hah, aku baru jer habis
kertas peperiksaan ketaksamaan sosial. lalu dengan hati yang gembira, lantas
menghabiskan masa melayari internet. al-maklumlah ramai budak UMS da selamat
bercuti, jadi oleh sebab itu wifi UMS mulalah beraksi.
eh, lari topik pulak.
sebenarnya nak cerita pasal jenayah dan kaitannya dengan ketaksamaan sosial. setiap
kali aku tengok youtube, mesti aku rasa nak menangis. masalah dunia makin
menjadi-jadi masa kini. aku tahu aku tak sepatutnya menunding pada mana-mana
pihak sekiranya berlaku ketaksamaan kerana perkara ni dah menjadi lumrah dalam
masyarakat. tapi, impak daripada jurang perbezaan yang keterlaluan menghasilkan
masalah yang banyak. mungkin kalau aku kembali kepada masa dulu-dulu,
ketaksamaan yang terjadi bukanlah begitu ketara seperti pada masa kini.
mungkin akan ada yang
berpendapat ketaksamaan adalah satu keperluan kerana dengan ketaksamaan akan
berlaku persaingan bagi kelompok dalam masyarakat untuk menempatkan diri mereka
di tempat terbaik. hal ini bertepatan dengan teori darwin “survival of the
fittest”. namun begitu, kita kena ingat tentang mereka yang ketinggalan. yang
tidak mampu bersaing untuk mendapatkan sumber-sumber yang sepatutnya.
diburukkan lagi dengan agihan dan peluang yang tidak sekata. jadi, bagaimana?
oleh itu, kita tidak sepatutnya hairan dengan kes-kes jenayah yang semakin
berleluasa. mungkin penjenayah ini memerlukan sumber kewangan untuk mendapatkan
makanan. siapa tahu? mungkin ada anak yang kelaparan di rumah. siapa juga tahu?
tetapi silapnya kita,
kita suka menghukum tanpa cuba meneliti di sebalik realiti. kita gemar menuduh
tanpa kita pernah bertanya hakikat sebenar yang terjadi. akal rasional kita sekarang
telah kita cuba tempatkannya di kaki. cuba kita renung kembali...
oleh sebab itu, sejahat
manapun seseorang manusia, tolonglah jangan pernah menilainya tanpa mengetahui
hakikat yang tersembunyi. sejahat-jahat manusia pun, tetap ada juga
kebaikannya. siapa kita untuk memberi tafsiran secara gah? adakah kita ingin
mengambil tugas Tuhan? oleh yang demikian, cubalah sedar wahai saudaraku.
biarlah penilaian menggunakan akal, bukan hati.