Oh makhluk dangkal bernama
manusia,
Kerna ia lebih mengerti apa
yang terbaik untuk semua.
Andai sahaja alam mula
berbicara,
Maka itu balasan terbaik buat
kita,
Hanya kerana terdapat
segelintir manusia durjana,
Yang mengekploitasi tanpa
hentinya .
Sekiranya alam memberi
manfaatnya,
Terimalah dengan berlapang
dada,
Kerana itu habuan buat kita,
Yang mencintai alam dengan
setulusnya .
Ia tidak pernah khilaf dalam
penghitungannya.
Oleh yang demikian duhai
manusia ,
Jangan kerana ketamakanmu
mengila,
Menjadikan bicara alam tak
selunak sepatutnya.
Nukilan: Nur Nabilah Arifin (14/11/15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan