semalam genaplah tiga tahun aku berkecimpung dalam dunia blogging. sejujurnya ni bukan blog pertama aku tapi disebabkan oleh beberapa faktor maka aku tutup blog lama dan bukak blog nih pada 14 Jun 2012.
aku sedar bahawa blog aku ni takde la popular pun. memang tak dapat la bajet nak popular macam ben ashaari, fatin liyana atau hanis zalikha sebab post aku ni tak konsisten. kira macam ikut sesedap rasa aku jer nak cerita apa. sepatutnya blogger yang baik ialah yang mempunyai tema dalam bercerita walaupun dalam kategori blog peribadi. macam tu la gamaknya.
sesungguhnya aku ni pulak, spesis yang akan tulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. kira macam ikut mood la senang cakap.kalau sedih , tulis yang sedih . mood jiwang memang aku akan ke laut. hehehe .
punca utama aku tulis blog adalah sebab aku memang obses dalam penulisan. kiranya menulis tu dah jadi macam terapi bagi aku. terapi untuk menyenangkan hati sendiri. lagipun, aku berharap sangat orang dapat baca apa yang aku cuba sampaikan. tapi kena berusaha keras la aku lepas ni untuk tambah follower. kena belajar buat segmen. tapi, aku tak reti lagi nak buat segmen. join segmen orang pun merangkak-rangkak lagi.aduhaiii ... memang nampak sangat amateur. tak apa kayuh perlahan-lahan. nanti sampai juga ke arah sasaran.
semoga usia blog yang ketiga tahun ni akan terus mengukuhkan keinginan aku dalam penulisan. semoga dapat menambah bilangan kenalan maya. semoga aku sentiasa gigih berusaha.
sesungguhnya aku ni pulak, spesis yang akan tulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. kira macam ikut mood la senang cakap.
punca utama aku tulis blog adalah sebab aku memang obses dalam penulisan. kiranya menulis tu dah jadi macam terapi bagi aku. terapi untuk menyenangkan hati sendiri. lagipun, aku berharap sangat orang dapat baca apa yang aku cuba sampaikan. tapi kena berusaha keras la aku lepas ni untuk tambah follower. kena belajar buat segmen. tapi, aku tak reti lagi nak buat segmen. join segmen orang pun merangkak-rangkak lagi.
semoga usia blog yang ketiga tahun ni akan terus mengukuhkan keinginan aku dalam penulisan. semoga dapat menambah bilangan kenalan maya. semoga aku sentiasa gigih berusaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan