Kembaraku mencari makna kehidupan dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba & khalifahNya dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.
Khamis, 25 Disember 2014
This is ME and this is REAL
- What I want most out of life is travel around the world, see the live
- The people who are most important to me is my family
- I like being around people who are intelligent, brave and strict
- I feel good about myself when I’m better than others
- I am interested most in reading and writing
- The biggest mistake I ever made was went out from SMK KUBANG BEMBAN
- I would be happy if I can fulfill other dream and lead the world
- One things I would like to change about me is appearance/look
- One thing I would like to change in my life is my education level
- One thing I would like to change about the world is social inequalities
- One goal that I achieve is being university student
- One goal that I didn't accomplish was being STPM 2012 best student
- I am happiest when I get what I want
- I feel sad when being ignored and alone
- I get angry when somebody involve and broke my plans
bersama kawan-kawan ;) |
Isnin, 22 Disember 2014
Perbezaan menulis assignment dengan entry blog
Aku sendiri
tidak pasti mengapa pemikiranku jauh tersasar. Sedangkan ketika dan saat ini
sepatutnya aku bergelombang untuk menyiapkan assignment-assignment. Sesungguhnya virus kemalasan mula melanda.
Ohhh final exam sudah tidak berapa
lama lagi.
Sebenarnya
aku lebih senang mengarang entry
untuk blog berbanding menyiapkan assignment
yang berlonggok. Kenapa? Sebab fakta, huraian dan contoh. Sesungguhnya aku
merasakan diriku lemah dalam penulisan berbentuk ilmiah, walhal aku
bercita-cita ingin menjadi ahli akademik. Kekeliruan yang mendalam mula
menyerang aku.
Tahukah anda
betapa sukarnya untuk bersikap profesional? Matang dalam penulisan?
Sesungguhnya semua itu terlalu sukar untuk dilakukan meskipun kelihatan remeh.
Untuk menghubungkan perkataan demi perkataan sahaja cukup melemaskan. Mana
mungkin ayat dibiarkan tergantung dan tidak bermakna begitu sahaja? Bukankan ia
mengelirukan khalayak pembaca!
Aku berharap
aku mampu berubah. Aku ingin melakukan perubahan dalam hal ini. Bukan sahaja
demi cita-citaku, malahan untuk menempatkan aku dalam kalangan manusia berjiwa
matang dan bebas.
Maafkan aku
atas keluhan tak bermakna ini. Aku cuma ingin mendendangkan rasa hati.
Perbezaan menulis assignment dengan entry blog adalah ketara. Ia ternyata
terwujud dalam dunia yang berbeza meskipun terlihat seperti sama.
gambar dari Google |
Jumaat, 19 Disember 2014
Aku suka dia
Entah kenapa perkara ini bermain-main di fikiran
sejak akhir-akhir ini. Sepatutnya aku berusaha mengunci hatiku kepada mana-mana
lelaki. Namun yang terjadi pula adalah sebaliknya. Aku berusaha untuk
melenyapkan perasaan ini, tetapi ketahuilah bahawa itu adalah perkara yang
paling sukar untuk dilaksanakan kerana aku akan sentiasa berjumpa dengan dia.
Siapakah dia yang kumaksudkan?
Rasanya nukilan ini tidak pantas untuk
menceritakan perihal dirinya. Kerana aku tahu perasaan ini takkan mampu
diterjemahkan. Takkan boleh untuk direalisasikan. Oleh kerana ia terlalu jauh
dengan rasional akal. Ya, andai hatiku ini boleh dibaca sekalipun, ternyata ia
hanya akan memberikan impak kepada diriku dan bukan dirinya. Meskipun aku
berusaha gigih untuk menarik perhatiannya setiap kali aku berjumpa dengan dirinya,
akhirnya aku yang kecewa kerana jelas melalui gerak tubuhnya bahawa dia tidak
menyukai aku hatta sebesar hama pun.
Aku sebenarnya cuba untuk menjauhkan diri.
Menjarakkan diri. Meskipun hanya untuk bertentang mata dengan dirinya. Namun,
harus aku akui bahawa aku kalah. Aku gagal untuk menguasai diriku sendiri. Aku
gagal berhenti daripada terus menatap matanya...
Aku suka dia
Berharap dia juga menyukai diriku walaupun ia
ternyata angan-angan aku yang paling bodoh. Patutkah aku terus berharap?
Patutkah aku menunggu lelaki itu?
Harapan ini adalah harapan palsu. Harapan palsu dek
kerana aku menyukai seseorang yang tidak langsung pantas denganku kerana
ternyata realitinya dia lebih baik daripada aku dari segala segi.
Walau apapun, aku tetap berharap. Meskipun aku
tidak berpeluang mendekati dirinya, tidak berpeluang bercanda riang dengan dia,
namun aku berharap dia mengetahui tentang perasaanku. Aku tetap ingin terus
berharap. Biar apa sekalipun yang terjadi...
~ Adakah aku begitu menyedihkan? Entah. Aku
sendiri tidak pasti. Aku sendiri terkeliru dengan diriku. Usah menghukum aku
kerana mencari bahagia. Usah melabelkan aku dengan pelbagai kata kerana
sesungguhnya kau bukan berada di tempatku ~
Isnin, 15 Disember 2014
Menjadi Penulis
Antara cita-cita dan cinta. Telah lama terpendam di sudut hatiku
ingin menjadi seorang penulis terkemuka. Mengarang cerita agar dibaca. Bukan
bermaksud untuk kemegahan, jauh sekali mengharapkan kemewahan. Cuma ingin
maksud hatiku diterima oleh masyarakat. Berharap buah fikiranku mampu dicerna
oleh yang lainnya.
Aku tidak pantas untuk gah berbicara di gelanggang terbuka.
Berhujah dan berpidato seperti akulah yang terbaik dan berwibawa. Kegagalan
lalu melenyapkan segala keyakinanku untuk berbicara. Sepatutnya aku mampu untuk
melakukan semua itu kerana seawal usia aku telah dilatih oleh bonda tercinta.
Pentas menjadi arena permainanku ketika usiaku masih muda. Ah...semua itu
terlalu indah untuk dikenang. Bakat yang ada entah telah hilang kemana seiring
dengan usia.
Aku tumbuh membesar dengan minat yang mendalam terhadap penulisan.
Kukarang beribu mungkin berjuta cerita. Zaman remajaku dihiasi angan-angan
kerana aku makin tidak mampu untuk bersuara. Kucatat tentang segalanya.
Memperihalkan tentang segala-galanya. Semata-mata untuk melenyapkan keinginan
yang ada untuk lantang berbicara.
Aku bukan jaguh. Aku masih menuntut. Perjalananku masih jauh. Aku
hanya mampu berdoa bahawa satu saat impianku ini akan tercapai. Menjadi antara
penulis terkemuka di Malaysia. Mengetuk hati-hati manusia lain dengan sejujur
dan setulusnya. Aku ingin masyarakat mengenaliku melalui penulisan kerana pada
hematku aku lebih jujur menerusi penulisan.
Oh Tuhan, Kau kabulkan permintaanku ini.
Khamis, 11 Disember 2014
Isnin, 8 Disember 2014
Menjadi kakak?
Tajuk
serius kelakar gila. Al-maklumlah, realitinya aku ada empat orang adik.
Adik-adik yang banyak melayan karenah manja, nakal, kebudak-budakan dan sikap
tidak matang aku. Adik-adik yang banyak bersabar dan mengalah dengan aku,
walaupun untuk si bongsu.
Di
Sabah ni, aku baru berkesempatan menjadi kakak. Majoritinya menganggap aku
sebaya dengan mereka. Sebenarnya, aku tidak kisah sekalipun dipanggil nama
kerana aku sememangnya tidak sesuai untuk menjadi kakak meskipun umur aku
melewati usia mereka.
Kebanyakan
yang mula mengenali aku menganggap aku seperti mereka. Aku senang dengan
anggapan itu kerana memudahkan komunikasi berbanding dengan menganggap aku
lebih berusia. Seolah-olah ada limitasi di situ. Sama ada perasaan aku, atau
hakikatnya memang begitu.
Menjadi
kakak bukan perkara senang. Ia terlalu sukar. Sebab itulah aku sangat
menyenangi kakak dan abangku. Orang memandang kita seperti segalanya kita tahu.
Menghendakkan kita menjaga tatasusila dan adab sopan. Walaupun bagi sesetengah
orang perkara sebegitu menyeronokkan, tapi MAAF bukan aku. Aku ingin kebebasan dalam setiap
segi. Kebebasan yang membolehkan aku berbuat sesuka dan sekehendak kemahuanku.
Itu aku. Oleh hal yang demikian, janganlah mengharapkan aku menjadi kakak dalam
erti kata yang sebenar. Sesungguhnya aku tidak mampu.
Menjadi
kakak? Ya. Silakan memanggil aku kakak. Tapi tolonglah berhenti mengharap aku
menunjuk jalan dan memimpin tangan kerana nescaya akan sesatlah kamu.
Salam
sayang :p
Langgan:
Catatan (Atom)