semalam masa kuliah sosiologi pelancongan, pensyarah cakap pasal generasi strawberi. ek? generasi strawberi? apa tu? perkara yang tak pernah aku dengar. bunyi macam best je kan?
tapi, sebenarnya maksud yang cuba disampaikan adalah kontra sifatnya. generasi strawberi tu bermaksud generasi yang lembik. tak boleh terima kritikan. generasi yang lemah serba serbi. kalau tak percaya, jom kita pergi beli strawberi dan buat ujikaji.
generasi strawberi ni merujuk kepada mereka yang lahir antara tahun 1980 hingga 1994. sebab tu dikatakan graduan masa kini kebolehpasaran dalam sektor pekerjaan adalah rendah. hurmmm...
entah la nak setuju ke tak dengan pernyataan ni. bagi aku penyataan ni macam berat sebelah. yela. melabelkan tanpa mengambil kira terlebih dulu asbab kenapa perkara tu terjadi. bagi aku generasi aku nih generasi yang loud. kalau tak puas hati, cakap terus. tak mahu simpan dalam hati. bukan jenis yes boss. pasal soal demand gaji melebih-lebih tu pulak, tengok la taraf hidup masa sekarang. RM1 dulu dengan RM1 sekarangnya pun nilainya jauh sangat berbeza. soal skil yang tak seberapa? bukan semua pun macam tu. kira tak aci la membuat penilaian menyeluruh macam ni tanpa adanya peluang yang sepatutnya kepada kami.
oleh itu, jangan asyik merendah-rendahkan kebolehan kami kiranya ruang dan peluang yang diberikan untuk generasi kami terlalu sempit sifatnya.
"Kami bukan generasi strawberi. Kami generasi durian." - Pelajar Sosiologi dan Antropologi UMS sesi 2013/2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan