Perkara pertama yang aku suka buat ialah makan. Maksud aku
dengan pengambilan makanan dalam kuantiti yang sangat banyak.
Biasanya orang yang rapat dengan aku tahu tabiat aku yang satu
ni masa stress. Antara makanan yang mendapat tempat ialah
aiskrim, kek, minuman berkarbonat, makanan ringan, nasi,
makanan bergoreng dan jugak apa sahaja makanan atau minuman yang
terlintas dalam kepala masa tu.
Perkara kedua yang aku buat kalau aku stress ialah tidur. Tidur
yang terlalu banyak atau tak boleh tidur langsung. Tapi
kebiasaannya ialah tidur yang panjang. Entah la. Walaupun banyak perkara yang perlu aku buat dan menjadikan aku tertekan, aku tetap tidur. Berjam-jam lamanya. Lepas tidur, aku tidur balik. Seolah-olah dakapan pada bantal busuk dan selimut menghilangkan
ketegangan pada tubuh dan minda aku. Di tambah dengan mimpi-mimpi yang meskipun tidak begitu indah, namun bagai panggung
layar mengulit aku dari realiti semasa.
Perkara ketiga yang aku akan buat kalau stress ialah mandi.
Terapi stress yang ni memang mendatangkan kemarahan kepada orang yang tinggal bersama. Berjam-jam aku mandi. Tak tahu la berapa gelen air yang
mencurah membasahi aku. Tak pasti juga harga bil yang mendatang. Teruk ke?
Tapi tak boleh jugak salahkan aku. Elemen air tu kan elemen yang menyejukkan. Di tambah pula, terdapat kepercayaan bahawa
elemen air sekiranya digunakan dengan baik dan betul, boleh
mengubat penyakit. Tak pasti mitos ke apa. Sebab aku belum buat
google research lagi berkenaan hal ni. Maaf!
Akhir sekali, yang biasa aku buat kalau aku stress ialah
mengemas rumah. Bukan mengemas sangat pun. Menyapu sebenarnya
maksud aku. Lepas sapu, aku sapu lagi. Ada kawan cakap, tabiat ni
paling pelik. Betul ke? Yela, apa kaitan menyapu dengan
hilang stress? Betul juga. Mungkin secara simboliknya perbuatan aku ni ialah sampah tu ibarat stress. Dengan menyapu tu bermakna aku
berusaha membuang segala stress. Hehehe. Aku pun tak pasti. Tapi bila fikir balik, memang pelik pun kalau menyapu masa stress. Entah apa-apa perangai aku.
p/s: tangani rasa stress anda sebaik mungkin. mungkin perkara
yang menghilangkan stress antara kita adalah sangat berbeza.
tetapi yang paling penting ialah kita mengetahui apa yang mampu
mengurangkan stress kita. hal ini disebabkan, dunia moden adalah dunia yang
penuh tekanan. serba serbi menekan, tertekan dan
ditekan.
“ tanpa masalah, orang itu sebenarnya sudah mati sebelum menemui ajal” - (Nur Nabilah, 2015)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan