Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya ANSOS?
Setiap kali orang tanya ambil program apa di universiti, kalau jawab ANSOS
mesti terserlah kerutan di dahi mereka memikirkannya dan semestinya tidak
memperolehi sebarang jawapan konkrit mengenai bidang ini dengan setepatnya.
Begitu misteri sekali gerangan program ini di mata masyarakat.
Pengalaman aku sendiri ketika melakukan medical check up di sebuah hospital
kerajaan, doktor tersebut memikirkan aku mengambil kursus kajian tentang
serangga kerana aku menyebut ANTropologi...menyangka semut barangkali. Itu
sangkaan seorang doktor apatah lagi masyarakat lainnya.
SUMBER: ENCIK GOOGLE |
Aku mengenali program Sosiologi dan Antropologi, yang singkatannya ialah ANSOS ketika aku
dirundum kegagalan. Ya, kegagalan yang seolah-olah telah melenyapkan
segala-galanya yang aku miliki kecuali menyedarkan aku betapa berertinya
sesuatu yang bernama kasih sayang. Sejak itu, aku mula memikirkan arah jalan
yang ingin aku tujui. Mengapa aku bertindak sedemikian? Apakah impak kegagalan
aku kepada diri, keluarga dan masyarakat? Perkaitan yang normal barangkali
namun tak pernah terfikir dek akal kerana taksub dengan kegilaan sendiri.
Akhirnya, doaku termakbul jua. Semua pilihan dalam
UPU aku isi dengan program ANSOS tanpa pengetahuan keluarga. Program yang sama
cuba berbeza IPTA sahaja dan UMS membuka kesempatan untuk aku mengenali ANSOS
sedekat mungkin.
Percayalah, memilih ANSOS sebagai destinasi cinta
takkan berakhir dengan kekecewaan kerana selagi ada manusia di muka bumi ini,
selagi itulah ANSOS takkan mengundur diri daripada sesiapa.
SECARA
RINGKASNYA:
“Antropologi ialah kajian tentang manusia manakala Sosiologi ialah kajian tentang hubungan antara manusia”
SUMBER: ENCIK GOOGLE |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan