Jumaat, 1 Mei 2015

My 24 Birthday Wish List

tak lama lagi ulang tahun kelahiran aku yang ke-24. masih muda lagi kan?
 
sebenarnya, catatan kali ni ialah tentang kehendak, keinginan dan impian aku untuk hari lahir ke-24 nih.
  1. pertamanya, aku nak sejadah dan telekung solat yang baru.
  2. lagi? nak kitab hadis sebab al-quran yang tafsir tu dah ada.
  3. dapat amalkan puasa nabi daud.
  4. banyakkan bersedekah. paling kurang seringgit!
  5. external hardisk 1tera. senang nak simpan gambar, video, dokumen, lagu dan lain-lain. tambah-tambah nak kumpul jurnal dengan kawan-kawan.
  6. kad SD untuk smartphone vivo yang abah hadiahkan. yang sedia ada dah terlampau penuh. jadi perlu ditukar. harap lebih 16gb.
  7. tak lupa jugak, kena install Microsoft office dalam laptop baru ni. sebab susah nak jadi editor tugasan kalau tak ada Microsoft office. harap-harap yang terbaru :')
  8. kamus dewan bahasa. sebab bahasa Melayu aku makin teruk la aku rasa.
  9. kaca mata yang bingkai tebal tu. macam yang budak nerd pakai tuh. sangat comel kan?
  10. buka buku simpanan ASB. untuk simpanan masa hadapan
  11. belajar memasak
  12. mempunyai koleksi buku masakan
  13. beli madu asli. untuk meningkatkan ketahanan tubuh.
  14. amalkan makanan sunnah dan makanan yang baik untuk minda
  15. ubah style pemakaian. biar Nampak sesuai dengan umur.
  16. belajar make up.
  17. beli alat mekap
  18. memiliki jam tangan sendiri.
  19. handbag dan purse yang baru. yang lama dah rosak.
  20. makan kek secret recipe masa hari lahir.
  21. amalkan pemakanan vegetarian tegar paling kurang seminggu dalam masa sebulan
  22. pergi klinik gigi untuk pemeriksaan gigi secara berkala.
  23. selain tu, nak turunkan berat badan kepada 45kg. sebenarnya dah 3 tahun tapi sampai hari ni belum dapat dilaksanakan.
  24. bersenam secara kerap. paling kurang sekali seminggu.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan