kuiz subjek pembangunan dan alam sekitar (markah: 7/10)
teori modenisasi oleh Rostow mempunyai 5 tahap. Menurut Rostow, dalam pembangunan tahap-tahap ini akan berlaku secara sejajar sehingga tahap kelima tercapai iaitu setiap individu dalam masyarakat mendapat kesaksamaan. tahap kelima era konsumsi tinggi dimana pembahagian kerja berlaku dan negara demokrasi. teori modenisasi ini menjelaskan perubahan dan proses transformasi dari masyarakat tradisional kepada masyarakat moden.
walau bagaimanapun, teori modenisasi ini ditolak dan dikritik oleh feminist kerana teori modenisasi ini tidak mengambil kira keadaan golongan wanita. teori modenisasi sebenarnya banyak dipengaruhi oleh model ekonomi kapitalis dan sistem patriaki itu sendiri. golongan wanita yang tidak bekerja dianggap sebagai tidak menyumbang kepada keluarga, walhal bebanan tugas domestik iaitu memasak, menjaga anak dan menguruskan rumah tangga tidak diambil kira. hal ini kerana sumbangan hanya dinilai daripada kewangan semata-mata.
seperti di India, kajian yang dibuat oleh Amatya Sen menunjukkan bahawa golongan wanita terpaksa mengangkut air dari tempat yang jauh daripada rumah kerana selain sistem patriaki, ia dipengaruhi oleh commons. golongan wanita yang tidak berpeluang memiliki hak milik tanah sendiri dan sekiranya tiada wasiat, maka tanah akan hanya diserahkan kepada kaum lelaki dalam keluarga. kaum wanita tidak mempunyai hak. oleh sebab itu, kaum wanita tidak mahu berkongsi hak milik tanah kerana sekiranya berlaku apa-apa masalah, golongan wanita ditindas. oleh itu, melalui kajian kes di India ini sahaja telah menunjukkan teori modernisasi Rostow tidak bertepatan dengan realiti kerana teori modernisasi anggap semua orang mempunyai peluang dan hak yang sama. teori modernisasi tidak melihat penindasan yang berlaku terhadap golongan wanita dari segi bebanan tugas dan peluang mendapat pekerjaan yang luas selain tingkat gaji yang ditawarkan kepada golongan wanita biasanya lebih rendah.
Google Image |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan