Perkara pertama yang aku suka buat ialah makan. Maksud
aku dengan pengambilan makanan dalam kuantiti yang sangat banyak. Biasanya
orang yang rapat dengan aku tahu tabiat aku yang satu ni masa stress. Antara
makanan yang mendapat tempat ialah aiskrim, kek, minuman berkarbonat, makanan
ringan, nasi, makanan bergoreng dan jugak apa sahaja makanan atau minuman yang
terlintas dalam kepala masa tu.
Perkara kedua yang aku
buat kalau aku stress ialah tidur . Tidur yang terlalu banyak atau tak boleh
tidur langsung. Tapi kebiasaannya ialah tidur yang panjang. Entah la. Walaupun
banyak perkara yang perlu aku buat dan menjadikan aku tertekan, aku tetap
tidur. Berjam-jam lamanya. Lepas tidur, aku tidur balik. Seolah-olah dakapan
pada bantal busuk dan selimut menghilangkan ketegangan pada tubuh dan minda
aku. Di tambah dengan mimpi-mimpi yang meskipun tidak begitu indah, namun bagai
panggung layar mengulit aku dari realiti semasa.
Akhir sekali, yang biasa
aku buat kalau aku stress ialah mengemas rumah. Bukan mengemas sangat pun.
Menyapu sebenarnya maksud aku. Lepas sapu, aku sapu lagi. Ada kawan cakap ,
tabiat ni paling pelik . Betul ke? Yela, apa kaitan menyapu dengan hilang
stress? Betul juga . Mungkin secara simboliknya perbuatan aku ni ialah sampah tu
ibarat stress. Dengan menyapu tu bermakna aku berusaha membuang segala stress.
Hehehe . Aku pun tak pasti. Tapi bila fikir balik, memang pelik pun kalau
menyapu masa stress. Entah apa-apa perangai aku.
“ tanpa masalah,
orang itu sebenarnya sudah mati sebelum menemui ajal” - (Nur Nabilah, 2015)
Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740
BalasPadam