Jauh di belantara sana,
Hatiku tertinggal.
Ingin aku kembali,
Hanya untuk mengutip sisa yang ada.
Namun...
Ia telah hilang,
Ia telah lenyap,
Dan ia bukan milikku lagi.
Aku menangis,
Aku berteriak.
Pekik lolongku,
Di sambut sang unggas.
Cinta tak terungkap,
Ia telah mati,
Ia telah pergi.
Kerana sang dewata,
Telah menyumpah aku.
Sesalnya aku tidak terperi,
Ingin aku melangkah pergi,
Namun kakiku tergari.
Sekiranya masih wujud ruang,
Cinta tak terungkap itu,
Akan aku miliki,
Walaupun aku pasti,
Ia cuma fantasi.
puitis.. itew tak reti nak komen macam mana..
BalasPadamtapi tadi baca tajuk memula.. cintaku tercungap =D LOL..
cintaku tercungap pun boleh. hehe ;)
BalasPadam