Makin
hari makin banyak pulak alahan. Kalau dulu setakat alahan pada makanan seafood,
tapi sekarang…
Sebab
alahan aku, adik-beradik aku sekali kena tumpang berpantang. Kesian kan? Ya la
aku bedal jer makanan yang ada. Tak peduli. Lepas tu, belakang cerita…mula la
tergaru-garu dengan ruam dan merah-merah di badan. Mana pandai nak serik? Ada
lagi, makan lagi. Sebab tu ma jarang-jarang masak makanan jenis seafood
kat rumah.
Sekarang
ni jauh dari keluarga sebab berkelana ke Sabah demi menuntut ilmu. Jadi, takde
siapa-siapa dah nak larang aku makan apa yang aku nak.
Akhirnya,
simpton-simpton alahan terhadap ayam mula timbul. Waaaaaaaaaaaaaaa… tak suka
okay. Tapi nak buat macam mana? Redha jer la. Lagipun salah aku jugak.
Sepanjang semester asyik makan ayam jer memanjang. Tiap-tiap hari. Kesian badan
aku kan?
Selain
ayam, mestilah anak ayam iaitu telur ayam. Hohoho…alternative paling murah pun tak dapat. Hurmmm…nasib la badan dapat
tuan macam aku nih.
Di
samping tu jugak, aku dah tak boleh nak makan mee segera. Biasa la student duit bukan banyak pun. Nak tak
nak, kena makan mee segera. Sebab terlalu banyak makan, lastly tekak aku taknak terima. Daripada membazir dapat telan
sesudu jer, baik tak amik terus. Membazirkan amalan syaitan.
makanan bagi student untuk bajet... |
Oleh
sebab tu, aku pun mulalah menu baru iaitu “nasi putih + 2 jenis sayur + 1 @ 2
jenis buah2an” setiap hari. Tiba-tiba makhluk karnivor macam aku jadi herbivore, pelikkan? Harapan aku nak
jadi vegan secara berkala telah berjaya secara drastic sebab nak avoid
daripada menanggung sengsara disebabkan pemakanan.
Walau
bagaimanapun, aku tetap bersyukur sebab ada jugak makanan nak kena telan,
meskipun kadang-kadang aku rasa malu sangat. Baru tahu susah rupanya nak
menjadi pengamal diet vegan di Malaysia nih. Harap-harap alahan aku ni
cepat-cepat pulih agar aku dapat makan secara seimbang. Lepas ni tak mahu da
makan tak ingat dunia. Heheheheh…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan