Sebagai pelajar, memang kita WAJIB ada buku nota. Dulu aku tak nampak pun kegunaan
nota bagai. Semester Satu aku campur segala mak nenek nota semua subjek
dengan reminder, to-do-list dan lain-lain dalam satu buku. Terukkan?
Bila pensyarah bising buat endah tak endah jer. Maklumlah pensyarah bukan macam
cikgu. Mereka hanya menasihati, nak buat tak nak terserah pada kita.
Apabila tiba musim peperiksaan, maka
gelabah la aku. Nota payah gila nak cari. Satu kat atas, yang lain di belakang…
bikin stress berganda-ganda. Akhirnya…keputusan peperiksaan aku kurang
memberangsangkan.
Semester Dua? Konon-konon
dah insaf. Aku pun asingkan nota ikut subjek. Kurang banyak stress aku. Maklumlah
nota tersusun dengan jayanya. Maka, Alhamdulillah keputusan peperiksaan aku
memberangsangkan.
Tapikan, biasa la. Manusia mudah lupa. Hurmmm…Semester
Tiga, aku buat hal balik. Aku campur dalam sebuah buku. Bajet nak jimat la.
Tapi pengakhir ceritanya? Aku yang merana. Keputusan peperiksaan aku kembali
seperti semester satu. Sedih? Kenapa harus sedih seandainya ia berpunca
daripada aku sendiri. Tiada sesiapa yang seharusnya dipersalahkan, melainkan
aku.
Semester Empat? Sebelum terbang
ke bumi Sabah, aku siap-siap suruh ma dan abah belikan buku latihan. Suruh belikan
yang nipis jer, tengok-tengok mereka beli yang tebal. Yang sedozen terus. Gembira
hati aku. Kalau aku tak berjaya lagi, tu maknanya ENCIK
MALAS dah mencapai tahap kritikal.
{pesanan aku? tolong
pastikan anda-anda sekalian tidak sesekali mencampur nota. hal ini sebenarnya
hanya mendatangkan masalah kepada anda di kemudian hari. silalah percaya kerana
ini berdasarkan pengalaman sendiri}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan