Entah kenapa perkara ini bermain-main di fikiran
sejak akhir-akhir ini. Sepatutnya aku berusaha mengunci hatiku kepada mana-mana
lelaki. Namun yang terjadi pula adalah sebaliknya. Aku berusaha untuk
melenyapkan perasaan ini, tetapi ketahuilah bahawa itu adalah perkara yang
paling sukar untuk dilaksanakan kerana aku akan sentiasa berjumpa dengan dia.
Siapakah dia yang kumaksudkan?
Rasanya nukilan ini tidak pantas untuk
menceritakan perihal dirinya. Kerana aku tahu perasaan ini takkan mampu
diterjemahkan. Takkan boleh untuk direalisasikan. Oleh kerana ia terlalu jauh
dengan rasional akal. Ya, andai hatiku ini boleh dibaca sekalipun, ternyata ia
hanya akan memberikan impak kepada diriku dan bukan dirinya. Meskipun aku
berusaha gigih untuk menarik perhatiannya setiap kali aku berjumpa dengan dirinya,
akhirnya aku yang kecewa kerana jelas melalui gerak tubuhnya bahawa dia tidak
menyukai aku hatta sebesar hama pun.
Aku sebenarnya cuba untuk menjauhkan diri.
Menjarakkan diri. Meskipun hanya untuk bertentang mata dengan dirinya. Namun,
harus aku akui bahawa aku kalah. Aku gagal untuk menguasai diriku sendiri. Aku
gagal berhenti daripada terus menatap matanya...
Aku suka dia
Berharap dia juga menyukai diriku walaupun ia
ternyata angan-angan aku yang paling bodoh. Patutkah aku terus berharap?
Patutkah aku menunggu lelaki itu?
Harapan ini adalah harapan palsu. Harapan palsu dek
kerana aku menyukai seseorang yang tidak langsung pantas denganku kerana
ternyata realitinya dia lebih baik daripada aku dari segala segi.
Walau apapun, aku tetap berharap. Meskipun aku
tidak berpeluang mendekati dirinya, tidak berpeluang bercanda riang dengan dia,
namun aku berharap dia mengetahui tentang perasaanku. Aku tetap ingin terus
berharap. Biar apa sekalipun yang terjadi...
~ Adakah aku begitu menyedihkan? Entah. Aku
sendiri tidak pasti. Aku sendiri terkeliru dengan diriku. Usah menghukum aku
kerana mencari bahagia. Usah melabelkan aku dengan pelbagai kata kerana
sesungguhnya kau bukan berada di tempatku ~
Doa supaya diberi petunjuk tentang soal hati itu :)
BalasPadamOHH...THANKS
Padam