Isnin, 23 Jun 2014

ubah nama blog

sebenarnya memang sudah lama aku berniat nak tukar nama blog ni. sebab utama aku tukar nama blog ni adalah keserasian makna. sebenarnya blog ni adalah tentang pandangan semesta (worldview) aku mengenai sesuatu perkara atau isu. bukan semata-mata berkisar tentang kehidupan aku semata-mata. oleh itu, sebagai manusia yang rasional seharusnya perubahan nama ini merupakan satu keperluan untuk kelangsungan blog ini terus bernafas dan berhujah meskipun tidak secara lunas.


sebelum

selepas





















Selasa, 17 Jun 2014

Kehilangan


Kehilangan merupakan sebuah cabaran yang sungguh besar. Mungkin bukan bagi mereka tapi bagi diriku.

Aku benci setiap kali aku kehilangan sesuatu. Ia sungguh menyakitkan walau aku tahu bahawa semua perkara adalah pinjaman daripada Tuhan yang Maha Esa.

Ohh tuhan, ketahui diriku sungguh terseksa. Haruskah aku tabah? Apakah yang harus aku lakukan?

Setiap saat aku kehilangan, ketika itulah aku mengetahui siapa sebenarnya yang mengambil berat tentang diri ini. Ya Allah, ampunilah diriku ini. Sesungguhnya diriku ini hambaMu yang tidak tahu bersyukur.

Meskipun aku kehilangan, aku masih ada Allah untuk aku mengadu, aku masih ada ibubapa yang sentiasa menyayangi dan menyokong diriku, aku masih ada adik-beradik yang tak jemu mendengar rintihan dan keluh-kesahku, aku masih ada sahabat-sahabat yang sedia membantu…

Masihkan perlu aku menangisi kehilanganku?

Kehilangan, ketahuilah bahawa meskipun kau menyakitkan, namun kau memberi sesuatu padaku. Sesuatu yang cukup bererti untuk aku tetap gagah berdiri…

Terima kasih kehilangan kerana mengenalkanku dengan cinta yang tulus suci.

sumber image : internet
 

Jumaat, 6 Jun 2014

kenali diri ~ siapa saya?

sumber: google


kenali diri? sebenarnya saya tak pernah mengerti tentang diri sendiri. mungkin sebab itulah mengapa saya tidak pernah berjaya sampai saat ini. siapa saya? apa tujuan saya? apa matlamat saya dalam hidup? mana sasaran yang ingin saya gapai? sejujurnya saya tak mengerti semua perkara tersebut. pada siapa harus saya meluahkan kekeliruan yang kian mencengkam ini. saya tidak mengenali diri sendiri. parah! ya, penyakit saya ini semakin parah dan keparahan itu semakin hari semakin menyesakkan jiwa dan hati.

bila saya bertanyakan keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang saya kenali dan jumpa, mereka tidak pernah mahu menerangkan siapa saya pada pengamatan mereka. mungkin mereka bimbang saya marah. entah sampai saat ini saya tidak tahu apa-apa apatah lagi mengenali diri sendiri.

kadangkala saya rasa saya gila. ada juga masa, saya rasakan hidup saya punya ruang yang lompong. kekosongan itu saya cuba isi. walaupun saya menghabiskan seluruh tenaga dan masa untuk menyibukkan diri supaya fikiran saya tidak berkecamuk, namun kekosongan itu tetap wujud. kemas dan kukuh di sudut sanubari.

pernah ada seorang guru semasa saya di tingkatan 5 menyatakan saya manusia agresif. betulkah kata-katanya itu? sebenarnya saya tidak mengerti apa itu agresif. bila saya bertanyakan sahabat di sebelah, dia mengatakan agresif itu seperti harimau. hati saya tambah keliru. kenapa guru tersebut menyamakan saya dengan harimau?

hari makin lama makin berginjak. masa pula tidak pernah mahu menunggu saya. saya nak mengenali diri saya sendiri. masalah terbesar saya ialah tidak mengetahui siapa saya. saya bukan lagi remaja yang mencari-cari identiti diri. saya sepatutnya sudah memiliki identiti diri sendiri. saya tahu Allah menciptakan manusia berbeza. setiap insan memiliki kelemahan dan kekuatan masing-masing. analoginya seperti jari. meskipun berada di tangan yang sama tetapi memiliki saiz dan bentuk yang berbeza.

saya berharap suatu saat nanti saya akan menemui pencarian saya ini. mengenali diri sendiri. tanpa mengenali diri sendiri saya takkan mampu berdiri. saya berharap ada insan yang mengerti akan meluahkan pendapat mereka. ya, tanpa berselindung lagi. saya akan berusaha menahan amarah untuk mengetahui kebenaran. saya ingin berubah menjadi lebih baik lagi setiap hari. saya akan berusaha untuk mengerti khilaf diri. saya ingin mendamaikan hati. menerima segala sudut pandangan yang diberi. bukan menutup telinga merasa diri hebat sendiri.

bantulah saya ini J.