDAH SAMPAI WAKTUNYA. UNTUK AKU AKHIRI SEGALANYA. MUNGKIN AKU TAK DIPENJARA OLEH CINTAMU, NAMUN AKU DIBURU KESESALAN YANG CUKUP PADU. AKU CUBA UNTUK TIDAK SESEKALI MENANGISI KEHILANGANMU.KAU BANYAK MENGAJARKU ERTI HIDUP TANPA PERNAH KUSEDARI TENTANGNYA. KUHITUNG SAAT YANG BERLALU AGAR KAU HADIR DIDEPANKU DAN MENGUNGKAPKAN KATA-KATA KERAMAT ITU UNTUK KESEKIAN KALINYA. AH HANYA KEKECEWAAN YANG KUDAPAT. KAU BENAR-BENAR PERGI. AKU TAHU KAU TIDAK MUNGKIN KEMBALI. TAKKAN BOLEH KU TATAP LAGI SENYUMANMU, MENDENGAR TUTUR KATAMU, APATAH LAGI MENGUSIK DIRIMU. SEMUA ITU HANYA KENANGAN TERINDAH DI SANUBARI YANG AKAN SELAMA TINGGAL SEJARAH.

MAAFKAN AKU SAHABAT. SUNGGUH BUKAN DIRIMU SAHAJA YANG TERLUKA DISEBABKAN OLEHKU, AKU JUGA SAMA. SEMUANYA TELAH BERAKHIR. HANYA SATU HARAPANKU, SEMOGA KAU BAHAGIA BERSAMA PEREMPUAN YANG BISA MEMBAHAGIAKANMU YANG SUDAH SEMESTINYA BUKAN AKU. PENGAKHIRAN KISAH KITA SEBENARNYA SUDAH LAMA BERLALU, NAMUN BARU HARI INI KEKUATAN TUMBUH DALAM DIRIKU. AKU MENGHARAPKAN KAU MEMBACA CATATANKU YANG SATU INI. KERANA AKU TIDAK MAMPU MENCARIMU UNTUK MENYATAKAN MENGENAINYA. CINTAKAH INI? ENTAH. KU NAMAKAN IA CERITA LARA DISEBABKAN SETIAP KALI AKU MENGINGATINYA, PASTI SEBUAH SENYUMAN AKAN TERBIT TANPA PAKSA SEBELUM KELOMPAK MATA MENGELUARKAN AIRNYA.

SALAM SAYANG. DARI SANG PENGEMIS CINTA.