Alahai…antara sedar tak sedar, dah masuk 1 MAC 2015. hurm…improvement? macam takde jer pun. dalam 2 bulan lagi aku akan
berganjak ke fasa baru. mencecah umur 24 tahun. bangga ke aku? tapi perangai
masih seperti kanak-kanak. bila nak matang? aku sendiri pun tidak pasti dan tak
tahu. sebenarnya aku senang dengan siapa aku sekarang. aku senang dengan diri
aku pada masa ini. aku senang dengan segalanya yang aku miliki.
ohhh…okay. mula mengarut.
kembali ke topik asal.
Isnin-Selasa-Rabu-Khamis-Jumaat
minggu ni merupakan minggu pertama pengkuliahan.
cepatkan? rasa macam baru jer terbang balik ke Sabah. hurmmm…sesungguhnya,
penat sungguh permulaan semester ni. kenapa? sebab banyak berlaku perubahan
jadual/tempat kuliah. lagi? aku salah pergi daftar kelas “Akademic Writing and Reading”. bajet MUET dapat band 3. huhuhu. untuk
orang-orang yang macam aku, seharusnya mendaftar “English for Occupational Purpose”. nasiblah masih ada tempat lagi.
jadi, aku pun daftar kelas hari khamis sebab masa tu dah hari selasa. kelas
hari rabu, semua dah tulis ~kuota telah penuh~ haru betul aku rasa. lagi?
sebenarnya hari isnin tu aku dah masuk kelas academic reading and writing tuh.
kasi malu jer. patutlah semua makhluk tuhan yang lain science stream…
salah subjek. salah beli buku :( |
Rujukan Sebenar :)
|
isnin okay. selasa okay. Cuma aku tak faham bahagian penilaian
subjek Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK). pening kepala aku.
tapi aku diamkan. malu oitt. seorang diri jer. aku tak daftar dengan yang satu
geng sebab nanti bukan boleh sama-sama pun masa berniaga. pensyarah yang
pilihkan.
Smart UMS |
Open Learning |
khamis… nasib menyebelahiku. nasib baik lah gedik nak buka Facebook. maka tahu lah kelas Sosiologi Pelancongan BATAL sebab pensyarah ada kerja di semenanjung. yang kelas Hubungan Etnik pun BATAL juga, sebab pensyarah kena uruskan pelajar sarjana *suatu hari nanti aku nak bergelar pelajar ijazah sarjana jugak*. Malam pulak kelas English for Occupational Purpose. pensyarah orang Dusun. Nampak tegas. tapi bila dengar apa yang dia cakap, rasa macam baik jer. tiba-tiba teringat dekat Teacher Zainon. dah lama tak jumpa teacher ni.
jumaat – kelas tutorial 10-11. lepas tu, aku pun
tergolek kekenyangan di bilik.
sabtu
dan ahad???
ingat nak pergi perpustakaan. tetapi,
kemalasan yang teramat melanda diriku lalu menembak-nembak segala sendi untuk bersantai di atas katil meskipun assignment telah mula menjengah dan bertimbun.
ok la. tu la minggu pertama kuliah. takde la
teruk sangat bila fikir balik. tapi saja nak beratkan otak untuk berfikir kan?
huhuhu…entah la apa nak jadi dengan aku nih. adoiii
doakan semoga aku berubah. doakan semoga aku Berjaya.
doakan semoga segalanya baik-baik sahaja.
(>.<) Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan