Olla...
Hari ni tetiba semangat nak
bercerita tentang kaki kipas. Bukan kaki lipas tau.
Sebenarnya, aku sangat
menyampah dengan manusia yang bersikap kaki kipas. Bajet bagus
ooooiii...padahal tin kosong. Bunyi jer lebih. Pengalaman aku dengan kaki
kipas? Banyak sangat-sangat sampai satu saat aku fikir, baik tak payah nak
bersusah payah sangat buat apa-apa, kipas saja orang atasan kuat-kuat kasi
kembang, lalu semua akan jadi baik-baik sahaja.
Ahh..tak pasal-pasal aku
tumpang bodoh sekaki kalau buat macam tu kan? Jadi untuk mengelakkan aku
bersikap macam tu juga, aku sebolehnya cuba mengelak manusia spesis begini. Bab
kata pemuda-pemudi masa kini, buang karen je beb layan orang macam tu.
Bila aku fikir balik-balik,
patutlah produktiviti Malaysia tak berapa memberangsangkan sebab dari sekolah
sampai la universiti, perangai macam ni tetap dianggap yang terbaik. Benarkah?
Tepuk dada dan buat pemerhatian sediri.tu tak masuk lagi dalam alam pekerjaan
yang punya seribu satu dugaan yang ternyata bukan indah-indah belaka. Aku
bercakap dalam konteks pengalaman. Jadi jangan nak salahkan aku sangat.
Aku pernah dimaki oleh pegawai
atasan sebab buat silap. Silap kecil jer sebenarnya. Tapi makian dia? Bergegar
hujang jantung ok. Balik kerja terus nangis-nangis dan motivasikan diri balik, cakap it’s gonna be okay.
Tapi berbalik kepada kaki kipas
yang sampai sekarang aku masih ingat, salah dia lagi besar...tapi dengan muka
yang bajet comel, buat tak tahu jer. Lepas tu tergedik-gedik depan bos. Aku
naik menyampah. Minta maaf sangat tapi aku memang anti kaki kipas.
Sekarang? bergelar mahasiswi
aku. Tapi trend kaki kipas masih sama jer. Bagi minuman makanan, puji-pujian, gelaran,
jadi YES man...ah semua tu mengarut jer tu.
Bagi aku la, untuk mencapai
kejayaan kita mesti bekerja keras. Tu senjata paling ampuh untuk mencapai
kejayaan tertinggi dan kejayaan tersebut lebih indah untuk dimiliki.
Buat kaki-kaki kipas
sekalian...
Ni peringatan dari aku. Korang
berjaya tinggi mana sekalipun, kalau hasilnya dari mengipas orang atasan,
jangan ingat nak bahagia sangat. Cubalah bertaubat. Berubahlah. Bukan untuk
aku, tapi untuk korang sendiri juga. Nanti akan sampai satu waktu, korang akan
merasa apa betulnya cakap aku.
Ok bye.
sumber: google |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan