Jumaat, 31 Julai 2015

Peluang Kedua

sekarang ni dah pertengahan bulan syawal. ramadhan dah lama berlalu. begitu juga sambutan hari raya aidilfitri. di kelantan, paling lama pun sambutan untuk hari raya adalah selama 3 hari. selebihnya adalah hari-hari biasa sepertimana hari lainnya. mungkin keadaan ini berbeza dengan negeri-negeri yang lain.

hakikatnya aku bukan ingin menceritakan perihal raya atau puasa. kerana bagi aku keduanya telah berlalu dengan selamatnya.

dah terlalu lama blog ini usang tidak berpenghuni. bukan disebabkan oleh kekangan waktu, namun kudrat untuk mencatat rasa tidak sedaya sepertimana otak yang bertungkus lumus mengarang cerita di kepala. tu khilaf diri sendiri dan aku mahu mengakuinya.

ohhh ya, semalam keputusan peperiksaan aku keluar. sesungguhnya keputusan peperiksaan aku tidak begitu memberangsangkan. sedih? ya, aku memang sedih. tapi bila aku fikir balik, usaha aku tidak seberapa jika dibandingkan dengan keputusan yang aku perolehi. dengan perangai aku dan sikap aku yang melebihkan tidur berbanding mengulangkaji pelajaran, nah jadi apa lagi aku mahukan? sepatutnya aku berusaha keras dan bukannya berangan semata. hanya keesokan hari tika peperiksaan menjelang, barulah aku bertungkus lumus mencari nota untuk diulangkaji. baru sibuk menelaah sehabisnya.

esok merupakan permulaan baru. peluang kedua untuk aku. seharusnya aku melapangkan dada menyatakan betapa bertuahnya aku kerana masih punya ruang dan peluang. berbanding pesalah yang menghadapi hukuman mati di tali gantung. sedih rasanya melihat sesalan yang wujud dalam diri mereka. perlukah mereka ke tali gantung atas kesalahan mereka? sekiranya akal waras hilang rasionalnya ketika melakukan perbuatan menyalahi norma masyarakat? mahu bagaimana lagi? terkilannya aku. kerana aku tak punya kudrat untuk berbuat apa-apa. hanya angin lalu yang bisa aku bisikan, "maafkan aku duhai antagonis kerana aku tidak punya kekuatan untuk membantu. hanya bisa menyatakan bahawa aku bersimpati dengan nasib yang menimpa dirimu. masyarakat menghukum sedangkan mereka tidak pernah mahu mendengar jeritan bebanmu."

peluang kedua adalah hak untuk setiap insan. semoga sistem ciptaan manusia tidak terus diagungkan. kerana terlalu banyak cacat celanya.


1 ulasan:

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    BalasPadam