Jumaat, 27 Februari 2015

Memulakan Perniagaan? Bukan Senang Beb...

aku bukanlah expert bab industrial atau marketing atau sebagainya. cuma pernah ambil subjek Sosiologi Industri di UMS selain pernah kerja di 3 buah kilang dan kena tipu dengan pelbagai skim perniagaan yang kononnya boleh mendatangkan untung berlipat kali ganda. oh ya, ditipu dalam dunia perniagaan bukanlah perkara yang asing, bahkan merupakan salah satu perkara asas. tapi kan, kalau dah berminat, mahu tak mahu niat tu kena ada. serta harus berani untuk mencuba.

ramai dalam kalangan kita sangat berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. ya la, jadi bos sendirian berhad, siapa tak mahu. namun untuk mencapai puncak kejayaan tu bukanlah sesenang melontarkan patah demi patah perkataan. be realistic yer kawan-kawan. ni dunia kapitalis. sekali kau di bawah, selamanya kau akan tetap dibawa. panjatlah gunung tertinggi di dunia sekalipun.

mungkin ada yang akan mengatakan aku pesimis terhadap segala ruang dan peluang. namun political will ada dimana-mana. tambahan pula sekiranya anda adalah warganegara Malaysia. tak kisah la apa fahaman politik korang sekalipun, sekiranya korang tidak memiliki sebarang kepentingan maka janganlah bermimpi atau mengasak impian setinggi awan. kerana ia takkan tercapai. oh ya, melainkan anda memiliki wang 6 angka di dalam mana-mana akaun. maka bolehlah membuat pelaburan. pulangannya ternyata sangat memberangsangkan. silalah mencuba. J *aku pun akan cuba kumpul duit untuk melabur*

oleh itu, nak tak nak, kena menjadi ‘pekerja bawahan’. kerja sehabis baik. oh ya, tidak lupa meskipun baru berusia awal 20-an, pelbagai hutang melilit-lilit di pinggang. ehhh...sudah kebiasaan yer. dunia moden. sehabis mana pun cuba menolak hutang, tapi terpaksa jugak. misalnya hutang pendidikan yang tidak jugak pandai habis menurut sesetengah orang. entahlah, fasa membayar hutang untuk aku masih belum tiba. bila tiba saatnya nanti baru aku akan membuat ulasan.


sebagai kesimpulannya, sesiapa yang berminat untuk berniaga, teruskan usaha anda. memang sukar. bukan mudah. namun percayalah semakin sukar sesuatu benda untuk diperolehi, semakin berharga nilainya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan